Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Tuesday, December 29, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 4-Logistik dan Kelengkapan

Daurah kitab pertama PERUBATAN telah dijalankan dengan jayanya di bumi Iskandariah yang bertempat di rumah PITT KEDAH pada cuti musim panas 2007. Antara barangan pertama yang dibeli oleh persatuan untuk menjayakan program tersebut adalah 2 tong air berwarna merah yang mana paipnya sedikit bermasalah dengan mengalami kebocoran. Tetapi selepas beberapa modifikasi dibuat dengan melakukan sedikit tampalan pada bahagian yang bocor, telah membolehkan tong air itu digunakan semula sehingga waktu ini. Semenjak daripada itu barangan ataupun aset-aset perubatan bertambah dari semasa ke semasa, daripada satu program kepada satu program yang lain.


Sebagaicontoh yang boleh dibawa disini adalah, kita memiliki bekas polisterin, cawan plastik, sudu dan garfu plastik, dapur gas, talam yang digunakan didalam program-program makan secara berjemaaah ataupun jamuan-jamuan yang pernah diadakan sebelum-sebelum ini turut sama tersimpan. Seterusnya printer dibeli untuk memudahkan kerja-kerja UPP dan unit-unit yang lain dalam membantu gerak kerja persatuan. Untuk pengetahuan semua juga, demi menjaga kebajikan para ahli, unit kebajikan telah menyediakan beberapa barangan seperti first aid kit, tongkat dan juga selimut. Unit sukan dan aktiviti luar pula kini mampu dan telahpun mewujudkan asset-aset sukan seperti bola dan juga wisel untuk digunakan semasa menganjurkan pertandingan sukan seperti futsal antara batch. Alex YE sentiasa menambah dan mengembang biakkan produk-produk mereka seperti T-shirt BOOM, T-shirt Universiti, buku dan mereka juga kini telah mampu untuk memiliki sebuah pemotong kertas dalam melancarkan kerja-kerja mereka dan juga unit-unit yang lain.

Peralatan Elektronik
Dalam memastikan kemandirian program-program yang dilaksanakan persatuan dapat berjalan dengan baik dan lancar, persatuan sentiasa berusaha kearah menambah peralatan-peralatan system audio. Sebagai contoh:
Microphone
Speaker (SONY)
Amplifier
Voltage Transformer (AC-DC)
Kamera Video (Sony HDR-XR200)
Tripod (Targus 1.9m)
Video USB-AV Cable Converter (Easycap)
Layar Putih Projektor (Viewtech)
1 Mikrofon tanpa kabel (Radioshack)
50m VGA kabel
VGA Splitter (1 to 8)
External Harddisk (WD MyPassport 500Gb)
2 Speaker berkuasa tinggi (1100 Watt)
5 Audiojack Splitter + 2 Audiojack Converter


Kesemua asset-aset di atas merupakan milik penuh persendirian PERUBATAN PCI. Namun bukan ini sahaja asset-aset persatuan. pada masa-masa yang akan datang, persatuan akan senantiasa mencuba untuk menambah aset-aset yang difikirkan perlu untuk kebaikan dan juga kebajikan para ahli. Antaranya adalah:
Jersi bola PCI
Mesin laminate
Barangan-barangan sukan yang lain seperti pam bola, bola keranjang, meja ping-pong dan sebagainya
Periuk-periuk besar
Pinggan,mangkuk, tray dan cawan yang sesuai untuk dihidangkan kepada VIP
Alatan-alatan pertukangan seperti tangga, tukul besi dan sebagainya
Tabung-tabung Palestine yang kekal

Peranan Teratak Iskandar
Kesemua aset-aset ini memerlukan tempat yang sesuai untuk disimpan dan diselenggarakan dengan sebaiknya. Kebiasaan yang berlaku, pengurusan aset sesebuah persatuan dilakukan secara sistematik dengan melabel setiap aset dan mencatat setiap kali penggunaannya. Ini bertujuan agar kita dapat menjaga dan memastikan tidak berlaku sebarang kehilangan mahupun kerosakan yang tidak diingini. Seandainya berlaku, kita tahu siapa yang harus dipertanggungjawabkan dan proses penggantian semula atau pembaikkan semula dapat kita laksanakan. Semua ini tidak dapat dilakukan seandainya asset-aset perubatan tidak berada di suatu tempat sebaliknya bertebaran di mana-mana rumah ahli persatuan. Seringkali berlaku apabila kita mahu mengadakan suatu program kita tidak tahu di mana letaknya atau tersimpannya barangan persatuan. Terpaksalah kita menghabiskan tenaga dan wang genih semata-mata untuk mencari barangan-barangan yang diperlukan pada waktu itu. Perkara-perkara yang remeh seperti ini sepatutnya dapat sama-sama kita elakkan agar tidak merugikan mana-mana pihak untuk kesan jangka masa yang akan datang.

Situasi yang berlaku
Pernah sekali berlaku kes dimana mikrofon yang berharga LE 165 dan cable berkualiti tinggi yang berharga LE300 tertinggal di dalam teksi gara-gara ingin mengangkutnya dari asrama ke markaz UPI. Tidaklah individu itu yang patut dipersalahkan. Tetapi apabila kita terpaksa mengangkut ke sana ke mari, itulah risiko yang terpaksa ditanggung. Samada hilang semasa proses pemindahan mahupun rosak di dalam perjalanan. Terutamanya barangan-barangan sistem audio yang sangat sensitif dan perlukan penjagaan yang rapi. Sekiranya persatuan mempunyai sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan dan kelas tafaqquh, kadar pemindahan barangan tersebut dapat kita kurangkan dan risiko untuk perkara tersebut berulang adalah rendah.


Sekiranya anda semua sedar, segala barangan dan aset persatuan berada di rumah ahli-ahli persatuan yang tidak pernah untuk berkira, atau bersikap mementingkan diri sendiri dan senantiasa sanggup untuk berkorban seperti anda semua. Namun begitu, seandainya berlaku lagi penambahan aset persatuan, sanggupkah lagi untuk kita lambakkan di rumah-rumah mereka? Eloklah sekiranya barangan-barangan tersebut diletakkan dan disusun rapi di rumah persatuan. Persatuan percaya mereka juga menginginkan ruang untuk diri mereka sendiri dan mereka juga mengharapkan agar penyimpanan barangan di rumah mereka hanya bersifat sementara dan bukannya kekal abadi.


Oleh itu perlunya aset-aset persatuan dipusatkan demi menjaga, menyelenggara, mengelakkan kerosakan semasa proses pemindahan,memudahkan penggunaanya dan tidak menyusahkan ahli-ahli yang menyimpan aset persatuan seperti yang berlaku sekarang. Semoga segala kemudahan dapat dinikmati oleh ahli-ahli persatuan. Amin ya ALLAH.


No comments:

Post a Comment