Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Wednesday, January 6, 2010

Sebelum MTC bermula

Serba sedikit aset-aset PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).


Bola sepak




Fail PCI


Perkakas PCI














First Aid kit



Baldi air minum


Sagu hati untuk PCI


Sagu hati PCI 2


Sagu Hati PCI 3


Sagu Hati PCI 3



Baju Alex YE


Pemotong kertas


Printer PCI


Wayar untuk sistem audio PCI


Beg wayar PCI


Risalah PCI


Kalendar PCI


Buku-buku


Buku 2


Dapur PCI


Baju Alex YE


Barang BOOM


Video kamera PCI


Baju 2


AVR


AVR 1

Speaker

Speaker lagi

Penerima stereo


Kotak penerima stereo

Kitab-kitab



Kitab-kitab 2


Set audio PCI


Set audio lagi


Speaker 1


Speaker 2


Set audio lagi 2



Buku-buku



Wayar di dalam beg


Thursday, December 31, 2009

Bahagian Terakhir

Teratak Iskandar – Jawapan Kepada Persoalan Dan Masalah Yang Mungkin Timbul

Mudah menutur kalam, dari alunan sepotong idea ringkas kepada barisan perenggan yang tersimpul satu makna bahawa wajarnya sebuah rumah disewa dan disediakan bagi menjalankan sebarang aktiviti PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Namun, tidak semudah bicara dalam mengubah setiap tutur kata dan perkataan kepada realiti. Aturan setiap persediaan serta jangkaan setiap kemungkinan sentiasa diambil kira, lantas membawa halatuju penubuhan Teratak Iskandar ke arah realiti yang lebih jelas.


Hampir seminggu berlalu, setiap tutur perkataan yang diluahkan di Blog Rasmi Teratak Iskandar menjadi titik permulaan bagi setiap langkah ke arah memperbaiki segala kekurangan dan kepincangan. Pelbagai persoalan dan masalah yang diajukan, sedikit sebanyak menarik perhatian jawatankuasa pelaksana Teratak Iskandar untuk menghadapi dan menyelesaikannya.


Segala persoalan punya jawapan. Segala masalah punya penyelesaian.


1. Keselamatan mengadakan perkumpulan beramai-ramai.

Kita semua maklum bahawa undang-undang di Mesir tidak membenarkan sebarang perkumpulan beramai-ramai tanpa permit dan kebenaran dari pihak berkuasa. Berdasarkan beberapa perbincangan dengan orang tempatan, hukuman dan denda akan dikenakan jika melanggar peraturan tersebut.


Namun tidak ramai yang mengetahui sebenarnya kita punya jalan dan alternatif penyelesaian bagi masalah ini. Berdasarkan pengalaman beberapa persatuan pelajar Malaysia di Mesir ini, keberadaan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir sentiasa disambut hormat oleh pihak berkuasa tempatan. Hubungan baik serta kepercayaan yang terbina sejak sekian lama memberi sedikit ruang kepada kita untuk mengadakan pengumpulan pelajar tanpa gangguan dari mereka.


Hubungan baik pihak Pejabat MARA Iskandariah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Cawangan Iskandariah serta Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) dengan pihak berkuasa Mesir boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan perkumpulan pelajar.Hasil beberapa perbincangan dengan wakil sebuah persatuan Malaysia di Mesir menyimpulkan denda dan hukuman yang termaktub dalam undang-undang keselamatan itu hanya dilaksanakan keatas persatuan-persatuan tempatan yang berdaftar sahaja. Bagi kita sebagai persatuan mahasiswa luar (ajnabi), denda dan hukuman tidak dikenakan selagi tidak menimbulkan sebarang isu sensitif dan kontroversi.


Walaubagaimanapun, permit dan kebenaran masih perlu dipohon dari pihak berkuasa Mesir, Setelah melihat kepada beberapa faktor, tiada alasan yang kukuh untuk pihak berkuasa Mesir untuk tidak memberikan permit dan kebenaran kepada kita.


