Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Sunday, December 27, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 2-Unit Ekonomi

Idea penubuhan rumah persatuan bukanlah sesuatu yang masih baru. Idea ini telah dilontarkan dan dibincangkan semenjak sesi kepimpinan kedua lagi iaitu semasa saudara Zaid menjadi pengerusi. Seterusnya isu ini telah dipanjang-lebarkan agar ianya dibincangkan juga dalam sesi kepimpinan ketiga iaitu pada sesi kepimpinan pada kali ini. Setelah melakukan beberapa siri perbincangan, kepimpinan persatuan berpendapat bahawa perlu kepada wujudnya rumah persatuan demi memantapkan lagi gerak kerja dan entiti persatuan PCI.

Unit Ekonomi - di awal penubuhan

Unit ekonomi merupakan salah satu unit dalam persatuan yang bertindak mencari dana sebanyak yang mungkin untuk menampung sedikit sebanyak program-program yang ingin dijalankan oleh persatuan demi menjaga kualiti ahli itu sendiri dalam berprogram. Unit ekonomi pada mulanya diketuai oleh saudara Tengku Fakhrudin pada sesi kepimpinan kedua. Pada masa itu aktiviti-aktiviti utama yang mampu dijalankan hanyalah secara kecil-kecilan seperti penjualan buku-buku ilmiah, kerepek-kerepek dan barang-barang yang lain. Kesemua barang-barang ini diletakkan di rumah beliau.

Unit Ekonomi - kini
ALEX YE

Kemudian pada sesi kepimpinan ketiga, unit ekonomi diketuai pula oleh saudara Hanif. Dan kini, Unit ekonomi telah dikenali sebagai ALEX YE. Disebabkan berlakunya pertambahan ahli, kuasa membeli turut meningkat. Unit ekonomi bergerak pantas melancarkan beberapa barang jualan seperti kad ucapan, t-shirt BOOM, t-shirt Universiti, buku-buku, jaket perubatan, kalendar dan sebagainya. Namun begitu tidak kesemua barangan-barangan ini terjual habis. Masih ada sebahagian daripadanya yang belum terjual. Barang-barang itu kini disimpan di rumahnya sendiri iaitu rumah Duang a.k.a Markaz UPI. Dan sebahagian t-shirt berbaki yang diletakkan di asrama MARA. Cuba ahli-ahli sekalian bayangkan, barang-barang yang cukup banyak kuantitinya itu terpaksa ditanggung oleh ahli rumah mereka tanpa sedikit pun rungutan untuk mereka ucapkan.

gambar hiasan
1001 Kemungkinan

Seandai wujudnya rumah persatuan TERATAK ISKANDAR, sebuah koperasi dapat kita wujudkan. Koperasi ini mampu untuk bertindak sebagai tempat penjualan barangan persatuan yang sememangnya semakin bertambah saban tahun. Sesungguhnya ini memudahkan lagi unit ekonomi dalam memantapkan lagi ekonomi persatuan demi kebaikan ahli itu sendiri. Dengan adanya koperasi ini, ALEX YE boleh menambahkan lagi produk-produk mereka.

Sebagai contoh, penjualan mereka dapat dikembangkan kepada serai, kicap, budu, beras filipina dari mandarah, ikan bilis, cabai kering, rempah ratus, sos cili dan macam-macam lagi mengikut permintaan ahli. Sekiranya wujud koperasi ini, kemungkinan besar ALEX YE mampu untuk mengimport barangan-barangan ini ke Iskandariah. Buku-buku yang sebelum ini hanya terdapat di Kaherah juga boleh diletakkan di koperasi. Sememangnya ini memudahkan pergerakan unit ekonomi dan pada masa yang sama memberi kemudahan dan manfaat kepada setiap ahli PCI. Satu situasi yang boleh kita kira sebagai simbiosis.

Sekiranya yang menjadi ketua unit ekonomi pada sesi kepimpinan akan datang mempunyai rumah yang kecil, di manakah beliau hendak meletakkan segala produk-produk yang masih belum terjual? Sekiranya dilambakkan juga di rumahnya, tidak mustahil barangan-barangan tersebut akan rosak dalam masa yang cukup singkat.

Pada masa yang sama, sampai bila-bilalah produk ALEX YE tidak akan bertambah kerana tiada tempat penyimpanan yang sesuai. Seandainya rumah beliau cukup ruang simpanan dan boleh diletakkan berbagai-bagai produk, tidak ramai pula yang mengetahui dimana letaknya rumah beliau. Maka dengan itu sukar untuk para ahli membeli dan akhirnya produk-produk yang dikeluarkan tidak laku, ekonomi tidak bercambah dengan baiknya, seterusnya membawa kerugian kepada PCI itu sendiri. Bukan kerana produk mereka tidak berkualiti, tetapi berbalik kepada masalah untuk mendapatkan produk-produk tersebut.

Dengan adanya koperasi, kesemua produk-produk ini dapat kita letakkan di suatu tempat dan dengan itu, semua ahli sudah semestinya tahu kedudukan rumah persatuan. Maka mudahlah untuk ahli membeli dan mendapatkan produk-produk keluaran ALEX YE demi untuk kegunaan dan kemudahan ahli-ahli, seterusnya secara tidak langsung, meningkatkan lagi ekonomi persatuan yang kita sayangi ini.

1 comment:

  1. btul2,sy sgt stuju,xperlu lg tercari2 kt mn nk bli serai,kicap n etc...ahli2 perubatan yg blk m'sia pon blh bw brg m'sia tuk dijual kt koperasi..mungkin alex ye leh amik keuntungan beberapa peratus...dapat untung sket,leh tolong perubatan wt prgram yg memerlukan bajet besar,ahli pon dh xperlu byr yuran pendftaran program byk..

    pastu,klo skang ni,alex ye juz jual brg2 ms prgram2,klo dh ad koperasi ni mungkin duit leh masuk hr2 sbb ahli leh g bli kt koperasi hr2..kna snangkan ahli jgk tu, bkn senangkan ajkt2 smata2..

    kesimpulannya,sy sokong 100 % teratak iskandar ni..^,^

    ReplyDelete