Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Sunday, December 27, 2009

Komen-komen terpilih *updated*

*Post blog telah dikemas kinikan.*


Alhamdulillah. Sedikit sebanyak blog Teratak Iskandar telah berjaya mencapai objektif penubuhannya dengan adanya respon-respon yang menggalakkan daripada pembaca. Justeru, sebagai menghargai komen-komen pembaca, kami dengan sukacitanya berminat untuk memilih komen-komen yang diberikan untuk dijawab.


Komen yang terpilih ialah komen 1 dan komen 2.


Rumusan komen 1

  1. Rumah besar harga mahal, bayaran simsar mahal, justeru menyebabkan trend kenaikan harga bertambah membebankan adik-adik junior untuk mencari rumah.
  2. Tiada rumah yang cukup besar, mungkin tak dapat mejalankan fungsi sebagai tempat berhimpun
  3. Barang hilang secara berjemaah. Lebih baik barang hilang satu-satu daripada hilang semua
  4. Le 30 yang mungkin banyak bagi sesetengah pelajar, dan beruntunglah "penjaga" yang menggunakan kemudahan rumah itu yang dibayar oleh persatuan
  5. Penggunaan rumah yang dikatakan hanya memberi manfaat lebih kepada AJKT sahaja

Jawapan:

1. Permasalahan harga bayaran simsar yang tinggi ini bukanlah masalah baru. Masalah ini dah lama berlaku dan sedang berlaku. Pada pendapat kami, hal kawalan bayaran simsar ini sebenarnye tergalas di atas bahu kita masing-masing. Ini kerana, terdapat segelintir pelajar yang berkemampuan atau mungkin juga terdesak, tanpa ragu-ragu mengambil rumah yang menawarkan sewa yang mush ma3ul. Hal ini telah mencelikkan mata orang Arab dengan mengetahui bahawa orang Malaysia kaya. Internet simsar dalam penyebaran maklumat lebih laju daripada berita tv.


Sepatutnya, kita semua perlu sepakat dalam hal ini. Banyak perkara yang boleh dilakukan seperti tidak mengambil sesuatu rumah itu tanpa berjuang habis-habisan (iaitu berbincang baik-baik) supaya tuan rumah menurunkan harga rumah. Rasanya unit perumahan sendiri telah mengeluarkan guideline untuk mendapatkan rumah agar kemashlahatan ahli terjaga rapi.


Selain daripada itu, kami cukup yakin bahawa jawatankuasa yang bakal menguruskan pencarian rumah mampu untuk menggunakan simsar yang rasa-rasanya cukup rapat dan 3arif dengan pelajar Malaysia. Contohnya Baba Khamis yang sememangnya cukup ma3ruf dalam kalangan kita sebagai simsar yang sangat baik budi bicaranya. Ini sekaligus dapat mengurangkan kebarangkalian berlaku tersebarnya rumour2 yang tidak diingini.


Adalah tidak adil menganggap kenaikan harga rumah sewa ni 100% terletak di atas tindakan penubuhan Teratak Iskandariah. Sebelum idea Teratak Iskandariah ditimbulkan, sewa sudah pun naik secara mendadak. Malahan ustaz Mandarah sendiri sangat terkejut dengan situasi rumah sewa di sini.


Saudara/i Lelap tidak perlu gusar mengenai urusan bayaran simsar dan sewa yang tinggi bagi Teratak Iskandar kerana agen-agen kami insya Allah akan cuba mendapatkan harga yang terbaik. Untuk pengetahuan saudara/i juga, perkiraan untuk sebulan bayaran bagi Teratak Iskandar telah mencakupi segala aspek, bermaksud disini bahawa bil air, elektrik, penambah baikan rumah, simsar, bawab segala-galanya telah dirumuskan oleh jawatankuasa Teratak ini. makanya, tiada persoalan dalam hal yang berkaitan.Mari kita doakan supaya mereka berjaya.


2. Pihak kami cuba untuk mendapatkan rumah yang seluas mungkin.Apa-apapun, ingin ditegaskan di sini bahawa tujuan kami menyatakan akan menjadikan Teratak Iskandar sebagai tempat berhimpun bukanlah untuk mengabui mata ahli-ahli. Sebaliknya, kami ingin memberikan suatu altenatif sebagai tempat berhimpun sekiranya kelas Tafaquh tidak lagi boleh dilakukan di tempat biasa atas sebab-sebab tertentu.


Dan fungsi sebagai tempat berhimpun bukanlah hanya satu sahaja fungsi utama Teratak Iskandar.


3. Seperti yang dikomenkan oleh ahli-ahli lain, Teratak itu akan dijaga oleh mereka-mereka yang bertugas. Selain itu kami juga menggariskan beberapa langkah untuk mencegah daripada kecurian mudah untuk berlaku. Antaranya Teratak Iskandar mestilah terletak BUKAN di tingkat ground floor, ianya perlulah dikunci, dan lain-lain langkah pencegahan.


Sekiranya kita meletakkan barang-barang di rumah-rumah persendirian, mungkin tidak berlaku kehilangan (mintak dijauhkan), tetapi kita juga kene fikir kebajikan penjaga-penjaga persendirian tersebut. Dengan terletaknya barang-barang di tempat yang berasingan, bukan sahaja menyusahkan proses pengumpulan barang-barang tersebut untuk digunakan, malahan penjaga-penjaga harus bersusah-payah semata-mata untuk membawa barang-barang tersebut ketempat program dengan menggunakan beberapa buah teksi dengan sebab tiadanya pemusatan barang-barang dibuat. Padahal lebih baik jika sejumlah wang digunakan sekali gus untuk membawa semua barang-barang daripada Teratak Iskandar.


4. Masalah duit rasanya tiada yang perlu dirisaukan. Jika boleh membayar LE25 untuk menonton wayang sekali sebulan, atau menjamu selera di KFC ataupun Mc D secara mingguan, dan membayar untuk lain-lain aktiviti, apatah lagi LE 30 SETAHUN? Segala-galanya bergantung kepada kesedaran ahli itu sendiri, mungkin sebilangan sahaja berfikiran sedemikian rupa.


Ape-apa pun kami mengharapkan sekiranya usul Teratak Iskandar diluluskan, dan proses pembayaran bermula, ahli-ahli amatlah diharapkan untuk menyumbang dengan ikhlas. sekiranya sejumlah duit yang digunakan untuk aktiviti2 yang lebih menjurus kearah kebaikan ahli, walaupun tanpa kita sertai, insyaAllah hasanahnya turut sama kita peroleh seperti yang telah dijelaskan didalam post ini.


Berkenaan "penjaga" yang menjaga rumah tersebut, satu giliran akan dilakukan. Jadi tidak ada 'penjaga' yang terlebih 'heaven' menjaga rumah tersebut. Malahan, kami yakin sekiranya terdapat penjaga-penjaga yang bermurah hati, dan mereka sedar bahawa penggunaan mereka adalah terlebih sedikit daripada ahli-ahli yang lain, mungkin mereka akan membayar lebih agar jelas garisan halal dan haram dalam penggunaan Teratak tersebut.


Kami juga yakin dan percaya ahli-ahli tahu halal haram, dan tidak menyalah gunakan kemudahan yang disediakan sekiranya mereka menjadi penjaga. Satu perkara yang harus ditekankan, kita seharusnya berterima kasih kepada setiap ahli yang telah diberi amanah menjaga rumah tersebut mengikut giliran kerana mereka sanggup untuk berkorban meninggalkan rumah mereka semata-mata untuk kebajikan ahli yang lain. Tidak salah sekiranya ingin saya katakan disini bahawa, apalah sangat untuk mereka menggunakan gas dan elektrik yang hanya secebis daripada keikhlasan mereka yang sanggup untuk berkorban, takkan sanggup sebahagian daripada kita melihat keikhlasan mereka dibalas dengan ketiadaan api dan elektrik, gas dan air dan sebagainya. Mereka juga adalah manusia yang perlu untuk kita jaga keselesaannya.


5. Kemashalatan bersama. Tak semestinya kita membuat sesuatu kemudahan tersebut hanya untuk kita mendapat faedah. Ibarat menggali perigi tapi digunakan hanya untuk diri sendiri. Itu pentingkan diri namanya.


Memang, sesetengah orang mungkin akan bersikap berkira. Tetapi jika mereka diberikan penjelasan mengenai manfaat-manfaat yang akan didapati sama ada secara zahir mahupun batin, dunia atau akhirat, kami pasti mereka akan senang hati untuk membayarnya.


