Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Saturday, December 26, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 1

Sejarah

Sejarahpenubuhan Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bermula pada tahun 2006, iaitu ketika mana kerajaan MALAYSIA melakukan penghantaran pelajar perubatan secara besar-besaran ke bumi Mesir. Ketika itu bumi Iskandariah sangat bertuah apabila mendapat 201 orang Malaysia yang sering digelar dengan Ahsan Nas. Menyedari kepentingan perlunya wujud sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pelajar pada masa itu, Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah diadakan. Semenjak daripada itu hingga sekarang, persatuan telah mengalami banyak perubahan demi memantapkan lagi institusi persatuan.


Sesi Kepimpinan Pertama (2006/2007)

Tidak banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pada masa itu, hanya kelas tafaqquh yang giat dijalankan di rumah Adam di Syatbi dan selepas itu bertukar ke rumah Pitt Kedah di Gamaah. Kadang-kadang seminggu sekali pelajar bermain futsal dan bola keranjang di court university yang kini telah dijadikan sebagai tempat letak kereta. Di akhir sesi kepimpinan persatuan, satu majlis sambutan hari raya diadakan di sebuah dewan yang bertempat di Mansyiah yang dipengarahkan oleh saudara Qamarul Azwan.


Sesi Kepimpinan Kedua (2007/2008)

Bilangan aktiviti-aktiviti persatuan semakin bertambah. Padang futsal ikhwah beralih ke padang futsal asrama pelajar tahun satu pada masa itu di Smouha. Kelas tafaqquh terus dijalankan di rumah Pitt Kedah walaupun bilangan yang hadir teramat sedikit. Di pertengahan tahun, satu majlis yang sangat hebat telah berjaya dilaksanakan iaitu Malaysians Day yang mana ia adalah merupakan kerjasama antara persatuan, university, PETRONAS, JPMK dan Kedutaan. Program ini dipengarahkan oleh saudara Saufi.


Sesi Kepimpinan Ketiga (2008/2009)

Bilangan ahli persatuan telah menjadi 589 orang. Kelas tafaqquh telah dipindahkan ke rumah Ridhwan a.k.a duang a.k.a Markaz UPI. Kehadiran pelajar ke kelas tafqquh tersangat menggalakkan sehingga penuh sudut-sudut markaz UPI. Padang futsal turut beralih arah ke Istad Gamaah. Manakala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan persatuan turut bertambah. Antaranya Majlis RAYA MARA yang dipengarahkan oleh saudara Hafiz, BOOM oleh saudara ANAS, MOTIQES oleh saudara Syairazi, Alexandria Winter Escapade 2009 oleh saudara Haris dan Seminar Ibadah Pesakit oleh saudara Afiq. Malah terdapat juga aktiviti yang lain seperti Seminar Gerak Usahawan, Qiyam Jamie UPI, Rumah Terbuka Iskandariah, Kempen Jom Ke Kuliah,program Tautan Ukhuwwah, pertandingan Home Sweet Home, Kempen CO Poisoning, Pengenalan Penghulu dan Abang Besar, Daurah dan Iftar Jamie Assyura, Malam Kembara Al-Quds, Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam, Majlis perpisah usatazah Habibah, Pelancaran JAKSI dan buku Panduan dan Peraturan Mahasiswa, Kempen Palestine Evergreen, KUNTUM, Night of The Future, Forum Profesionalisme dan Palestine, EQ 1430H. Dalam masa yang sama persatuan juga telah berjaya mewujudkan TLOA, Odyssee,blog serta forumnya sendiri.


Permasalahan (2009 dan seterusnya)

Sedarkah anda semua bahawa kebanyakan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di asrama MARA terutamanya di bahagian bawah asrama bermula dari perjumpaan bersama pegawai MARA sehinggalah program Pursuit of Excellence yang dijalankan pada hari khamis yang lepas. Kesemua program-program itu terutamanya kelas tafaqquh berjalan dengan lancar dan selesa kerana kita boleh menggunakan kawasan bawah asrama untuk dijadikan sebagai tapak program. Namun begitu, pengambilan kawasan bawah asrama untuk dijadikan Kafe Sri Putra (KSP) demi kebaikan pelajar-pelajar tahun 1 menyebabkan persatuan kehilangan satu tapak program yang selama ini kita bergantung dengannya. Sememangnya persatuan tidak boleh bergantung pada aras bawah selama-lamanya. Sehingga saat ini kita hanya boleh menggunakan separuh daripada kawasan bawah asrama sementara meja dan kerusi KSP tidak dimasukkan sepenuhnya. Namun begitu:

  • Bagaimana dengan hari yang mendatang, iaitu apabila kawasan bawah itu penuh dengan kerusi dan meja KSP?
  • Takkanlah kita ingin terus-menerus mengganggu perniagaan KSP? Sedangkan itu adalah kawasan mereka kerana mereka telah menyewa dengan pihak MARA. Kitalah yang patut mencari alternatif yang lain.
  • Di mana kita hendak melaksanakan program-program kita?
  • Bagaimana dengan kelas tafaqquh yang diadakan seminggu sekali itu? Adakah kita hendak membatalkannya setelah 3 tahun bergerak dengan istiqamah.


Sedangkan semakin hari kedatangan pelajar ke kelas tafaqquh semakin bertambah.Jadi keadaan sekarang mendesak untuk persatuan memiliki tapak program sendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ahli persatuan untuk memikirkan perkara ini dengan serius demi memastikan kemandirian persatuan. Bukannya terkubur setelah beberapa tahun ditubuhkan.


MAKA ADALAH WAJAR PENUBUHAN RUMAH PERSATUAN A.K.A TERATAK ISKANDAR

15 comments:

  1. wahhh.....
    menarik jalan citer..

    ReplyDelete
  2. baru faham apa tuuan penubuhan teratak iskandar. Sy sokong!

    ReplyDelete
  3. rumah persatuan ni tujuan ye sebenarye nak wat tmpat untuk kite berkumpul ke???
    kalo macam tu,baik duit yg nak dibayar ke umah sewa itu,kite jdkan modal sewa dewan setiap kali majlis diadakan sbb mane ade umah kat alex ni ley muatkan sume pelajar pun kalo berkumpul..
    jd ini sebenarye bukan mendatangkan kebaikan bahkan mungkin menambahkan kesesakan n pembaziran..
    satu langkah yg perlu diambil kira rsye....
    baik sewa dewan je kalo berkaitan tempat,bukanye selaloo kite wat majlis berkumpul pun....
    pikir2 kan dan selamat beramal.....

    ReplyDelete
  4. 'Sedangkan semakin hari kedatangan pelajar ke kelas tafaqquh semakin bertambah'

    menarik ayat ni...
    adakah dgn adanya teratak ini,masalah akan selesai?
    adakah di alex ni mempunyai umah yg ley muatkan pelajar kalo ade pogram?

    rsye baik cr umah yg nak disewa itu dahulu,kapasiti ye,kawasan ye selamat atau tidak kalo berkumpul tgh mlm,n take a picture...
    show us.....
    ade tak ciri2 umah yg ley dijadikan markas...
    rsye mcm xde....
    n ini mungkin akan mendatangkan lagi kos dgn nak sewa dewan lagi dan sumeye la......
    rasaye perlu ada tujuan yg bleh membuka mata sume pihak....
    bukan isu tiada tempat nak berkumpul sbb mane2 pun akan berlaku kesesakan,sbb bilangan pelajr akan lagi ramai..jd lebih baik kalau fikirkan mane yg lebih penting untuk kita utamakan....

    sekadar pendapat.....

    ReplyDelete
  5. wahai ensem guy yg sgt ensem @ macho beb yg mungkin sama orngnyer......

    bukanlah tujuan penubuhan rumah ini HANYA utk tmpat berkumpul sahaja....kalau nk di ikutkan, bnyk lagi sebab mengapa rumah ini wajar ditubuhkan. Rasa2nya komen2 di artikel bawah bnyk menjelaskan mengapa perlunya ditubuhkan teratak ini.

    meeting para AJKT, para SR, para ad hoc program memerlukan tmpat yg sesuai yg sblum ini dibuat di tapak asrama MARA. Selain itu, Penyimpanan barng/ aset2 berjumlah puluhan ribu genih, perlu dilonggokkan dimana? kita mmg mudah utk berkata2 sahabat, sbb kita sendiri tidak mengalami apa yg AJKT sendiri rasa. biar saya amik sket point2 komen dibawah.