2. Keselamatan barang-barang persatuan.

Lambakan aset yang seiring dengan perkembangan PCI sebagai sebuah persatuan mahasiswa di Iskandariah mewujudkan fenomena taburan aset di pelbagai tempat dan rumah pelajar.Tiada konsep pemusatan dan pengumpulan aset yang dilaksanakan. Apatah lagi usaha untuk melabel dan mengorganisasi aset-aset tersebut. Namun, gerakkerja tersebut bakal terlaksana dengan kewujudan Teratak Iskandar.


Pengumpulan semua aset di satu-satu tempat meningkatkan risiko kehilangan aset sekaligus. Hal ini seringkali menjadi topik hangat perbincangan dalam kalangan jawatankuasa pelaksana Teratak Iskandar. Beberapa garis panduan diberikan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi segala kemungkinan buruk yang mungkin akan berlaku (nauzubillah).


  • · Lokasi kedudukan rumah yang terletak di kawasan tumpuan orang, dan tidak di kawasan yang sunyi.
  • · Hubungan yang baik dengan tuan rumah, jiran tetangga serta bawab dan simsar yang terlibat.
  • · Mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak berkuasa tempatan, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI).
  • · Berusaha meningkatkan tahap keselamatan rumah seperti menambah kunci keselamatan pintu masuk, memasang gril di setiap tingkap, dll.
  • · Berusaha menempatkan sebilangan pelajar yang mempunyai masa lapang pada masa-masa tertentu sebagai penjaga di Teratak Iskandar.
  • · Mewujudkan sistem penglabelan aset serta buku log penggunaan aset untuk mengesan pergerakan setiap barang milik PCI.

3. Kemungkinan rumah tidak dapat menampung kedatangan ahli yang ramai iaitu lebih daripada 300 orang.

Peningkatan ahli yangmendadak dari setahun ke setahun membawa PCI lebih pantas ke arah kematangan berorganisasi. Setiap aktiviti, program dan perancangan yang ingin dilaksanakan sering meninjau kepada persoalan “bagaimanakah semua ahli akan mendapat manfaat daripada perancangan tersebut?”. Perkara ini sering menimbulkan tanda tanya yang tidak mampu dijawab oleh badan pelaksana. Namun, ini tidak bermakna sesetengah golongan ahli tidak akan mendapat manfaatnya. Tetapi setiap individu daripada kita perlu berfikir dan berusaha bagaimana untuk dirinya mendapat manfaat daripada setiap perancangan PCI.


Memang sukar untuk mencari rumah yang besar dan lapang untuk dijadikan tempat berkumpul bagi 300 orang pelajar. Hatta Dewan Mulkiah yang disewa dengan harga LE2500 untuk 10 jam bagi menjayakan Program Seminar Ibadah Pesakit Iskandariah baru-baru ini hanya mampu memuatkan 250 orang peserta dengan kedudukan yang selesa. Inikan pula sebuah rumah yang dianggarkan bayaran sewanya LE1600 sebulan. Namun di pihak Jawatankuasa Teratak Iskandar akan berusaha sedaya upaya mencari rumah yang paling sesuai dan strategik bukan sahaja dari segi lokasinya, malah dari aspek keluasan, keselesaaan serta susun atur setiap ruang bilik.


Jika inginkan satu tempat yang mampu memuatkan semua 800 orang pelajar, hanya dewan Hotel Four Seasons di San Stefano sahaja yang memilikinya di Iskandariah ini. Jika inginkan satu tempat yang mampu memuatkan 300 orang pelajar, Dewan Mulkiah di Ibrahimiyah mampu menyediakannya. Jika inginkan tempat yang mampu memuatkan 200 orang pelajar, ruang legar Asrama MARA sebelum kehadiran Kafeteria Seri Putra mampu menampungnya.


Dalam dilema memikirkan masalah ini, setiap ahli diseru agar sentiasa memahami selok belok keperluan dan keinginan masing-masing disamping sumber dan kedapatannya mengikut situasi semasa. Janganlah mengharap memiliki kereta BMW 7 Series dengan harga RM1000 atau RM2000. Kemudian sibuk membuat alasan tidak mahu membeli kereta tersebut kerana ia tidak dijual dengan harga yang kita ingini.