Tugas AJKT bukanla kerja mudah. Mereka terpaksa mengjugel tugas antara sebagai pelajar dan sebagai pemimpin. Mereka perlu bersengkang mata dan menyerabutkan fikiran dengan 1001 tugas sedangkan kita duduk di rumah dibawah saratoga menonton Family Outing. Jadi apa salahnya kalau berikan kepada mereka sedikit kemudahan??


Namun begitu, kami berharap agar semua ahli berpuas hati dan mendapat maklumat yang secukupnya seterusnya berlapang dada untuk menyokong usul ini. Jangan malu segan untuk memberikan maklum balas sekiranya terdapat sebarang persoalan


*********************************************


Rumusan komen 2

  1. Kehadiran orang Malaysia yang ramai menggusarkan orang Arab
  2. Berkenaan tingkat 3 bangunan MARA

1. Insya Allah, pihak kami akan mendapatkan surat daripada Ketua Polis untuk membenarkan kami melakukan perhimpunan. Maka apabila surat itu telah diperoleh, orang-orang Arab tidak boleh untuk berbuat atau kata apa-apa.Selain itu, kita sebagai pelajar perubatan yang terpilih, mestila pandai untuk beradab2.


Contoh yang paling dekat, markaz DPMI di Mandharah, segala-galanya berjalan dengan cukup baik tanpa sebarang masalah untuk dirisaukan. Dengan syarat anda pandai menjaga adab ditempat orang, anda bijak mengurus akhlak islamiah, dengan itu, bukan sahaja kita diterima, malah masyarakat disini kemungkinan besar sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kita INSYAALLAH...


2. Masalah tingkat 3 ini sangat rumit. Memang kalau diikutkan logik MARA sudah membeli satu bangunan, tetapi tetiba satu tingkat bukan milik MARA? MARA telah cuba untuk mendapatkan tingkat 3 melalui perintah Mahkamah namun telah ditolak.


  • Pelajar makin bertambah. Program dan aktiviti juga bertambah. Namun kemudahan untuk membuat sebarang aktiviti mahupun menyimpan barang ibarat digantung tidak bertali. Jadi apakah yang perlu dilakukan dalam jarak masa sebelum MARA mendapat tingkat 3 tersebut? Tiada orang yang dapat memberikan kata-kata pasti tentang kemungkinan pemilikkan tingkat 3 tersebut melainkan orang Arab pemilik tingkat itu sendiri.
  • Jika MARA berjaya mendapatkan tingkat 3 itu pun. ia akan terus menjadi hak milik MARA. Kita tidak tahu apakah rancangan MARA seterusnya bagi penggunaan tingkat tersebut? Apakah MARA akan memberikan sepenuh penggunaan kepada PCI?

Jadi inilah sahaja jawapan-jawapan yang kami dapat berikan. Kami memohon maaf sekiranya terdapat ayat-ayat yang menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam tugas menjelaskan Teratak Iskandar.

34 comments:

  1. komen membina:

    1. tiada rangka kerja dan strategi khusus bagaimana mendapat duit untuk pembiayaan sewa dan lain2. eg: bil letrik,air
    sila rangka n persembahkan rumah yg telah difikirkan sesuai,bacaimana mendapatkan dana sepanjang tahun secara details. bukan theory semata2.
    2.Students pun ramai yang xbayar yuran tahunan perubatan n tabung kasih sayang. inikan rumah persatuan?
    2.Tidak logik dan menyusahkan ajk jika ada jadual penggiliran menjaga rumah persatuan. Banyak lagi tanggungjawab n kerja2 lain yang perlu diselesaikan oleh ajk.mereka juga mahu masa lapang belajar ilmu2 agama.
    3.Aktiviti mingguan yang menggumpulkan ahli2 persatuan secara beramai2 hanyalah kelas tafaquh.tidak adil sekiranya majority dana digunakan untuk program UPI sahaja sedangkan unit2 lain perlukan dana dalam aktiviti2 mereka.
    4.Hall rumah persatuan yg hendak dicari mestilah lebih besar dari bilik kaca dan ruang tepi asrama.ada ke?
    5.Sewa dewan atau membayar kepada ahli rumah yg ditumpang barang2 persatuan adalah option yang jauh lagi murah dan bijak.
    6.cadangan untuk menjadikan rumah persatuan seperti kooperasi adalah kurang bernas kerana seorang penjaga tetap harus ada untuk menyelia jualan. student medic mana yg ada masa terluang sebanyak ini ye?
    7.Mari kita mengikut PERUBATAN PUSAT yg lebih besar jumlah ahlinya berbanding kita tapi tidak perlukan langsung rumah persatuan.Sewa stor asrama mara sudah memadai.
    8. Mara masih cuba dapatkan tingkat 3, jangan nyatakn seolah2 tiada harapan langsung untuk mendapatkan tingkat 3.
    9.Quote"
    Tugas AJKT bukanla kerja mudah. Mereka terpaksa mengjugel tugas antara sebagai pelajar dan sebagai pemimpin. Mereka perlu bersengkang mata dan menyerabutkan fikiran dengan 1001 tanggungajwab sedangkan kita duduk di rumah dibawah saratoga menonton Family Outing. Jadi apa salahnya kalau berikan kepada mereka sedikit kemudahan??"
    Rakan saya ajk katanya dia tidak punyai masalah untuk berkumpul meeting di bilik kaca persatuan.

    RUMUSAN: Buat masa ini cadangan untuk teratak iskandarian tidak relevan.Mungkin boleh cuba lagi pada tahun hadapan. Allah majukan PCI untuk semua.wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. kepada ajk yg terlibat
    sila nyatakan aset2 persatuan yang ada.
    ana fikir xbanyak yang makan ruang.
    eg:
    1.printer pasti diletakkan di rumah UPP.
    2.speaker/sound system pasti akan diletakkan di asrama. ust ishak pun tiada masalah kita tumpang letak diasrama.
    3.barang2 persatuan yang hendak dijual. selepas jual ia akan habis,takdelah kekal setahun untuk disimpan.

    conclusion: its better to rent a store room or pay the people keeping PERUBTAN asset. syukran

    ReplyDelete
  3. ((((((4. Masalah duit rasanya tiada masalah. Jika boleh membayar LE25 untuk menonton wayang sekali sebulan, atau menjamu selera di KFC ataupun Mc D secara mingguan, dan membayar untuk lain-lain aktiviti lagha, apatah lagi LE 30 SETAHUN?))))))))

    salam..

    mntak kepada yg buat rumusan di atas supaya menapis kembali ayat di atas..biarpun nmpak mcm ayat2 biasa..tp sila jaga sensitiviti org lain jugak..jgn main pukul rata..seolah2 stiap ahli akan guna duit utk buat bnda2 lagha tiap2 bulan atau minggu..takut2 ada yg x redha dgn tuduhan ni, teratak ke mana..redha Allah dan manusia ke mana..

    smoga Allah sntiasa bersama kita..

    ReplyDelete
  4. salam.. sdikt jawapan utk prtanyaan Anonymous bertarikh December 27, 2009 9:25 PM. hehe..

    nak rangka kerja n strategi utk baya sewa. dana dapat dari mana?. bukan theori semata-mata.
    student ramai xbaya yuran tahunan, ni pulak nk baya yuran teratak


    pernahkah anda menyewa rumah?
    apabila pelajar-pelajar membaya duit utk rumah persatuan (yang akan termasuk dalam yuran tahunan-jika usul diluluskan) maka pihak jk teratak akan berurusan dengan pemberi sewa utk membaya sewa pada tiap-tiap bulan. rasanya seperti tidak memerlukan strategi yang khusus kerana semua orang tahu cara utk membaya sewa.

    student ramai yang tak baya yuran tahunan persatuan? anda pastikah ramai? adakah anda salah seorang daripada mereka? sila jelaskan yuran anda bagi membolehkan anda mengundi utk kepimpinan yg akan datang. hehe..
    tujuan blog ini ditubuhkan juga adalah untuk memberi kesedaran kepada semua ahli tentang kepentingan rumah persatuan. kalau semua org sedar, tak jadi masalah utk kutip duit rm 30 SETAHUN..



