Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Tuesday, December 29, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 5-Kelas Tafaquh

Pengajian kelas tafaqquh amat sinonim dengan Unit Pembangunan Insan. Kelas tafaquh adalah salah satu program UPI yang dijalankan secara berkala sejak dari tahun 2006 lagi sehinggalah tahun ini. Antara objektif utama kelas tafaquh adalah untuk membuka ruang belajar untuk para ahli mendapat kefahaman yang lebih mengenai agama Islam yang kita semua amalkan. Dan objektif ataupun tujuan ini tiak pernah berubah dari dulu hinggalah sekarang. Yang berubah hanyala ustaz yang mengajar dan bilangan pelajar yang semakin bertambah saban hari. Ini adalah kerana semua pelajar faham betapa peri pentingnya untuk mendapatkan ilmu demi memantapkan kefahaman dalam beragama.


Kelas tafaqquh mengalami siri-siri perubahan tempat bermula dari rumah Adam di Syatbi kemudian ke rumah Pitt Kedah di Gamaah dan seterusnya ke rumah Duang a.k.a. markaz UPI di Sporting dan seterusnya di kawasan asrama MARA. Cuba kita lihat pada mulanya, kesemua tempat-tempat yang dijadikan sebagai kelas tafaquh adalah tidak berjauhan daripada rumah pelajar terutamanya semasa di Syatbi dan Gamaah. Ini adalah kerana persatuan tidak mahu menyusahkan para pelajar. Kelas tafaquh diadakan berhampiran dengan tempat tinggal pelajar agar semakin bersemangat dan meningkatnya keinginan mahu menghadiri kelas tafaquh. Kadang-kadang kita tidak menghadiri kelas tafaquh yang seminggu sekali diadakan itu bukanlah kerana kita tidak mahu datang, tetapi lokasi yang jauh dan ditambah dengan kepenatan selepas sehari belajar di kuliah membuatkan kita berasa malas untuk pergi. Dan criteria inilah yang selalu dipertimbangkan oleh pihak UPI apabila hendak memilih lokasi kelas tafaquh.


Keselesaan ahli yang ingin datang sering menjadi perkara utama supaya bukan sebilangan orang sahaja yang mendapat manfaat, tetapi kesemua ahli persatuan. Apabila kelas tafaquh dipindahkan ke asrama, even sebelum KSP dibuka, sedikit kebimbangan dipihak persatuan. Takut-takut lokasi yang jauh menyebabkan pelajar-pelajar yang sebelum ini istiqamah menghadiri kelas tafaquh memilih untuk tidak menghadiri. Dan ini memang berlaku. Ada sebahagian kecil yang memilih untuk tidak menghadiri kerana lokasi yang jauh dan kepenatan belajar di kuliah. Namun begitu, ketidakhadiran pelajar-pelajar ini digantikan dengan pelajar-pelajar yang lain. Setiap kali diadakan semakin mendapat sambutan.

KSP dan Kita
Kawasan bawah asrama memang boleh digunakan dan pihak KSP sendiri berbesar hati membenarkan kita menggunakannya buat sementara waktu selagi kerusi dan meja mereka masih belum tiba dan persatuan sangat menghargai jasa baik mereka. Namun begitu persoalan kali kedua yang cuba ditimbulkan adalah bagaimana selepas kerusi meja mereka telah sampai? Walaupun KSP masih membenarkan kita menggunakan kawasan mereka, ajk-ajk UPI akan terpaksa menyusun atur kerusi dan meja sebelum dan selepas program. Pada masa yang sama kawasan akan menjadi sedikit sempit.


Adalah tidak wajar untuk persatuan sentiasa menyusahkan pihak KSP bagi setiap kali program diadakan. Dan sekiranya kebetulan pada saat dan waktu itu, persatuan ingin mengadakan satu program berkala kecil seperti kelas tafaquh dan KSP juga kebetulan ada programnya sendiri, contohnya orang-orang besar datang untuk mengadakan jamuan, apakah yang patut kita lakukan. Ya, kita seharusnya menangguhkan program kita bukannya KSP. Oleh itu sekiranya wujud rumah persatuan kita bebas untuk mengadakan program berskala kecil tanpa mengira masa. Ini sesungguhnya memberi keselesaan kepada ahli persatuan sendiri serta ajk-ajk terlibat yang merupakan juga ahli persatuan. Tidaklah perlu mereka memeningkan kepala untuk mencari waktu yang sesuai banyak kali. Tidakkah kita mahu meringankan beban mereka?