Di samping itu, setiap daripada kita juga perlu sedar bahawa kesempitan ruang untuk beraktiviti ini bukanlah alasan untuk kita tidak beraktiviti. Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, mungkin sedia untuk merancang aktiviti yang lebih bersifat berkala dan berulang-ulang bagi menyediakan ruang dan peluang kepada semua ahli mendapat manfaat dan faedah. Bagi pihak ahli, setiap peluang haruslah digunakan sepenuhnya supaya kelak kita tidak merasa rugi atas segala yang kita laburkan selama ini.


4. Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga rumah?

Dari meja diskusi AJKT, hinggalah ke kedai kopi. Semuanya bertanyakan soalan ini. Bagaikan PCI tidak ada ahli yang sedia menyumbang bakti dan budi untuk kesejahteraan siswa dan siswi. Ada yang mengatakan AJKT lebih layak untuk menjaga teratak. Tetapi ada juga yang meletakkan belas ihsan terhadap AJKT atas penat lelah mereka bekerja untuk PCI sepanjang hari.


Pelbagai persiapan dan maklumat yang diperoleh dan dikumpul oleh Jawatankuasa pelaksana dalam menyediakan Teratak Iskandar ke medan realiti. Antaranya mengkaji setiap ruang masa terluang selain waktu kuliah bagi setiap batch pelajar perubatan di Iskandariah. Bagi Jawatankuasa pelaksana, serta AJKT sendiri berpendapat bahawa penggiliran penjagaan Teratak Iskandar adalah lebih baik dikalangan ahli sendiri untuk meresapkan rasa kebersamaan serta rasa pemilikan PCI dalam diri setiap ahli. Dalam kebanjiran 800 orang ahli, mungkin ada sebilangan kecil ahli yang bersedia untuk berkhidmat menjaga Teratak Iskandar. Malah, mungkin dikalangan kita ada yang berbesar hati untuk menabur khidmat sepanjang masa.


Jika kita singkap sistem yang digunapakai oleh DPMI untuk penjagaan markaz mereka, penjadualan dan penggiliran ahli diaplikasikan sebaiknya menjadikan fungsi markaz berjalan secara sistemetik dan tersusun. Penggiliran penjagaan dan penggunaan Teratak Iskandar antara ikhwah dan akhawat juga mungkin boleh membantu kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam masa yang sama, peraturan penggunaan teratak mungkin boleh diaplikasikan untuk memberi signifikasi yang lebih baik.


Bagi memberi ruang dan menghormati kepimpinan PCI akan datang, Jawatankuasa Pelaksana Teratak Iskandar menyerahkan pemilihan individu-individu yang bertanggungjawab menjaga Teratak Iskandar kepada AJKT dan kepimpinan PCI 2010/2011. Oleh itu, kepimpinan akan datang akan bermesyuarat dan menentukan individu-individu yang layak untuk diberikan tanggungjawab.


5. Terdapat sebilangan ahli yang tidak mahu membayar.

Dimana-mana tempat sekalipun, golongan seperti ini wujud. Maka tidak mustahil mereka ada dalam kalangan komuniti PCI di Iskandariah ini. Pihak Jawatankuasa Teratak Iskandar serta para AJKT telah memandang perkara ini sebagai satu cabaran dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.


Ingin membayar atau tidak, ia merupakan keputusan setiap individu ahli. Tiada siapa pun manusia di dunia ini yang mampu memaksa kita untuk memilih keputusan yang kita tidak ingini. Namun setiap daripada kita perlu peka dan mengambil tahu soal halal dan haram, serta soal hak milik setiap aset dan barang yang digunakan. Takut-takut tersilap langkah, akhirat kelak menjadi tuntutan.


Dalam menghadapi kemungkinan renjatan sumber kewangan daripada ahli, pihak Jawatankuasa Pelaksana Teratak Iskandar bersama-sama dengan AJKT PCI akan berusaha membuka lapangan-lapangan baru sebagai sumber kewangan kedua bagi menampung jumlah duit yang tidak mencukupi. Di samping sumbangan tetap dari luar, tabung infaq untuk membaikpulih serta menaiktaraf Teratak Iskandar sentiasa dibuka dalam komuniti PCI di Iskandariah. Aspek dan bidang lain seperti jualan dan perniagaan boleh dimantapkan dan dimanfaatkan sebaiknya untuk menampung kekurangan sumber kewangan yang diperlukan.