    Tidak logik dan menyusahkan ajk

    ajk bukan setiap masa akan berada di rumah persatuan. saya tidak tahu tentang jadual giliran ajk kerana rumah persatuan belum diwujudkan, inikan pula jadual giliran.
    adakah anda bayangkan perkataan menjaga itu seperti Pak Guard? tidak sama sekali. ajk masih bebas bergerak di dalam ruma tersebut. masih boleh mnyelesaikan tanggungjawab2 yg lain dan masih boleh mengulangkaji.



    3.UPI sahaja yg guna teratak tu nanti.tak adil g kt upi saje. unit laen pun nk guna dana jgak. apa kes?

    adakah anda ahli PERUBATAN? adakah anda tahu bahawa UPI adalah salah satu cabang daripada PCI? jadi kenapa perlu dipertikaikan jika UPI ingin menggunakan teratak sbg kelas tafaqquh sekalipun. dan unit-unit lain juga boleh menggunakan juga tiap-tiap minggu bahkan setiap hari jika mahu mnjlankan aktiviti persatua. tafaddal. saya tidak faham kenapa perkataan tidak adil digunakan disini. hehe..
    tidak dinafikan bahawa setiap unit memerlukan dana utk utk bergerak, namun tidak bermakna dengan terwujudnya teratak ini suatu hari nanti, dana-dana kepada setiap unit akan disekat..



    4. hall teratak nnti perlu besar..

    usaha mncari rumah persatuan bukan suatu usaha yg mudah dn mengambil masa sepuluh saat. ia memerlukan masa yg agak pnjang dan penelitian yg baik. saya yakin pihak ajk teratak berusaha bersunguh-sunguh utk mndapatkan teratak yg terbaek!


    5.sewa dewan je lg mudah. takkpun bayar kt student mntak tompang barang sket

    menyewa dewan bukanlah suatu option yg baek. pertamanya kerana kos. kos sewa dewan selama 10 jam adalah LE2500. itu adalah harga dewan yg disewa utk seminar ibadah baru2 ini. dewan yg akkhawat guna utk aidil adha lebih kurang LE 1500. dewan yg sama, cuma guna sekejap. kalau tiap-tiap minggu kita nk sewa dewan utk tafaqquh? adakah berbaloi? tumpangkan barang kt umah student2 memang boleh. tetapi kita ingin memusatkan segala aset persatuan. barulah tak tercari-cari barang apabila diperlukan.

    ReplyDelete
  5. sambungan

    6.cadangan nk buat koperasi kurang bernas. sape nak jage?

    bagi saya, koperasi adalah cadangan yang bernas. tidak perlu penjaga tetap. kita boleh gilirkan. kebanyakan pelajar ada kelas pada waktu pagi, jadi koperasi mungkin hanya perlu dibuka pada sebelah petang sahaja. kita cuba berfikiran terbuka dan berfikir di luarkotak.


    7.ikut Pusat je bagos. depa takde pun duk kalut nk buat teratak

    adakah kita hanya tahu mnjadi mahasiswa pak turut? tidak mahukah kita mnjadi perintis kepada perubahan? di qaherah, perubatan pusat boleh menggunakan arma utk segala aktiviti depa dan mereka diberi bilik khas utk menyimpan segala barang2 mereka. tetapi kita di alex tidak begitu. asrama mara semakin terhad penggunaannya. kita nk tunggu tingkat 3 sampai bila?


    8. mara masih dlm usaha nk dapatkan ting.3. bukann takde harapan langsung

    kita tdak menafikan usaha pihak mara utk mndapatkan tingkat 3. tetapi hingga kini masih belum nampak tanda-tanda utk dapat. oleh itu, kita ambil langkah mewujudkan teratak ini sebagai inisiatif sementara menunggu ting.3 yang disebut-sebut diatas angin itu.


    9. Quote...
    Rakan saya ajk katanya dia tidak punyai masalah untuk berkumpul meeting di bilik kaca persatuan


    saya tidak tahu pula PERUBATAN ada bilik kaca? di manakah?
    kalau yg dimaksudkan itu di asrama MARA, maka bukanlah bilik kaca persatuan. perlu dinyatakan disini, penggunaan bilik kaca adalah atas budi bicara dengan pihak KSP. tidak molek kita menggganggu perniagaan orang lain. contohnya macam program motivasi dengan Dr.Latif baru2 ini.
    satu lagi, teratak itu bukan sekadar untuk meeting sahaja.. XD



    RUMUSAN: cadangan untuk teratak iskandarian adalah amat relevan.usul ini perlu diluluskan. Tidak perlu tahun depan. Allah majukan PCI untuk semua.wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Quote:
    Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

    ((((((4. Masalah duit rasanya tiada masalah. Jika boleh membayar LE25 untuk menonton wayang sekali sebulan, atau menjamu selera di KFC ataupun Mc D secara mingguan, dan membayar untuk lain-lain aktiviti lagha, apatah lagi LE 30 SETAHUN?))))))))

    salam..

    mntak kepada yg buat rumusan di atas supaya menapis kembali ayat di atas..biarpun nmpak mcm ayat2 biasa..tp sila jaga sensitiviti org lain jugak..jgn main pukul rata..seolah2 stiap ahli akan guna duit utk buat bnda2 lagha tiap2 bulan atau minggu..takut2 ada yg x redha dgn tuduhan ni, teratak ke mana..redha Allah dan manusia ke mana..

    smoga Allah sntiasa bersama kita..
    December 27, 2009 10:05 PM
    End of Quote


    sila perhatikan perkataan jika dalam ayat oleh tuan punya blog. rasanya tidak seperti pukul rata. hanya kepada yang berkenaan sahaja.
    Jika tak buat, tidak perlu terasa.

    jika , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; ® kalau.
    Kamus Dewan Edisi Empat

    jika... sekalipun meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;
    Kamus Dewan Edisi Empat

    jika (kalau) kiranya kalau, kalau-kalau, seandai­nya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia?
    Kamus Dewan Edisi Empat

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kepada yang memberikan maklum balas. Kami memohon maaf jika terkasar bahasa dan tersilap bahasa.

    Post telah dikemas kini~

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dgn Dr Alex di atas...

    saudara zulhilmi..adakah anda tidak mahu "membeli" untuk saham anda di akhirat naT??
    Teratak iskandar jika diluluskan dan INSYAALLAH diluluskan bakal menjadi untuk kegunaan byk perkara2 yang baik dan berfaedah untk kegunaan ahli.......

    secara tidak langsung dgn berkat kte smbangkan le30 tu ad rahmat Allah yang diberikan...


    jgn kate anda tidak mahu Rahmat Allah atau Saham akihrat???????
    lebih berharga dari ape2 bnda di dunia wahai saudara zulhilmi....

    mmg byk lg benda kte bole buat untuk mendapat Rahmat Allah....tapi ini adalah salah satu yang dtg bergolek....

    adakah anda mahu mensia-siakannya???

    Saye yakin jikalau kite berfikir dgn mnggunakan akal fikiran dan KERANA ALLAH bkan kerana benda2 lain...Allah akan menunjukkan jalannnya...



    SAYA SOKONG USUL TERATAK ISKANDAR...
    ALLAH MAJUKAN PCI....wallahua3lam.

    ReplyDelete
  9. Err..
    saya rasa Anonymous bertarikh December 28, 2009 8:40 AM kat atas ni dah tersalah tafsir maksud saudara zulhelmi. cuba baca elok2 komen dia.

    ReplyDelete
  10. Ya. Saudara Zulhelmi menegur pengurus teratak dalam berbahasa, bukannya beliau kedekut nak bayar... :)

    ReplyDelete
  11. saya mintak maaf saudara zulhelmi..
    tersilap tgk...
    yang saye maksudkan saudara/i anonymous yang post dgn tajuk "komen membina"...

    mntak maaf sekali lagi....
    nasib baik korang xtaw sape aku...
    wallahua3lam

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum w.b.t,

    Terima kasih kerana mengambil berat serta sudi menjawab komen/persoalan saya dengan penuh berhemah.