    Setiausaha perubatan PCI harus memegang borng2 peribadai pelajar berjumlah 858 orng ahli perubatan termasuk awak pnyer dan x silap saya, borng2 yg tinggi menggunung itu masih blum lgi di'softcopy'kan, dilonggok disudut rumah mereka.

    siapa lagi? AJKT ekonomi dengan barang2 jualannya demi utk meningkatkan ekonomi PCI, bersepah di setiap inci rumahnya. Ini baru bergerak selama setahun, jika difikirkan utk jangka hayat yg lebih pnjang, kan elok sekiranya barang2 itu disusun rapi dan ditayangkan kpda umum agar mata2 yg nmpak terlintas mungkin utk membeli, daripada dibiar berlonggok tnpa tmpat. AJKT ekonomi juga mungkin dngn adanya rumah mmpu utk mengembangkan jualannya (brang2 basah, kicap, serai, etc)seterusnya ekonomi PCI dpt ditingkatkan. Kerana apa sahabat, kerana rumah yg ada memberi kondisi yg cukup baik sbg pusat pentadbiran jualan mereka.

    Jom tngok AJKT sukan pula. berapa bnyk barang2 yg bersepah merata dirumah sahabat2 kita. Bola sepak disana, Pam disini, bola keranjang kt rumah orng itu, hailer kt rumah orng ini, wisel plak entah kemana. Bila nk guna, baru merapu call orng sana, call orng sini. kan elok dilonggokkan setempat, kerja sedara jadi mudah, kerja orng lain pon turut mnjadi mudah.

    AJKT unit penerbitan dan penerangan.. ni lagi best sedara. dah tanya sedara maro sndriri brapa aset yg dipegang dn disimpannya sendiri?? Printer, microfon wireless, handcam, layar putih, projektor dan mcm2 lagi yg saya sndiri xtahu.... Cukup cntik barng2 ini dikunci dan disusun rapi dalam sebuah 'bilik besi' daripada dibiar tercmpak sana sini tnpa perhatian yg secukupnya.

    AJKT UPI, boleh juga membuat kelas tafaquh... paling tidak kita ada tmpat yg sesuai sekiranya asrama MARA tidak lgi boleh digunakan. Xkan nk sewa dewan plak seminggu sekali semata2 utk kelas tafaquh??

    Rumah ini bukanlah utk pengumpulan SEMUA ahli PCI dalam satu2 masa tertentu. Ramai mana ahli yg dtng kelas tafaquh pun?? lainlah aktiviti2 yg bsar2an spt seminar ibadah pesakit, itu baru memerlukan dewan sedara.

    betullah dari komen artikel dibawah, 30 GENIH DRPD 27000GENIH DALAM SETAHUN BAGI SAYA X MNGGANGGU LANGSUNG UTK KEBAJIKAN YG BOLEH KITA JADIKAN SEBAGAI TAKAFUL DIAKHIRAT KELAK. FIKIR-FIKIRKAN SAHABAT. BIARLAH SOKONG2 KITA INI UNTUK KEBAIKAN PCI ITU SNDRI DAN BANGKANG2 KITA JUGA ADALAH UNTUK PCI SEMATA2 KERANA ALLAH SWT.

    sekadar pendapat.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum w.b.t,

    Pertama sekali, cadangan penubuhan teratak ni bagos. Boleh diterima. Adanya satu markas untuk kita semua, memudahkan segala urusan, boleh dijadikan tempat simpanan barang-barang perubatan yang banyak juga bernilai.

    Tapi, bagi saya kritikan membina perlu ada untuk memastikan segala cadangan dan juga idea baru mantap dan satu idea baru ini bukan sekadar 'tikus putih' yang mana satu eksperimen. Keburukan 'tikus putih' ni xlain xbukan, byk pembaziran akan berlaku jika ianya satu eksperimen.jadi, elakkan buat kerja 'try and error'...

    Komen saya yang pertama adalah, apa yang saya faham, rumah tersebut dicari oleh simsar. Jadi, rumah tersebut mestilah besar dan sesuai dinamakan markaz. Rumah besar tentulah belanjanya besar. Bayaran simsar juga tinggi. Sekiranya kita mampu membayar simsar dengan jumlah yang besar, kemungkinan besar simsar simsar lain juga akan mengenakan bayaran yang tinggi setiap kali kita ingin mencari rumah. Sedarkah kita bahawa pelajar tahun 1 pada tahun ini akan keluar dari asrama, dan akan mencari rumah. Kemungkinan besar, merekalah yang akan menjadi mangsa pertama simsar-simsar yang telah diajar bayaran yang mahal.Jadi, point pertama saya berkaitan dengan 'besar dan tinggi'.