Dari segi keselamatan akhawat yang jelas lebih ramai menghadiri kelas tafaquh juga amat dititik beratkan. Kelas tafaquh yang berdekatan dengan kawasan pelajar terutamanya akhawat sedikit sebanyak dapat menjaga keselamatan mereka. Ini juga memudahkan para musyrif yang tinggal berdekatan. Tidak perlu untuk berjalan jauh bagi menemankan akhawat-akhawat untuk pulang ke rumah mereka. Semuanya demi kebaikan dan manfaat ahli. InsyaALLAH

12 comments:

  1. salam

    sblum usul ni diluluskan nant, better bg bakal2 peng'infaq' utk dpt melihat sndiri at least gmbr2 umh tu.baru org yakin nk kluar duit..jgn asyik bercakap benda2 yg terbang di awang2an je tanpa berpijak pada bumi yg nyata..((kabarny memg ada cdgn umh tu)))..ahli2 perlu diyakinkan bhwa memg wujud rumah yg memenuhi kriteria2 yg digembargemburkan sblum ni..

    ReplyDelete
  2. promoter teratak iskandarDecember 29, 2009 at 11:25 PM

    salam...

    cadangan yang sgt bagus dan bernas... tetapi... usul ni belum diluluskan pun...
    mencari rumah sewa bukan seperti mencari falafel, mudah...
    tetapi suatu task yg sgt sukar, mengikut nasib, dan memerlukan kepakaran bahasa arab dan kepakaran merunding...
    bagaimana jika ahli2 perubatan yang bersusah payah mencari rumah ini, mengorbankan masa study, memberatkan kepala, menghabiskan credit, sekiranya tiba2 usul tidak diluluskan?...

    rasanya... apa2 pun kena ikut step...
    jangan kita membeli beras, minyak sapi, kayu manis dan bawang ntuk buat nasi minyak....
    balik2 rumah... eh2... xde periuk nasi!

    ReplyDelete
  3. terima kasih kpd anon di atas...

    suka sy utk menerangkan kembali fungsi jawatankuasa teratak iskandar ini.
    jawatankuasa ini hanyalah utk menerangkan fungsi dan kepentingan wujudnya satu pusat bg pci.dan setelah mendalami dan memahami fungsi tersebut, ahli berhak membuat keputusan masing2.

    ingin ditegaskan juga, bukan fungsi jawatankuasa utk menentukan dan memutuskan rumah yg bakal disewa SEBELUM MTC alex...jawatankuasa yg survey2 rumah hanyalah utk memastikan bhw terdapat rumah yg seswai yg boleh dijadikan pusat.Ini bermakna gerakkerja jawatankuasa ini bukan hanya teori semata2, ttp mampu dicernakan dgn bukti bhw rumah yg bakal dijadikan pusat pci ini mampu direalisasikan, bukan setakat di kertas kerja, tetapi juga di dunia nyata...

    rumah2 yg dirasekan seswai sbg lokasi, akan di cop dlu buat sementara waktu (bayar arbun)...seandainya usul ini diterima, kemungkinan jawatankuasa lain akan ditubuhkan utk mencari rumah.dan rumah2 yg dah dicop ini akan disediakan sbg pilihan disamping usaha2 jawatankuasa itu sendiri untuk mencari.

    bersama dgn sy sewaktu memerhatikan rumah tersebut ialah AJKT unit ekonomi, Bendahari PCI, 2 orang jawatankuasa teratak iskandar serta baba khamis.seandainya anon masih mahu melihat rumah tersebut, bersama sy ada video yg dirakam menggunakan digicam.boleh berhubung terus dgn sy di 0112453326.kte akan berjumpe bertentang mata dan sy akan tunjukkan video yg masih lg dlm memory card camera.tiada edit2...tiada pengubahsuaian...

    ape2 pon, suka sy tegaskan skali lg bhw jawatankuasa ini hanya utk menerangkan ttg kepentingan serta fungsi teratak iskandar bg pci kpd semua ahli.

    insyaAllah, cdgn utk melihat dahulu rumah yg hendak disewa akan diketengahkan kpd jawatankuasa pencarian & penyewaan rumah selepas usul ini diterima kelak.