    Pertamanya soal simsar dan harga rumah. Adalah sememangnya tidak adil menyalahkan penubuhan teratak ini sebagai titik kenaikan harga. Anda telah tahu bahawa titik titik kenaikan harga tersebut telah pun wujud sekarang yakni sejak kehadiran pelajar-pelajar baru pada tahun ini. Rumah yang dahulu harganya sekitar 700 sudah menjadi 1400. Bagi mereka yang terlebih mampu,tidak menjadi masalah.Apa yang saya ingin mengetengahkan disini, bukan menyalahkan penubuhan teratak sebagai titik permulaan kenaikan harga. Apa yang saya ingin jelaskan disini, anda sendiri menulis kawalan ini terletak di bahu masing masing. Sekiranya PERUBATAN Iskandariah sendiri BOLEH membeli rumah mahal, membayar simsar dengan harga tinggi ( kerana rumah mahal ) masakan pelajar-pelajar 'terlebih mampu' lain tidak boleh melakukan perkara yang sama. Mungkin, alasan AJK yang mencari adalah , " kami telah mencari seedaya upaya" namun bagaimana sekiranya pelajar-pelajar yang terlebih mampu ini menggunakan alasan yang sama iaitu " kami juga telah mencari sedaya upaya atau berusaha sedaya upaya utk mdpt harga murah".Siapa yang berputih mata????

    Kedua,berkenaan cadangan mewujudkan satu jawatankuasa menjaga teratak. Kemungkinan besar penjaga-penjaga ini terdiri daripada AJKT.Kerana mereka lebih bertanggungjawab serta lebih amanah daripada ahli biasa. Sanggupkah para AJKT sekalian,meluangkan masa yang tak seberapa untuk menjaga rumah itu? Andai kata seorang AJKT ini tamatnya kelas pada jam 4 atau 5 petang, kalau teratak tu dekat dengan universiti tak mengapalah. Bagaimana sekiranya teratak itu jauh????? Sanggupkah anda? Jangan pula sampai menganggu waktu pembelajaran anda. Bak kata pepatah melayu, jangan pule yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.[ nauzubilla ]...dan satu lagi, sesungguhnya waktu seorang student alex sangatlah padat.Sanggupkah AJKT menambah beban yang sedia ada??? Fikirkan wahai AJKT :)....dan sekiranya jawatankuasa yang menjaga rumah tersebut terdiri dr ahli bukan AJKT, sanggupkah anda? Andaikata anda terpaksa membuat assignment yang memerlukan internet sedangkan anda berada di teratak....[ Teratak tu ada sediakan internet connection ke?? kalu sedia..maknenye bajet bukan lagi 30 genih : ) ]

    Ketiga, berkenaan dengan keselamatan. Anda yakinkah Polis mesir memberi permit untuk kita berkumpul? Sedangkan membuat laporan dompet hilang ( kes first year ke 2nd year perempuan hari tu ) pun susah. Masalah sekarang ini, bukan akhlak. Masalah sekarang ini kita student medic. Cara pakai pun ala ala student bukan Azhar. Ada yang nampak Ganas, ada yang nampak skema , ada yang nampak rock ala kapak, ada mcm2 gaya. Kalau pelajar azhar, dari segi penampilannya saja....menyenangkan hati kite melihatnya...dengan berkopiah,berseluar slack, dan bg perempuah berjubah, niqab dan sebagainya. Dari segi penampilan kita juga boleh mempengaruhi pandangan arab laen.Walaupun kita bergaya ala-ala rock, kita jg akhlak Islamiah.Namun, itu hanyalah persepsi dari kita. Kita tidak tau ape pandangan arab lain.Dan satu lagi,saya difahamkan teratak tersebut bukanlah tingkat satu. Cuba bayangkan segerombolan pelajar2 melayu menggunakan lif utk naek ke teratak menghadiri kelas. Bagaimana kalau lif itu rosak??? Dan sekiranya menaiki tangga, konfirm...bunyi tapak kaki tu mengalahkan org buat rumah batu. Ini berdasarkan pengalaman saya menghadiri beberapa kelas2 agama sebelum ini. Rasenye meraka semua teramatlah menjaga adab2 serta akhlak Islamiah. :)

    ReplyDelete
  13. Keempat, ni berkenaan dengan Dr.Alex...PERUBATAN ni ada dua jenis ahli. Saya difahamkan, satu ahli adalah ahli automatik...masuk saja medic course, auto jd PERUBATAN satu lg jenis ahli adalah Ahli PERUBATAN yang membyr yuran.Saya fikir anda masih muda di alex.dan xsemestinya saya tua. Ramai tak ramai saya juga tidak pasti yang xbyr. Tetapi mmg ada segelintir ahli sanggup tak bayar dan sanggup tak masuk persatuan. Lets revise. Kalaulah lebey ramai orang atau ahli memikirkan pasal wang...habeslah persatuan ni.Yuran teratak 30genih + yuran tahunan PERUBATAN 20genih + YURAN kasih sayang ( xtau la byr sume ke tak) + 50 genih = 100 genih.Betul atau tidak?? Kalaulah golongan berpendapat lebih baik tak bepersatuan, cukupkah kita nak menampung sewa teratak tersebut? Mungkin hari ni 4 5 org sahaja. Mana tau selepas 'cukai' teratak diperkenalkan makin ramai yang lari? [ nauzubilla ]....dan satu lagi saya ingin tambah....mmg sejak turun temurun, bila saja ada org berkira duit, kita mula serang secara ayat2 kebajikan. Mmg benar cara tersebut betul dan saya mmg setuju. Tapi sedarlah, kita kat sini dah ramai. Ramai juga bererti byk aliran dan juga fahaman. Mungkin bila kita serang secara demikian mereka menderma TAPI.....PAKSA-RELA. andai kata mereka menderma tetapi hati meraka tetap tidak redha...siapa tahu????? Bagaimana kesan duit meraka tersebut ke atas persatuan kita amnya dan kepada setiap ahli persatuan? So,better kita twist cara pemikiran mereka bukan serang secara kebajikan yang mmg jd penutup utk segala masalah duit....

    wallahualam.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum warahmatullah…

    Just nak share sket info2 yg sy ade berkaitan umah, memandangkan sy merupakan org yg terlibat secara langsung dlm tugas survey2 umah ni.

    1. Lokasi : kebanyakan umah yg di’survey’ ialah di kwsn gamaah & camp Caesar, di antara jln kurnish & jln tram.

    2. Tingkat : 1, 2 atau 3 (xde yg ardhi mahupon underground, xde yg lebih dr tingkat 3)

    3. Simsar : stakat ini hanya menggunakan seorg simsar shj, & simsar ini mengenali ustaz ishak sbg masul malizi & hubungan baik ustaz ishak dengan amin daulah.

    4. Bayaran : untuk stiap bayaran (sewa rumah, simsar, letrik, air, bawab, dll) masih lagi dalam lingkungan harga kawalan unit perumahan. (malah jauh lebih murah….)

    Setakat 28/12/2009, pkol 11.00 mlm, personally, sy tertarik dengan 1 umah yg sy rasekan paling seswai.lokasi di gamaah, diantara jalan tram dan jln port said.tingkat 1...mungkin sy bleh bg sket description ttg umah tu :

    Ade 5 bilik yg mengelilingi 1 ruang tamu, 2 bilik air, 1 dapur….ade 2 pintu masuk.

    *ukuran ini merupakan anggaran berdasarkan perbandingan keluasannya dengan bilik sy.

    1 bilik = 25m X 15m (1 pintu masuk ke rumah melalui bilik ini)  akhawat masuk melalui pintu ini.

    4 bilik = 25m X 35m stiap 1 bilik.

    1 ruang tamu = 25m X 20m (1 pintu masuk ke rumah melalui ruang tamu)  ikhwah masuk melalui pintu ini.

    Yg menarik perhatian sy ialah stiap bilik bersambung antara 1 sama lain.Bermakna, jika semua pintu bilik dibuka, satu ruang lapang yang luas dan lebar sebagaimana ruang legar bawah asrama mara diperoleh…atau lebih spesifik, 5/6 drpd luas ruang legar asrama mara tanpa cafeteria.

    Banyak lagi rumah yg di’survey’, & ini yg sy rasekan terbaik…

    Usaha2 survey masih lg dijalankan…ramai lg yg bersama2 sy bekerja keras kearah merealisasikan usul ini.Bagi yang ingin turut serta membantu, bleh hubungi sy directly di 0112453326

    Sumbanglah ape2 yg anda mampu.segalanya dalam perkiraan Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.
    Hatta berdirinya anda di MTC nnt dengan menyatakan sokongan kpd usul teratak iskandar ini juga akan dikira oleh Allah S.W.T.

    JOM PAKAT SOKONG USUL TERATAK ISKANDAR..!!!