6. Tidak menggunakan rumah persatuan secara maksimum.

Pelbagai aktiviti yang digariskan untuk kegunaan Teratak Iskandar jika kewujudannya diluluskan. Antara yang menarik perhatian ialah lokasi perjalanan smart circle. Usah dihitung berapa kali smart circle yang dijalankan sebelum ini. Tetapi jadikan Teratak Iskandar ini sebagai satu titik permulaan serta batu lonjatan untuk lebih bersemangat dalam menjalankan smart circle. Malah para AJKT, Student Representatives, para AJK pelaksana program serta sesiapa sahaja ahli PCI yang ingin mendapatkan tempat yang selamat dan privacy untuk menjalankan mesyuarat dan aktiviti, boleh menggunakan Teratak Iskandar tanpa sebarang kerisauan.


Jawatankuasa pelaksana Teratak Iskandar juga akan cuba sedaya upaya menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyediakan lokasi ini sebagai tempat kelas tambahan dan lokasi perbincangan ilmiah. Sebagai mahasiswa yang sentiasa mendahulukan soal akademik, perkara ini perlu menjadi kekuatan dan sumber utama dalam memulakan institusi atau organisasi yang bakal melahirkan ilmuan dan cendekiawan di masa akan datang.


Banyak lagi aktiviti dan kegunaan Teratak Iskandar yang dinyatakan dalam penerangan dan artikel sebelum ini. Tidak perlu diulang berkali-kali. Apa yang perlu ditekankan dalam perenggan ini ialah usaha kita sendiri, selaku individu ahli ke arah memaksimumkan penggunaan Teratak Iskandar. Mungkin lebih mudah jika diterjemah kedalam bentuk soalan ;


Apakah yang sedia AKU LAKUKAN untuk memaksimumkan penggunaan Teratak Iskandar?


Bagaikan sebuah tanah subur, yang hanya menantikan usaha tuan tanah untuk mengutip setiap faedah daripada hasil kawasan tanah tersebut. Tetapi malangnya tuan tanah tidak punya kesedaran. Duduk menunggu sambil melayan nafsu rehat menanti dengan penuh harapan di fikiran, “Faedah apakah yang akanku dapat daripada tanahku ini?”.Tanpa menggerakkan walau satu otot sekalipun untuk berusaha. Maka segala-galanya menjadi sia-sia.


Kisah analogi projektor menjadi semakin popular kebelakangan ini. Mungkin punya jalan cerita yang seakan sama dengan Teratak Iskandar. Bezanya cuma kisah projektor berada pada ruang masa yang lepas, dan layak dijadikan pedoman dan panduan, manakala kisah Teratak Iskandar sedang melalui proses klimaks, untuk menentukan arah tuju pengakhirannya.


Mungkin satu lagi kisah analogi yang tidak biasa kita dengar, iaitu kisah Kamera Video Sony dibawah kelolaan UPPPCI. Sewaktu perbincangan untuk memiliki kamera video, pelbagai tentangan dan alasan diketengahkan. ’TIDAK BERBALOI’ merupakan alasan yang tampak gagah sebelum kewujudan aset tersebut. Namun, setelah hampir sebulan kewujudannya, JPMK Cawangan Iskandariah sendiri tampil ke hadapan memerlukan bantuan kemahiran, kepakaran serta teknologi aset audiovisual kita untuk menjayakan program mega Sambutan Ma’al Hijrah 1431 pada 18 Disember yang lalu.


Kita tidak menafikan, pelaburan untuk Teratak Iskandar adalah terlalu tinggi. Namun, hanya satu konsep pendefinisian ‘terlalu tinggi’ adalah tidak adil sama sekali. Segala aspek, tidak kira yang sudah berlalu, terkini dan akan datang perlu diambil kira untuk menyimpulkan keputusan yang saksama.Jumlah pelaburan yang tinggi ini boleh dipandang dari aspek dan perspektif yang lebih positif lalu dijadikan sumber inspirasi bagi setiap daripada kita untuk mengubah jumlah pelaburan ini kepada faedah dan penggunaan semaksimum yang mungkin.