    JOM PAKAT2 SOKONG USUL TERATAK ISKANDAR..!!

    ReplyDelete
  4. salam.dgr citer sutuh asrama mara tu akan direnovet dlm staun ni.so bleh la guna sutuh tu nant.renovet cantik2 n maksimumkan penggunaannya.klas tafaquh bleh buat kat situ n brg2 pun bleh simpan kat situ.just kunci rapat2 je.slamat n jimat.harap jadi kenyataan.bye2.

    ReplyDelete
  5. staun lpas denga crite jgk yg taun ni akan dpt tingkat 3 asrama mara.tp dah nk masuk 2010 dh ni.x dpt2 jgk.

    aku nk tanye anonymous kat atas ni, atas alasan ape yg membuatkan si anonymous ni yakin sgt sutuh tu akan direnovate?dan kalau betol pon, atas alasan ape yg membuatkan si anonymous ni yakin sgt mara akan benarkan pci buat prog n simpan brg kat situ?

    kalau alasan si anonymous mmg kuat, aku akan sokong hujah si anonymous ni.
    tq

    ReplyDelete
  6. kepada anonymous.....

    saya fikir ajk teratak turut pernah berfikiran seperti anda. Sutuh ada, tingkat 3 asrama MARA ada. Kenapa masih lagi berdegil untuk Teratak ISkandar? emmmm....

    Pertama, seperti peminat anonymous telah nyatakan diatas, seyakin mana anda dengan kawasan2 tersebut dapat kepada PCI? Kemungkinan MARA juga mempunyai agenda mereka yang tersendiri, siapa tahu kan...

    Walaupun dapatlah kepada kita(entah bila ya?), kemungkinan masalah untuk program mega sahaja dapat kita selesaikan dengan adanya DEWAN. bagaimana pula dengan sistem penyimpanan aset-aset persatuan? ingin dilonggokkan sahaja printer, mikrofon wireless, layar putih, projektor, etc2 dibelakang dewan? sahabat2, barang2 seperti ini memerlukan penjagaan yang baik dan cukup rapi.

    selanjutnya, bagaimana dengan cadangan koperasi PCI yang sesungguhnya saya yakin antara faktor utama yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi persatuan. Sekiranya bertambah bahan-bahan jualan seperti botol-botol kicap, serai, bahan-bahan kering, buku-buku ilmiah yang saya kira perlu untuk barang-barang tersebut diselenggarakan dengan sebaiknya agar kualitinya sentiasa terjaga. Juga sedikit-sebanyak meringankan beban unit ekonomi.

    Kedudukan kelas tafaquh yang strategik juga tidak dapat kita atasi. Sekiranya teratak Iskandar diwujudkan, saya pasti lokasinya adalah cukup memudahkan ahli(terutama apabila keselamatan akhawat diambil kira) seperti di Gamaah atau Camp sezar dimana taburan pelajar dikawasan ini adalah yang paling ramai.

    Sekali lagi, borang-borang peribadi ahli, fail2 sulit persatuan, adakah sesuai untuk kita susun menggunung ditepi dinding-dinding dewan? nampaknya bertambah mudahlah untuk orang luar melihat-lihat segala gerak-kerja dan fail2 peribadi kita. Kasihan setiausaha, takkan mahu menjaganya 24jam tanpa henti?