    ReplyDelete
  15. Berkaitan soal keselamatan :

    1. bg pihak simsar, bersedia menjelaskan dan memahamkan fungsi teratak iskandar ini kpd tuan rumah.

    2. bg pihak tenaga pencari rumah, kriteria rumah seperti kwsn sekitar umah, pintu gate masuk banggunan, bawab serta sifat & sikap tuan rumah dan jiran tetangge sentiase diambil kire.

    3. bg pihak yg bertindak sbg masul malizi di iskandariah (ust. ishak, DPMI, embassy) bersedia berbincang dengan amin daulah berkaitan soal keselamatan.

    Jika ditanye "Anda yakinkah Polis mesir memberi permit untuk kita berkumpul?"...
    Maka sy jawab "SAYA YAKIN..." berdasarkan pengalaman berurusan dengan pihak polis selama 4 tahun serta dengan bantuan dr para masul malizi, diiringi doa dan semangat dr shbt2 semua.

    Jom same2 kte mulakan dgn ikhtiar bersungguh2, kemudian mintalah kpd Pemilik hati dgn bersungguh2 jgk...
    akhir skali, brulah kte redha dgn sgale ketentuanNya... =)

    ReplyDelete
  16. Apa lagi nak dibincangkan? JOM kita ke MTC!! Nyatakan sokongan kita di SANA!

    ReplyDelete
  17. berkaitan soal yuran tahunan PERUBATAN dan keselamatan, sememangnya dimana2 sahaja turut mengalami masalah yang sama. Dan bermula dari titik tolak inilah kita perlu untuk pupuk sedikit demi sedikit semangat cinta kepada persatuan itu sendiri dalam kalangan ahli-ahli PCI. Saya yakin para AJK juga ada memikirkan soal bakal meningkatnya yuran tahunan PERUBATAN dalam menjana kemandirian PCI dibumi iskandariah ini sendiri.

    Tidak mahu tidak, lambat-laun perkara seperti ini tetap akan kita alami berikutan berlakunya pertambahan ahli yang cukup ramai saban tahun. Suka saya meneliti kembali persoalan yang dikemukakan oleh ahli lelap berkaitan dengan yuran yang tidak mungkin dibayar oleh sebilangan ahli dan juga pandangan masyarakat arab terhadap pelajar Medic disini.

    Dalam hidup ini kita memang cukup mudah untuk mengetengahkan seribu satu persoalan terutama apabila ianya berkait-rapat dengan HATI DAN PERASAAN MANUSIA itu sendiri. Kerana apa? kerana yang HANYA mampu untuk merobahnya adalah Yang Maha Esa Allah swt. Dengan sebab itulah kita mudah membentangkan 1001 persoalan yang cukup sukar untuk sama-sama kita rungkaikan satu demi satu dalam menyelesaikannya. Tertarik juga saya apabila saudara ahli lelap melontarkan pandangannya agar kita 'twist' pemikiran para ahli sekalian terutama dalam perkara yang cukup berkaitan dengan WANG GENIH + PERASAAN HATI MANUSIA. Bagaimana? saya sendiri kurang arif. Mungkin ahli lelap INGIN MEMBANTU MENYUMBANGKAN IDEA dalam menyelesaikan masalah ini, ahlan wasahlan.....

    Dalam kita suka untuk membangkang, dalam kita suka untuk terus bertanya... ayuh, sama-sama kita gunakan akal fikiran untuk turut sama membantu rakan-rakan yang cukup banyak bertungkus-lumus dalam memastikan segala perkara yang walaupun bagi pandangan mata kita hanyalah sekecil-kecil kebajikan, tidak terus terhenti, tidak terus sunyi daripada membawa sedikit-sebanyak kepada perkembangan kehidupan para ahli di sini.

    Gunakan akal yang suka bertanya itu bukan sahaja untuk menimbulkan keraguan, malah turut sama kita gunakan akal yang satu itu itu demi kebaikan pada masa yang akan datang dengan membawa sakantung jawapan. Walau bukan untuk saat ini, walau bukan untuk hari ini, walau juga bukan untuk keselesaan kita sendiri, tetapi sama-sama kita bina untuk generasi2 yang akan datang agar mereka mampu untuk kecapi hasil manisnya kelak insyaallah....

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  18. Sokong teratak iskandar!!! :D

    ReplyDelete
  19. wahai ahli lelap..bgnlah drpada lelap anda tu...
    bergabung tenaga untuk membawa kebaikan PCI ini...
    ibarat membuka pekong di dada....


    sokong TERATAK ISKANDAR.....

    ReplyDelete
  20. "kami cukup yakin bahawa jawatankuasa yang bakal menguruskan pencarian rumah mampu untuk menggunakan simsar yang rasa-rasanya cukup rapat dan 3arif dengan pelajar Malaysia"

    "Simsar : stakat ini hanya menggunakan seorg simsar shj, & simsar ini mengenali ustaz ishak sbg masul malizi & hubungan baik ustaz ishak dengan amin daulah."

    Assalamualaikum w.b.t.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara maroazwan.Saya kira ID maroazwan ni adalah Kamarul Azwan Bin Qamaluzaman,Ajk Unit Penerbitan dan Penerangan.Sekiranya saya salah,maaf kepada tuan punye ID dan juga Kamarul Azwan.Saya kenal Kamarul Azwan.Dan mungkin dia tak kenal saya. :) .. Walaubagaimanapun, setakat yang saya kenal kamarul ni, dia seorang yang berdisiplin,berdedikasi,cool serta komited dalam melaksanakan segala jenis tugas yang diamanahkan.Mesti perfect lah kerja dia. Saya sangat menghormati serta segan dengan Kamarul Azwan ni.Saya yakin,sekiranya Kamarul yang memegang jawatan sebagai pengerusi PCI ni,persatuan kita akan lebih mantap dan cemerlang.Bukan nak kata sekarang ni tak cemerlang. Cemerlang juga. :) ..Namun,unfortunately.kamarul telah ditakdirkan untuk menjadi sebagai ajk tetap.Apa yang saya faham,dia tidak lagi boleh dipertandingkan untuk memegang jawatan pengerusi.Tak mengapa.Tahniah saya ucapkan.Saya juga adalah salah seorang penyokong anda dan saya juga telah dilarang untuk menulis nama anda dalam pencalonan hari tu kerana anda adalah AJK tetap.Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

    Disebabkan Kamarul yang saya kenal seorang yang penyabar,rasional serta cool, walaupun saya hormat a.k.a respect tak semestinya saya takut nak memberi komen terhadap jawapan Kamarul.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya komen-komen yang saya lontarkan sekejap lagi menyinggung perasaan mana-mana pihak.Sungguh.Tidak terdetik langsung dihati saya ingin menyinggung mana-mana pihak.Saya juga membayar yuran PERUBATAN.Jadi saya berhak menyuarakan pendapat saya.
    Pertamanya,mengenai simsar. Seperti quote diatas.Jawapan pertama dijawab oleh AJK teratak ini sendiri saya kira. Jawapan kedua adalah dari maroazwan.Kalau kita tengok,disitu berlaku sedikit kelainan.Satu jawapannya, menggunakan simsar yang cukup arif dengan pelajar Malaysia.Satu lagi,setakat ini hanyalah menggunakan seorang simsar yang cukup rapat dengan Us.Ishak.Sesungguhnya, Us.Ishak bukanlah pelajar Alex tetapi pegawai MARA.Bukan isu ini yang saya ingin ketengahkan.Cumanya,biarlah synchronize dulu sebelum jawab.Pastikan fakta betul.Kalau dah jadi macam ni,nampak la pula tak teamwork dari golongan penyokong teratak.Takpe,biaselah manusia tak lari dari kesilapan.Saya tak kesah.Jangan risau.TAPI,saya tak tau samada kawan-kawan kita diluar sana amik kesah ke tak perkara sekecil ini.Never Mind ye kawan-kawan.

    Kedua,maroazwan tulis, "Bayaran : untuk stiap bayaran (sewa rumah, simsar, letrik, air, bawab, dll) masih lagi dalam lingkungan harga kawalan unit perumahan. (malah jauh lebih murah….)"...Saya rase perlu jelaskan range.Dalam lingkungan harga kawalan tu berapa? Jauh lebih murah? Sebab dengan ayat ini, mungkin kawan-kawan kita yang diluar sana kabur atau mungkin akan salah faham.Bagi mereka dalam lingkungan.....mungkin 900-1000 kot, mungkin 1000-3000? 4000-5000??? 10,000 tu tak masuk akal la kot....Kalau saudara maroazwan jelaskan range nye sekali, mungkin merungkaikan lagi persoalan serta dapat mengelakkan salah faham dikalangan ahli.Saya tak mahu menggunakan ayat 'mengaburi mata' disini....