Wednesday, December 30, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 7-Kira-kira

Setelah beberapa siri penerangan mengenai mengapa perlunya rumah persatuan serta apa yang boleh dilakukan dengan rumah persatuan, akhirnya sampailah kita ke bahagian perancangan kewangan. Semoga perancangan kewangan ini dapat melegakan sedikit sebanyak permasalahan yang dibangkitkan sebelum ini.

BILANGAN AHLI PCI PADA SESI 09/10



UNJURAN AHLI PCI SEHINGGA TAHUN 2012 SECARA KASAR
(dengan sangkaan pada setiap tahun purata kemasukan pelajar baru adalah 210 orang dan tanpa mengira pelajar yang mengulang tahun)

Maka,
PERBELANJAAN TAHUN PERTAMA


PERBELANJAAN TAHUN BERIKUTNYA

Maka, anggaran yang perlu dibayar oleh setiap ahli pada tahun pertama penyewaan rumah persatuan adalah:
LE 25450 ÷ 858 = LE 29.66 ~ LE 30

Dengan sangkaan bahawa pada setiap tahun purata kemasukan pelajar baru adalah 210, maka yang perlu dibayar oleh setiap ahli adalah:

a. Tahun kedua:
LE 22900 ÷ 1068 = LE 21.44 ~ LE 22

b. Tahun ketiga:
LE 22900 ÷ 1278 = LE 17.91 ~ LE 18

c. Tahun keempat dan seterusnya tiada pertambahan bilangan pelajar yang besar kerana bermulanya penghantaran pulang pelajar-pelajar yang telah habis belajar. Oleh itu, bayaran adalah hampir menyerupai bayaran pada tahun ketiga.

Walaupun anggaran sewa rumah yang diletakkan adalah LE 1700, pihak yang bertanggungjawab akan cuba sedaya upaya mendapatkan dengan harga yang lebih murah. Seandainya memang harganya LE 1700, maka kami akan pastikan ia memang sesuai dan berbaloi dengan harganya. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan sebuah rumah yang besar dan sesuai.

Namun begitu, setelah usul ini diterima, kita semua akan sama-sama berdoa dan membantu ajk yang terlibat untuk mencari rumah yang terbaik dan sesuai. Rumah yang boleh menghilangkan segala kebimbangan para ahli sekalian. Rumah yang boleh memberi manfaat kepada semua ahli. Rumah yang insyaALLAH akan menjadi salah satu asbab untuk kita semua bersatu semata-mata ingin melihat PCI maju dan terus maju. Begitu besar harapan yang kami letakkan pada kewujudan rumah ini. Ia bukanlah sekadar tempat meletakkan barang dan kelas tafaquh, tetapi lebih daripada itu. Ia adalah merupakan IDENTITI PCI. Namun, setelah berusaha bersungguh-sungguh, sekiranya tetap tidak juga berjaya mewujudkan rumah persatuan ini, maka itu adalah takdir ALLAH SWT yang harus diterima.


Ingin dikongsikan satu cerita. Kisah mengenai ahli-ahli persatuan yang sentiasa berkorban masa, wang dan tenaga mereka demi keselesaan ahli persatuan yang lain serta ingin melihat PCI semakin mantap tidak luput dimamah usia. Mari kita kembali semula kepada senarai barangan system audio seperti Kamera Video (Sony HDR-XR200) berharga LE6000, Layar Putih Projektor (Viewtech) berharga LE1100, External Harddisk (WD MyPassport 500Gb) berharga LE580, Tripod (Targus 1.9m) berharga LE450 dan ada lagi, namun cukup setakat itu. Jika dihitung-hitung semula semuanya berharga LE8130.