    Berkaitan dengan ahli PERUBATAN PCI yang bukan dibawah tajaan MARA. Sekiranya Teratak ini dibuat, mereka pasti akan turut sama merasai hidup didalam komuniti PCI itu sendiri. Kerana apa, kerana kebanyakan mereka saya kira masih merasakan bahawa asrama MARA hanyalah untuk pelajar-pelajar tajaannya sahaja, bukan untuk mereka. Dan keadaan ini mungkin akan menjauhkan lagi jurang antara kita dengan mereka apabila kebnyakan aktiviti kerap kali diadakan di asrama (sekiranya dapatlah dewan @ sutuh tu).

    Saya percaya, sesebuah persatuan itu perlu kepada wujudnya pusat operasi mereka yang tersendiri, bukan merempat ditempat-tempat orang, bukan juga kedudukannya menebar luas menyusahkan ahli-ahli yang lain. Nama pun sebuah ORGANISASI, sudah tentunya stuktur dan pentadbirannya harus sentiasa berada dalam keadaan sistematik, teratur dan selaras agar gerak-kerja yang ingin dijalankan akan senantiasa berada pada tahap yang optimum untuk menjaga kebajikan ahli-ahli seluruhnya

    Cuba untuk kita belajar melihat dan letakkan diri sendiri ditempat orang yang telah merasai kepayahannya.

    wallahu3alam.

    ReplyDelete
  7. salam

    cube pg tnya ustz ishak dlu bleh x dpt bhgian sutuh tu.klau bleh dpt,mntk la pihak mara tolong sket ubahsuai bhgian sutuh tu ssuai dgn kehendak korg yg brmcm2 tu.aku dgr psl sutuh tu dari mulut ajk perubatan.bukan main rembat je.n aku pelik kenapa isu sutuh tu didiamkan dr pengetahuan ahli lain.

    utk brg2 ajk ekonomi yg kabarnya begitu byk,nk jual serai la.ulam la.n lain2.aku ada 1 cdgn..ni brdasarkn contoh sbgaimana yg ustz2 DPM Tanta buat.apa kata agihkan brg2 tu ke rumah2 yg brsetuju utk diletakkan brg2 tu kat umh diorg..tp kena bg habuan sket la kat diorg.sbb diorg tlg jual.mayb 0.5 percent ke.kesian tgk anep YB uruskan brg2 tu sndiri.dia pun nk study gak kan?

    skadar cdgn je.

    mgkn perlu diingatkan di sini bhwa bukan semua ahli perubatan yg bersetuju dgn cdgn utk menyewa rumah prsatuan tu.jd mntk kpd ajk2 yg trlibat agar bersiap sedia dgn sgala kemungkinan trmasuk ketidakcukupan duit utk byr sewa n maintainance umh tu skiranya usul diterima lantaran bukan semua ahli yg akan brsetuju.yg x sokong idea umh tu mayb x kan byr..

    perlu diingatkan d cni,ini bukanlah usaha utk mengurangkn bil ahli dr menyokong usul umh tu,tp skdr memberi peringatan kpd ajk2 teratak utk mengambil langkah berjaga2.telinga ini byk mendengar suara2 yg membangkang usul ni..

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. wslm warahmatullah...

    mmg benar apa yg dinyatakan oleh saudara anon tu ttg sutuh asrama mara.namun segala yang dinyatakan oleh ustaz ishak masih lagi diperingkat perancangan, masih belum mendapat persetujuaan rasmi dari pihak penaja (mara).Jika diteliti dengan lebih lanjut, kewangan mara agak tergugat kebelakangan ini.Banyak bajet yang diminta oleh pejabat mara, x dpt ditunaikan oleh headquarter di KL.
    seperkara lagi, andainya confirm projek pengubahsuaian sutuh, bg pihak PCI mmg bersedia utk meminta pelbagai kemudahan.tetapi keputusan nak bg ataupun tidak tu terletak pada pihak mara sendiri.
    stakat ini, xde confirmation 100% utk projek pengubahsuaian sutuh, & andainye jd projek tersebut, xde confirmation 100% sutuh tersebut diubah suai mengikut spesifikasi yg dimahukan oleh PCI.