    ReplyDelete
  21. Ketiga,kita sokong ke kita tak sokong...Semuanya insyaallah dapat pahala atau kebajikan.Kenapa saya berkata demikian?Saya menyatakan saya tidak sokong.Ini bermakna saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai ahli untuk menyuarakan pendapat.Tidak sokong bukanlah bererti anda JAHAT.Mungkin bagi saya dan rakan-rakan sealiran dengan saya fikir, disadvantagess teratak ni lebih banyak dari advantage.Mungkin bagi kami banyak kerugian akan berlaku.Jadi,pendapat saya untuk tidak menyokong penubuhan teratak ni juga, Insyaallah dikira ganjarannya oleh Allah s.w.t. sebabnya membazir itu bukanlah amalan yang baik-baik. Jadi apa yang saya nak simpulkan disini, kawan-kawan diluar sana yang jauh disudut hati tidak menyokong penubuhan teratak ini janganlah terpedaya dengan setiap kata-kata.Kaji dahulu sebelum terima.INGAT! Kaji dahulu sebelum terima.Jangan diri anda terasa hina dengan menyatakan TIDAK SOKONG penubuhan ini.Dan pahala serta ganjaran kita tak nampak,semuanya ditangan Allah s.w.t.

    Keempat,maroazwan begitu YAKIN untuk berjaya mendapat permit dari Polis Mesir.Tahniah kerana jawapan anda begitu confident.Saya harap ianya bukan over-confident. Dan saya juga berdoa semoga kita mendapat permit untuk berkumpul dan menjalankan majlis Ilmu.Insyaallah.

    Kelima,saya tertarik dengan komen EL-AHLY.Beliau menyatakan dalam komen beliau,menyuruh saya untuk memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah.Ok.Cuba anda fikir.Sekarang ini saya bermain teka-tekikah? Atau saya berjenakakah? Sekiranya saya sudah tau setiap persoalan yang saya lontarkan,buat apa yang heboh-heboh dekat sini? Dan sekiranya setiap persoalan yang saya lontarkan, saya sendiri yang berjaya rungkaikan,mengapa saya tidak sokong?????Zalimlah saya kalau mcm tu. Saya tidak sokong penubuhan teratak ini kerana banyak persoalan serta komen-komen yang jauh disudut hati saya ini yang masih belum terjawab.Jadi, itu adalah tugas orang yang mencadangkan atau penyokong usul untuk merungkai serta meyakinkan kami agar untuk menyokong penubuhan teratak ini.Adalah tidak adil untuk saya sekiranya anda mengatakan saya bermain 1001 persoalan. Saya juga berhak menyatakan pendapat dan nasihat saya, janganlah kita fanatik sangat dalam sesuatu perkara yang kita sokong. Bila fanatik, rasional akan hilang. Begitu juga suatu hari nanti, sekiranya anda menyokong mana-mana parti politik, janganlah fanatik.Terlalu fanatiklah menyebabkan masyarakat berpecah belah.

    ReplyDelete
  22. Keenam,kepada anon.:) . anda suruh saya bangun dari lelap dan bergabung untuk membawa kebaikan? Adakah komen-komen saya selama ini berunsur keburukan kepada PCI serta ahli-ahlinya? Adakah kenaikan harga rumah serta simsar adalah satu kebaikan? Adakah menganggu ketenteraman awam masyarakat Arab sekitar adalah satu kebaikan? Adakah hilang barang secara berjemaah daripada satu-satu itu satu kebaikan?? dan banyak lagi komen-komen saya sebelum ini,adakah itu semua KEBURUKAN?. Saya fikir anda yang lelap dan ‘dikaburi’.Sedarlah, tidak sokong bukanlah bererti tidak bergabung dengan PCI.Kalaulah saya tidak mahu bergabung dengan PCI, dari awal lagi saya dan rakan-rakan tidak membayar yuran PERUBATAN serta segala jenis 'cukai-cukai' yang ada.Wujudnya saya disini adalah untuk menyatakan pendapat sahaja. Bukan untuk memasang bom atom.Jadi,buka hati buka minda.Jangan fikir bangkang itu satu keJAHATan.Bangkang juga ada keBAIKan.Membangkang bukan bererti saya membantai PCI.

    Ketujuh,saya ingin bagi sedikit cadangan.Apa kata cari satu rumah yang sedan , tak besar dan tak kecik.Mungkin rumah tersebut 3 bilik.2 bilik atau 1 bilik akan didiami oleh ajk tertinggi tak kiralah perempuan ke lelaki.lelaki lagi elok.satu bilik dijadikan tempat untuk menyimpan barang.Harga sewa tentulah murah kerana rumahnya tak besar TETAPI harga sewa dan segala jenis kegunaan hendaklah dikenakan 70 atau 60% kepada AJKT dan 30@40% daripada ahli biasa.Dan sekiranya ingin mengadakan majlis rasmi atau tafaquh ....buatlah disana.Tapi hadkan bilangan kehadiran atau adakan system tiket..Mereka yang hadir hendaklah membayar sedikit sumbangan ( ala-ala tiket ).Mestilah mereka yang hadir ni mereka yang memang suka membuat kebajikan :) .Dan adakan sistem broadcast. Maksud saya,tafaquh atau majlis rasmi tersebut boleh diikuti dalam internet atau nama lainnya streaming kot.Dengan ini, masa ahli-ahli PCI juga dapat dioptimakan dan dijimatkan [pinjam word optima daripada Dr.Alex] .Untuk pergi ke sesuatu tempat tu makan masa saya kira.Lepas tu, pohonlah bantuan daripada PERUBATAN pusat untuk bayaran site broadcast ini seperti yang telah dijalankan di rumah perlis ke atau kedah kot saya tak pasti ( yang memiliki site broadcasting internet ).Saya fikir,kebanyakkan rumah ahli-ahli PCI ni semuanya berinternet.Kepada yang berinternet slow,boleh lah mendapatkan 'tiket' untuk ke sana.Dengan sumbangan ini,bebanan AJKT yang perlu membayar 'share' mereka 70@60% dapat dikurangkan.


    Wallahu’alam.Mohon maaf sekiranya komen saya agak keterlaluan.

    ReplyDelete
  23. Nampaknya Ahli Lelap memang selalu nampak bende kecil-kecil. Syabas! Anda memang teliti. Tapi takpe, mungkin lepas ini ajk teratak mahupun saudara Kamarul Azwan boleh lebih syncrinise (maafla saya tak reti eja perkataan-perkataan canggih-manggih nih) dalam penyampaian maklumat.

    Tapi, kalau tak salah saya tujuan penubuhan blog ini bukanlah untuk membahagi-bahagikan ahli-ahli perubatan kepada kumpulan penyokong, dan kumpulan tidak penyokong. Sebaliknya untuk MENERANGKAN.
    Jadi, takde hal kalau terdapat perbezaan janji HASILNYA sama. tapi mungkin pengomen2 blog ini yang agak fanatik... biasa la bile boleh mengomen tanpa identiti, kite mudah naik syeikh~

    jadi kesimpulannya tentang masalah simsar, seperti dinyatakan dalam komen2 di atas, ahli lelap jangan la risau. Ke ahli lelap ade pengalaman buruk dengan simsar? mungkin boleh share untuk dijadikan iktibar. harap-harap tidak lah.

    Range? saya rasa kalau ahli lelap sendiri boleh fikir 10,000 ataupun mana2 angka lain itu x logik, nampaknya ahli lelap telahpun menjawab persoalan tersebut. saya percaya mestilah saudara kamarul azwan pon boleh berfikir secara logik macam saudara fikir. sewa mestila berpadan dengan keadaan rumah tu. ade beza tau menyewa kerana MAMPU dan menyewa kerana MAHU.