Tahukah anda bahawa LE8130 bukanlah diambil dari yuran perubatan tahun lepas yang berjumlah LE8162 yang mana masih ada ahli yang tidak mahu menjelaskannya. Seandainya ingin menggunakan duit yuran persatuan memang tidak akan cukup ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan.Sebaliknya, pembelian barangan tersebut adalah merupakan sumbangan daripada para ahli persatuan sendiri. Ada yang menyumbang LE100, LE200, LE500, LE1000 hinggalah mencukupi jumlah yang diperlukan.

Juga ingin dikongsikan mengenai kisah seminar ibadah pesakit. Untuk pengetahuan semua, seminar ini tidak berjaya mendapatkan sponsor dari mana-mana pihak seperti sebelum ini iaitu PETRONAS mahupun JPMK. Ini adalah kerana pada masa itu hampir semua Muhafazah ingin meminta sponsor daripada mereka dan kemungkinan bajet yang disediakan untuk pelajar telah kehabisan. Namun begitu, seminar ini tetap berjaya dilaksanakan atas sebab adanya ibu bapa pelajar yang sanggup memberi sumbangan lebih daripada LE1000 demi menjayakan seminar tersebut.

Kesimpulannya, walaupun ada yang sedikit gusar sekiranya LE30 tidak mencukupi untuk menampung kos rumah persatuan selama setahun, kita masih boleh melancarkan tabung dana rumah. Pada masa itu, siapa-siapa sahaja boleh menyumbang seberapa banyak yang dia mampu. Kami percaya ramai diantara kita mampu menyumbang lebih daripada LE300 jika dibandingkan dengan elaun yang banyak untuk pelajar yang mendapat tajaan. Ini adalah kerana ramai yang mencintai PCI dan sanggup berkorban deminya. InsyaALLAH segala amal baik kita ada ganjaran di sisi ALLAH selagi mana kita ikhlas dalam melaksanakannya.

TERATAK ISKANDAR-part 6-Program

Tingkat 3 asrama sering menjadi idaman setiap ahli perubatan dengan harapan ianya boleh digunakan untuk persatuan. Ya, tingkat 3 merupakan satu opsyen yang baik untuk dijadikan tempat perlaksanaan program-program kita. Namun begitu proses pemilikannya bukanlah sesuatu yang enteng seperti membeli to’miyah. Sehingga kini iaitu selepas setahun masih belum ada kata putus antara pihak MARA dan orang Arab yang menjadi tuan tingkat 3 tersebut. Inikan pula perjanjian antara persatuan dan pihak MARA untuk menggunakannya. Jadi untuk jangka masa terdekat tingkt 3 bukanlah satu opsyen yang available untuk kita.

Tetapi jangka masa panjang ya, dari segi kawasan perlaksanaan program, bukan pusat untuk persatuan. Ini kerana dewan adalah lebih sesuai untuk tingkat 3 dan pihak MARA juga mempertimbangkan sebegitu rupa. Sesungguhnya rugila kawasan tingkat 3 sekiranya dijadikan bilik-bilik yang mengecilkan kawasan tersebut. Sedangkan sekiranya ianya dijadikan dewan, cukup besar untuk memberi keselesaan kepada persatuan untuk membuat program.Maka hanya masalah kawasan program sahaja yang selesai sekiranya tingkat 3 berjaya diperolehi. Masalah tempat letak barang, koperasi, kedudukan strategik untuk kelas tafaquh dan sebagainya masih belum selesai. Persatuan masih memerlukan tempat untuk dijadikan sebagai pusat operasi.

Apabila kita mengatakan rumah persatuan akan dijadikan sebagai pusat aktiviti, bukanlah bermakna persatuan ingin membuat satu program yang mana semua ahli persatuan berjumlah 858 orang hadir serentak. Kawasan bawah MARA pun tidak cukup untuk menampung seramai itu. Sekiranya kita ingin buat juga maka moleklah kita menyewa dewan. Dan program-program yang melibatkan pelajar yang ramai merupakan program-program mega yang mana kita mengadakannya dalam kuantiti yang sedikit. Tidak mungkin program mega ini dapat diadakan di kawasan bawah asrama, rumah persatuan mahupun kawasan sutuh. Akan tetapi yang persatuan maksudkan adalah program-program berskala kecil yang mana kehadirannya 150 ke 200 orang pada satu-satu masa seperti kelas tafaquh, kelas tambahan, SC gabungan, jamuan makan, indoor games dan sebarang aktiviti yang tidak melibatkan pengunjung yang melebihi 300 orang. Namun begitu janganlah kita semua berasa kecewa apabila rumah yang diharapkan tidak dapat menempatkan kesemua ahli persatuan berjumlah 858 orang. Sebaliknya bersyukuralah, sekurang-kurangnya kita semua ada tempat untuk berkumpul bagi melaksakan aktiviti yang ingin kita jalankan.