    jika ada confirmation tersebut, sy sendiri dengan hati terbuka bersedia membantah usul ini atas kepentingan dan faedah semua.namun, hakikatnye smp ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan dari pihak mara.cuba sama2 kita buka minda dan berfikir lebih luas dalam hal ini.fikirkan alternatives & possibilities...jgnlah smp 'yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran...'
    utk pengetahuan anon di atas, tiada siapa yg nak diamkan isu sutuh ni.tiade kepentingan untuk mane2 pihak.siape shj berhak utk bercerita.namun biarlah perkara tersebut konfem 100%.supaya kelak x menjadi isu yang membebankan.

    selaku AJKT UPPPCI yang berkhidmat utk persatuan, sy menyedari kepentingan teratak iskandar ini untuk faedah semua.bukan utk ajkt semata2, tetapi juga utk ahli dan juga perjalanan dan kemandirian PCI di alex.oleh itu, sy menyeru kpd shbt2 semua agar same2 berfikir soal isu teratak iskandar ini dr segenap aspek, bukan tertumpu kpd kepentingan peribadi semata2.

    bg sy, peringatan yg diberi oleh anon bukanlah spesifik utk jawatankuasa teratak iskandar.Tetapi umum kpd semua ahli pci.
    usul ini akan dibawa ke MTC alex pd 7hb januari 2010.dibahaskan dan diundi pada hari yang sama...seandainya usul diterima, sama2lah kte patuh dan taat setiap arahan dr kepimpinan selagi tidak melanggar syarak.krn itu yg diajar oleh islam.Dan seandainya usul ini ditolak, sama2lah kte redha dengan keputusan yang lebih baik yg telah ditetapkan.

    sbg nasihat, ingin menyokong atau membantah, usah berkata dibelakang.jom pakat ramai2 menghadiri MTC utk tentukan nasib anda dan PCI.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum semua..

    terima kasih berjuta2 kpd semua yg memberikan respon balas mengenai teratak iskandar ni..

    saya yakin setiap ahli ada pandangan berbeza2 mengenai isu ini. dan masing2 punyai pandang sisi masing2 mengenai peri penting dan keperluan teratak iskandar ini kepada gerak kerja dan kebajikan ahli persatuan kita.

    cuma izinkan ana jelaskan satu perkara, kefahaman kita terhadap isu ini perlu diteliti terlebih dahulu selari dgn penerangan yg diberikan, berbanding sikap tidak cuba memahami dan tidak meletakkan kaki di kasut org lain (dalam kes ini ajk teratak iskandar). hanya dengan sikap cuba memahami dan prihatin saje dapat memandu isu ini ke satu kesimpulan yg mampu disepakati bersama.

    jika senarai asbab yg diletakkan dlm penjelasan ajk teratak iskandar tidak melibatkan langsung diri kita yg membaca, masakan kita dapat memahami skop yg cuba dibawa oleh ajk yg terlibat. dalam masa pihak yg diamanahkan (mana2 ajk atau individu) bersusah payah melaksanakan amanah mereka, tidak kiralah melaksanakan kelas tafaqquh, menghadiri kelas tafaqquh, menjual barangan produk perubatan, menyimpan barangan persatuan dan sebagainya, tidak pula kita (termasuk diri saya)merasai kesusahan dan kesempitan sepertimana yg dirasai mereka, agak sukar utk kita satukan kefahaman dlm memikirkan kesimpulan terbaik berhubung teratak iskandar ini.

    tambahan pula, jika yg ditimbangkan adalah keperluan dan kepentingan DIRI KITA, agak susah itu difahami skop penjelasan yg cuba dibawa ajk teratak iskandar yg memikirkan keperluan dan kepentingan PERSATUAN (KITA BERSAMA). hari ini persatuan memerlukan tapak khusus utk memusatkan segala gerak kerja, maka pertimbangannya perlu diletakkan di sini, "Apakah kualiti persatuan dapat ditingkatkan dgn adanya markaz sendiri?" sbg contoh dan lain2 persoalan yg berkaitan.