    ReplyDelete
  24. tentang cadangan ketujuh (cadangan ahli lelap yang lain-lain itu ada benarnye);

    tujuan teratak iskandar adalah untuk mengadakan sebarang penghimpunan, kerana kawasan bawah asrama sudah jadi hak milik ksp. jadi, kalau katakan dilakukan cadangan sekumpulan ikhwah menyewa rumah tersebut, nanti susah pula ikhwah tersebut perlu "dihalau" keluar sekiranya ade akhawat mahu membuat sc gabungan ataupun tutor klas. Terganggu pula hidup mereka. rahsia-rahsia mereka. :P

    tentang pembahagian harga sewa, saya rasa tidak adil sama sekali. Perasan tak kalau saya katakan trend di iskandariah ini, kebanyakan orang (terutama mereka yang paling layak) LARI daripada jawatan. iaitu, kalau boleh mereka taknak pegang sebarang jawatan. kalau dah pegang, kalau boleh tahun depan tak nak dah. sebab ape? sebab bukan senang kerja ajkt ni. mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit. ok, mungkin kita boleh katakan wang ringgit tu mereka boleh claim. tapi, yang claim itu yang termaktub dalam perbelanjaan bertulis. bagaimana pula dengan yang tidak bertulis? takkan tambang teksi pergi balik asrama sebab tertinggal barang mahu dicatatkan? bagaimana pula bayaran yang digenapkan?

    kalau nak dibahagikan pula sewa 70%:30%, nah, mereka kene pula berpecah daripada ahli beit yang diorg dah lama bersama dan dah ngam, kemudian kene bayar mahal pula. tambahan pula, rumah diorang selalu ade orang guna, mengganggu privasi diorang.

    jadi, cuba bayangkan, seorang ajkt. baru dilantik. masih tercari-cari cara studynye. tetiba kene pindah rumah. berpisah dengan rakannya. kene pula bayar mahal utk duduk kat teratak iskandar. pula tu, orang ramai-ramai selalu guna rumahnya. kalau akhawat nak gune, beliau kene 'lari' ke rumah orang lain. kacau pula orang lain tu.

    ReplyDelete
  25. dahla berkerja tanpa bayaran semata-mata nak bagi orang lain boleh bersenang lenang, kemudian banyak pula cabaran die kene tempuhi. tak kesian ke?

    inilah beza pemimpin di malaysia dengan pemimpin pci atau mana2 persatuan di mesir ini. bukanlah mahu menyemai sikap inginkan balasan, tetapi sebagai ahli kita perlu bersikap memahami. COMMON SENSE. COMPASSION.

    tiket pula, hah, kalau yang free pon tak datang, inikan pula berbayar. makin banyak la bahan untuk dijadikan alasan utk orang2 yg xnak dtg kelas tafaquh. yang kadang2 dtg x datang lansung. yang x dtg lansung entah bagaimana....

    kemudian kalau nak dibuat broadcast, tak salah saya saudara kamarul azwan sendiri ade merekod mp3 untuk setiap pengajian. kalau itu pun tak didownload, apetah lagi broadcast? jadi nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

    broadcasting? selagi pemurah ahli pci tidak menyamai pemurah ustaz-ustaz,susah.... mahu memintak bantuan PERUBATAN pusat? tahun ble pula boleh dapat? ble pelajar 1st year dah grad?

    kalau PERUBATAN pusat bg dalam masa 2-3 tahun. tempoh masa tengah2 tu bagaimana??

    Broadcasting mungkin dilakukan, tp x mungkin dalam masa terdekat.

    Sekarang, cuba kalau ade teratak iskandar.
    1. ajkt yang begilir atau sapa-sapa yang boleh "dipercayai" (seperti musyrif dan musyrifah) boleh menjaga rumah sambil berlajar. oklah leceh kene jaga rumah malam2, tp mungkin bile mengantuk, boleh buat kerja persatuan untuk kasi segar mata. bila dah segar, sambung belajar.
    2 dalam 1. study maju, belajar pon maju.

    2. kemudian dia lapar. die pergi ke bilik koperasi. beli meggi. nah, keuntungan untuk pci. sejuk pula, die beli saratoga alex ye. (okeh point ni tak logik. takkan tiap2 hari beli saratoga baru kan?) dahaga pula. beli air mineral. mengantuk pula, beli ali cafe.
    see? banyak kebaikannya.. tu baru sorang ajkt menjaga rumah. bagaimana pula bile ade sc, kelas tutor, mesyuarat2 dan lain lain??

    3.semua orang terlibat dalam memajukan PCI. bukan AJKT sorang je. at least kalau yang bersenang-lenang tu org pertikaikan ape sumbangan die pada persatuan, mungkin die leh jawab, "aku bayar yuran PCI dan duit teratak iskandar"

    4.boleh buat kelas tafaquh, boleh buat kelas mentor mentee, boleh buat sc gabungan. ikhwah akhawat boleh bergilir-gilir buat appointment utk penggunaan rumah. takde siapa disusahkan. (melainkan, of course, pencatat appointment itu :P)

    5.mase ceramah atau mesyuarat, kalau ade musykilah, boleh terus tanya pada yang menganjurkan. xde distraction seperti internet server down kalau buat secara broadcast...

    ini pesanan secara umum:
    saya yakin dan percaya, sekiranya semua ahli PCI bersifat seperti ustaz2 rumah bkan (seperti rajin menyumbang, tidak berkira, memahami), banyak lagi yang boleh dilakukan. bayangkan, ustaz-ustaz yang belanja bulanannya tak sampai setengah daripada elaun kita, tapi persatuan mereka lengkap segala-galanya. kita yang dikatakan kaya ini pula meminta-minta pinjam pada mereka.... jadi cuba fikir-fikirkan... sekali lagi saya ingin tegaskan 2 kata kunci;

    COMMON SENSE and COMPASSION.
    p/s: maaf kalau terkasar bahasar
    p/s2: panjang macam buat blog pula
    p/s3: i love you... :P

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas respon dan idea dr ahli lelap...

    pertamanye, biarlah sy perkenalkan diri sy dahulu untuk memudahkan interaksi.Sy seperti yang dinyatakan ahli lelap ialah Qamarul Azwan Bin Kamaluzaman (xpe ar eja salah pon...), AJKT Unit Penerbitan dan Penerangan PCI 2008/2009.

    Untuk memudahkan bicara, simsar yang digunakan setakat ini ialah baba khamis, yg rapat dan mengenali ust ishak.Dan sy yakin tiada siapa pon drpd kite yg mampu menafikan hubungan baik baba khamis dgn pelajar2 malizi yg ade di alex ini.
    sy hanya menyatakan hubungan simsar dgn ust ishak dlm komen sblm ini, dan tidak menyatakan hubungan baik simsar dgn pelajar malizi, tidak bermakna simsar tersebut tiada hubungan baik dengan pelajar malizi.maka bg sy, tiada sebarang maklumat yg tidak synchronize antara ajk teratak, malah maklumat yg kami smpkan adalah saling menepati dan bersifat kumulatif.
    sy dpt rasekan ahli lelap memang bijak dlm menafsir stiap ayat.namun terlalu cepat dlm menafsir tanpa mengira other possibilities mungkin boleh merosakkan penafsiran kita.
    Benar, stiap perkara itu ada balasan dan ganjarannya.dan hanya Dia yg tahu nilai ganjaran yg akan diberi kpd kte.ayat2 yg manis seringkali mampu menggenggam hati kte utk turut akur dgn kehendak mereka.biarlah langkah kte ke dewan kuliah pd 7 hb utk menyertai MTC alex dengan berlandaskan ilmu dan informasi yg btol.
    jika kte menyokong usul teratak iskandar ini...tanyalah diri, knape aku menyokong?
    dan jika kte membantah, maka tanye diri juga knape aku membantah?