Rumah persatuan digunakan seminggu sekali. Benarkah??

Pastinya saudara-saudari sekalian terfikir bahawa hanya seminggu sekali rumah persatuan digunakan,iaitu untuk kelas tafaquh dan jarang-jarang untuk mesyuarat AJKT. Sebenarnya banyak manfaat dan kita boleh menggunakan rumah persatuan secara maksimum. Baiklah, sekadar cadangan yang boleh kita laksanakan dan logic untuk dilakukan setelah kita ada rumah persatuan.

1. Kita boleh membeli dan menempatkan sebuah meja ping-pong di dalam rumah persatuan. Meja ping-pong mudah untuk disimpan dan tidak memakan ruang. Sekiranya ada, ahli persatuan bolehla bergilir-gilir menggunakannya. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

2. Kita boleh membeli satu whiteboard putih dan digantungkan di dinding di bilik yang sesuai untuk dijadikan kawasan mengajar. Sekiranya siapa-siapa yang ingin mengadakan kelas tambahan ataupun study group bolehlah menggunakan rumah persatuan. Pada masa yang sama, siapa-siapa yang ada mengambil kelas bahasa arab dan merasakan rumah mereka tidak sesuai digunakan juga boleh menggunakan rumah persatuan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

3. Hampir setiap bulan mesti ada satu program yang dianjurkan oleh persatuan dan ada jawatankuasa yang menguruskannya. Kebanyakan mesyuarat pengurusan program paling kurang akan bermesyuarat 2 ke 3 kali sebelum program dilangsungkan dan 1 mesyuarat muhasabah. Tidak lupa juga mesyuarat penyelarasan ajk-ajk bagi setiap unit yang perlu diadakan untuk menyelaraskan aktiviti yang mereka mahu laksanakan. Jadi hampir 5 ke 6 mesyuarat yang boleh diadakan setiap bulan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

4. Sebulan sekali atau 2 bulan sekali boleh didakan SC gabungan bagi setiap tahun. Sesungguhnya mengikut pengalaman yang lepas SC gabungan yang berteraskan ala debat kedai kopi sangat menarik dan memberangsangkan. Dan program SC gabungan boleh dipelbagaikan aktivitinya bergantung pada kekreatifan ahli SC masing-masing. Mungkin boleh buat pertandingan PES antara SC, pertandingan ping-pong antara SC, indoor games antara SC, debat antara SC, pertandingan nasyid dan sebagainya. Seandainya program SC gabungan dibuat mengikut tahun iaitu 1,2,3 dan 4. Maka sekurang-kurangnya 6 ke 8 kali program SC gabungan yang kita boleh anjurkan di rumah persatuan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

5. Seandainya kita ada LCD Projektor kita sendiri dan rumah persatuan bolehla digunakan untuk membuat revision lecture x-ray ataupun lecture yang lain. Kita juga boleh membuat tayangan-tayangan movie yang bersesuaian dan yang mempunyai pengajaran sekali sekala secara ramai-ramai bagi menambahkan lagi ukhuwwah serta menghilangkan tekanan belajar.

Kesimpulannya banyak perkara yang kita boleh lakukan seandainya kita mempunyai rumah persatuan. Yang penting adalah kita mahu berfikir tentang kaedah penggunaannya. Dan itu begitu juga dengan persatuan. Persatuan ini ibarat satu medan yang menyediakan peluang yang cukup besar kepada ahlinya. Ahli perlu bijak mencorak dan mencipta peluang-peluang itu melalui persatuan yang sedia ada. Kehadapan segala idea dan cadangan yang membina. InsyaALLAH akan ada yang sudi mendengar.