    maka di sini satu aspek yg perlu diperbetulkan adalah SIKAP kita semua ahli2 perubatan. gunakan sikap empathi dan prihatin kite terhadap persatuan dan kebajikan bersama dalam meneliti isu teratak iskandar ini. jika mahu diikutkan pemikiran 'akutidakpedulisme' antara kita, persatuan ini pada awalnya tidak perlu diwujudkan kerana agak mengongkong aktiviti sosial kita di sini.

    maka selari peranan ajk teratak iskandar yg mahu memberi penerangan sejelas mungkin kpd ahli2 perubatan, tidak perlu sentimen2 pentingkan diri ini ditimbulkan kerana sudah pasti TIDAK itu matlamat akhirnya. tetapi yg sebetulnya, terlebih dahulu cuba betulkan side mirror kita supaya selari dgn sisi pandang ajk teratak iskandar, malah AJKT PCI dlm memahami isu teratak iskandar ini. yg sepatutnya, penerangan ini perlu kita sampaikan kpd rakan2 yg lain (tambahan yg tidak bersetuju) dan mengajak mereka menilai isu ini berdasarkan KEBAIKAN/KEPENTINGAN BERSAMA, bukan kebaikan/kepentingan sendiri. kesan yg baik itu akan datang bergolek2 dihadapan kita satu hari nnt jika bukan sekarang, bukan esok, bukan lusa tanpa kita sedari.

    maka, bukalah minda, lapangkan dada, ikhlaskan hati kita semua sebelum menutur lidah, menyusun jari membicarakan perihal rumah persatuan ini.

    sesungguhnya sikap 'individualisme' yg memekat dalam komuniti kita di sini harus dan mesti dipadamkan dgn segera kerana barah ini bukan sekadar barah persatuan di sini, malah sikap ini adalah barah kepada umat Islam di seluruh dunia. kepentingan bersama yg difikirkan bukan utk sesetengah individu ataupun kelompok (bleh baca jemaah), tp kepentingan bersama ini utk kita semua, utk ahli2 yg berteduh di bawah bumbung PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

    saya yakin dan pasti semua yg terlibat dlm menjayakan teratak iskandar ini amat mengharapkan kebaikan yg akan lahir drpd rumah ini utk kita semua, kita bersama.

    sekian wassalam.

    p/s: kpd anon, kalau ada ajkt yg membawa suara bangkangan teratak ni belakang2, jgn malu2 kongsikan nama ye :)

    ReplyDelete
  10. salam wbt,
    rasenye yg pg klas tafakuh je kot tau cmne perasaan tade maruah bile nk buat klas tafakuh pun susah sbb tade tempat.nk buat klas pun kne pinjam2 dr orang.tapi bg yg tak g n tak kesah klas tafakuh ade ke tak tu insyaAllah la tak rase pape bile ape2 jadi kat klas tafakuh.

    btul tak equation cmtu?

    [kerana rumah arqam bin abi arqamlah Islam itu berdiri]

    so sy rasa PCI kalo nk kuat, die kne ade pejabat die sndri.teratak ni salah satu cara.

    mcm MARA, die pun ade pjbat sndri. Kafe Sri Putra pun kne ade pjabat sndri baru laku nk jual. Madam Sana' pun kne ade ofis die baru die bleh buat kje. Mak cik minta sedekah pun ade port sndri utk minta sedekah.

    tape jgn risau la pnyokong2 teratak, kalo betul dak2 PCI ni cukup matured sbg sorg mahasiswa berpersatuan (dan faham cara berpersatuan) insyaAllah dorg sokong 100%

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.

    btol dah equation kat atas tu saudara/ri anonymous. dan sememangnye sesebuah organisasi itu x akan kuat jika tidak punya tapak yg khusus utk berdiri n berdikari.

    same2 kite sokong penubuhan teratak iskandar, demi keutuhan dan kelancaran PCI di masa akan datang!!

    ReplyDelete
  12. buhsan....
    org yg same je komen......
    buhsan2...
    semangat sorang2 la kowunk2 yg semangat....
    cube lagi..:-p

    ReplyDelete