    AJKT unit perumahan PCI, saudara basyir telah mewarwarkan 1 etika pencarian rumah di forum komuniti pci.dlm etika tersebut telah dinyatakan range harga rumah adalah dibawah LE1500, utk mengawal harga rumah di alex.Dan komen sy sblm ini adalah merujuk kpd kawalan harga rumah tersebut.harap boleh rujuk di kolum unit perumahan, forum komuniti pci.

    alhamdulillah, persoalan saudara ahli lelap sblm ini berkaitan permit yg lebih menjurus kpd jwpn negative, telah dijawab oleh saudara sendiri dengan jwpn yg lebih positive.syukur skali lg, berkat doa shbt2 semua, setelah berbincang dengan simsar sendiri, serta wakil dr mandarah (utk bertanye ttg proses mendapatkan permit bg markaz dpmi di mandarah), sy mendapati tiada sebab utk pihak berkuasa tidak memberikan permit kpd kte.krn penubuhan pci di iskandariah adalah diluar peraturan dan undang2 keselamatan yg termaktub keatas persatuan2 tempatan mesir.

    smoge Allah menunjukkan jln yg terbaik utk kte semua kelak...amin ya Rabb

    ReplyDelete
  27. berkaitan dengan broadcasting tafaquh internet, pihak upppci sebenarnya pernah merancang dan bercita2 untuk merealisasikannya.namun setelah di'survey' dan dikaji, kewangan pci malah perubatan pusat sendri x mencukupi untuk mendapatkan teknologi seperti itu.sekurang2nya le100k diperlukan utk melaksanakannye.
    eg : rumah kedah di kaherah mempunyai kemahiran, kepakaran dan alat2 yg mencukupi serta kerjasama yg baik dengan al-muttaqin tv (siaran tv di mesir).tidak logik sekiranya kte di alex mahu meminjam barang2 tersebut stiap minggu utk klas tafaquh.
    namun sbg alternatif, selaku ketua unit penerbitan dan penerangan pci telah dpt menyediakan satu set audiovisual lengkap yang bernilai le15k.insyaAllah set audiovisual ini akan digunakan semaksimum mungkin utk kebaikan dan kepentingan ahli.

    dengan kelemahan dan kekurangan sy sbg ajkt, ini shj yg mampu sy lakukan.insyaAllah ajkt upppci yg akan dtg akan memperbaiki sgala kelemahan yg sy lakukan.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  28. Tertarik juga saya apabila saudara ahli lelap melontarkan pandangannya agar kita 'twist' pemikiran para ahli sekalian terutama dalam perkara yang cukup berkaitan dengan WANG GENIH + PERASAAN HATI MANUSIA. Bagaimana? saya sendiri kurang arif. Mungkin ahli lelap INGIN MEMBANTU MENYUMBANGKAN IDEA dalam menyelesaikan masalah ini, ahlan wasahlan.....

    saya petik kembali kata2 saya diatas....

    So,better kita twist cara pemikiran mereka bukan serang secara kebajikan yang mmg jd penutup utk segala masalah duit....

    dan ini pula saya petik kembali kata2 ahli lelap. =)

    Merujuk kembali kata2 ahli lelap di atas, saya MERAMALKAN bahawa ahli lelap seperti mempunyai idea untuk 'twist' pemikiran segolongan ahli. Maka dengan itu, saya dengan berbuka hati mengucapkan ahlan wasahlan SEKIRANYA ahli lelap mempunyai sebarang idea melalui perkataan 'twist' itu sendiri.... nampak bukan?

    Selain daripada itu juga, saya cuba ingin mengajak rakan-rakan yang lain, juga ahli lelap sendiri mungkin... untuk sama-sama kita rungkai persoalan-persoalan yang timbul. Kita mampu untuk melontarkan banyak tanda-tanya, apa kata ditengah2 itu juga kita selitkan pemikiran kita kearah membantu rakan-rakan teratak mencari jalan penyelesaian, tidak salah bukan =)

    jangan emo-emo ahli lelap, apabila emo menguasai diri, apa yang dilafazkan semuanya menjadi kurang rasional, tenang-tenang selalu ya... =)

    berkaitan 1001 persoalan yang saya cuba utarakan disini, anda setuju atau tidak sekiranya saya mengatakan HATI-HATI MANUSIA ITU DIPEGANG SEPENUHNYA OLEH ALLAH SWT? Cuba lihat kembali persoalan yang dilontarkan saudara. Saya kira ianya cukup, cukup dan cukup sukar diselesaikan kerana bagi saya persoalan-persoalan saudara bermain sekitar berkaitan dengan hati manusia yang hanya mampu untuk diubah serta dibolak-balikkan oleh Allah swt sahaja. Apa yang penting disini adalah, segala aspek seperti yang dinyatakan diatas, saya yakin para ajk yang terlibat bertungkus-lumus memerah segala buah fikiran supaya segala yang bakal diterima setiap ahli adalah bersifat sama-rata.(usaha itu penting dari tak buat apa2)

    Dan tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, 'mostly' masalah-masalah TEKNIKAL dapat mereka berikan jawapan serta keterangan dan kefahaman yang sebenar-benarnya kepada anda. Selebihnya, samada ahli setuju atau tidak untuk membayar LE30 setahun, sanggup atau tidak ahli yang bertanggungjawab untuk bergilir-gilir menjaga teratak tersebut, cekal atau tidak untuk AJKT memikul amanah-amanah yang diberikan, mampu atau tidak untuk masyarakat arab menerima gaya pelajar medic malaysia disini.... sama-sama kita doakan agar Allah swt memberi jalan yang mudah, memberi ketabahan hati kepada mereka-mereka yang sanggup untuk berkerja demi persatuan kita. memang mudah untuk berkata-kata daripada melaksanakannya. Tetapi ingatlah, Allah swt itu tetap akan membantu orang yang suka meringankan bebanan orang lain, insyaallah... =)

    wallahu3alam....

    ReplyDelete
  29. great explanation....

    saya sokong usul Teratak Iskandar...

    ReplyDelete
  30. assalmualaikum...
    pjg sungguh komen2 diatas... penat nk bace... tpi sye tertarik dengan ahli lelap nyer komen(sebab sye tak lelap..hihi) nmpknya ahli lelap dpt elaborate walau sekecil manepon hujah untuk tdak sokong TI... saya hya tertarik kepada beberapa hujah yg dikeluarkan beliau... TERATAK ISKANDAR ADALAH SATU PEMBAZIRAN dan JANGANLAH KITA FANATIK KEPADA SESUATU PENDAPAT/MAZHAB/aliran... setelah membaca hujah2 yg diberi oleh moderator psl TI, sye tk rase ini satu pembaziran kerna byk sgguh aktiviti yg boleh dibuat kalo wujud TI.. sye rase kene ulang kot
    1.stdy grup
    2.klas tafaqquh
    3.sc gabunga dan tk gabung
    4.KOPERASI
    5.kelas arab
    6.indoor-pingpong.. tkkan nk letak kt umah ajkt kot
    7.byk ahh.. bce kt depan
    dengan hanya 30 genih setaun adekah tidak berbaloi sahabt2 sumer?

    dan hujah kedua beliau.. sye tak rase kite boleh menolak TI kerana PCI pon bukan parti politik dll... ape2 yg PCI buat semua untuk kebaikan ahli dan sepatutnya takde yg bangkang usul ini.. dan sye berdoa supaye ahli lelap dan rakan2 nye dapat mengundi untuk menyokong penubuhan teratak iskandar..

    MARI SOKONG USUL TERATAK ISKANDAR.. PKAT2 MAI MESYUARAT AGUNG 7 HB

    ReplyDelete
  31. Jap2...

    cdgn ahli lelap jual tiket untuk kelas tafaqquh..
    ingat ni show performance ke???atau game bola yg kena beli tiket.....

    meh2 saye nak ajar sket ahli lelap yg taw bercakap dan membangkang ni...

    kelas tafaqquh ni diadakan bertujuan untuk memberikan kepada ahli sebanyak mngkin ilmu2 berkaitan agama islam dan ini adalah program berkala yang DIANJURKAN OLEH UPI IAITU SALAH SATU CABANG UPI....tidak ada alasan yg kukuh kite hendak mengenakan bayaran kepada peminat2 tafaquh(seperti saye etc) kerana program tafaquh tu costless...xmacam seminar ibadah pesakit sbb kte nak sediakan makanan n sewa dewan..

    yg kedua kalo pilih umah kecik then lagi limited ahli nak join tafaquh...untuk org2 yang xmnat tafaquh(mngkin seperti ahli lelap)..xde masalah bg mereka...bkan tafaquh jek...aktiviti2 laen...

    saye pelik ad pemikiran sebegini rupa....
    tlgla pikir menggunakan akal fkiran yang dikurniakan ALlah bkan gunakan nafsu/hasutan org lain...

    mntak maaf kalau keterlaluan,anggaplah ini usaha saya sprti membilas air kepada ahli lelap untuk bangun dari lelapnye....

    SOKONG TERATAK ISKANDAR...

    wallahua3lam

    ReplyDelete
  32. sekali lagi...

    saye menulis dgn senyuman terukir di wajah..no hard feeling....

    wallahua3lam

    ReplyDelete
  33. yalla2..sokong teratak iskandar lepas penat bace...hhehe..

    ReplyDelete