    Kedua,pada fikiran saya,kat alex ni tak da rumah yang besarrrr serta mampu menampung sejumlah lebey kurang 900 orang pelajar. Jadi,alasan teratak ini dijadikan tempat untuk membuat kelas tafaquh dan majlis2 rasmi adalah tidak logik dan sekadar mengaburi mata serta minda pelajar-pelajar perubatan iskandariah. Maaf sekiranya padangan saya ini salah.Saya tidak suka 'style' menanam tebu dibibir, cakap manis tapi hasil tak dapat.

    Ketiga, Soal barang. Ajk-ajk teratak ni ckp,bila ada teratak ni, sng nk cr barang, barang xilang.Mcm2 lagi. Ok.. Saya setuju. Tetapi, sekiranya ( nauzubillah ) rumah tersebut dipecah masuk, barang barang bernilai akan hilang dalam sekelip mata. Semuaaaaa aset2 perubatan iskandariah hilang. Siapa yang tanggung?? Ahli-ahli juga kene tanggung. Oleh itu, lebih baik hilang satu-satu daripada hilang sekaligus.Maksud saya, lebih baik hilang ditangan penjaga barang daripada hilang sekaligus dalam satu masa dalam satu tempat.

    Keempat,30 genih satu kepala.Apelah sangat?~~..Hehe.Ok, saya setuju. Apelah sangat dengan 30 genih. Tapi sedarkah anda, tak semua fikir 30genih tu sedikit.Bukan nak kata saya ni kedekut.Bagi saya, saya tak kesah. Tapi mungkin ada pihak-pihak lain amik kesah.Satu lagi, 30 genih tu bajetnya untuk harga rumah.Bagaimana air dan elektrik? Dan sekiranya rumah tersebut diletakkan penjaga, bagaimana pula dengan gas, air,elektrik dan sewa rumah skali...Free kah????Kalaulah free, 'heaven' lah penjaga tu..

    Kelima,soal penggunaan teratak.Pada pandangan dan bayangan saya sekarang, teratak tersebut mungkin lebih banyak digunakan oleh ajk-ajk sahaja. 90% kot ajk-ajk yang akan guna.10% lagi ahli-ahli biasa yang mane menghadiri untuk kelas tafaquh dan sebagainya( tu pun kalu rumah mmg cukup besar ).Mmg benar, meeting untuk ajk adalah untuk kemaslahatan ahli-ahli perubatan.Namun,selesakah anda dan selesakah ahli-ahli lain dengan cara penggunaan tersebut.30genih dengan penggunaan tidak sama rata dengan ajk-ajk.Maaf sekiranya pandangan saya ini mungkin agak tidak sopan. Bukan saya tidak menghargai kerja-kerja ajk.Cuma,ini mungkin pandangan segelintir ahli-ahli perubatan lain.

    Setakat ni dululah komen saya buat kali ini. Maaf sekiranya komen saya agak tidak matang, mungkin juga tidak sopan a.k.a biadap. Namun, setiap sesuatu isu mesti ada pembangkang.Pembangkang juga penting dalam menggerakkan sesuatu organisasi.Mungkin juga saya masih lagi tidak memahami tujuan sebenar penubuhan teratak ini.
    Akhir sekali, sekali lagi saya mohon maaf. Semoga komen-komen saya di atas dapat membantu PERUBATAN Iskandariah agar menjadi lebih mantap.

    ReplyDelete
  7. nak jawab pasal kecurian~

    insyaAllah bila dah diwujudkan teratak ni..
    ada AJK yang akan mentadbir kegunaan dan keselamatan rumah..
    so, jangan risau~
    kesian orang yang kena jaga barang persatuan..
    bilik penuh dengan barang persatuan..

    hampir semua saya jawab.. cuma pasal simsar tu i have no idea...

    maaf jika terkasar bahasa..

    wallahu'alam~

    pasal kegunaan teratak nih..

    memang sekarang kita nmpak ajk2 yang banyak akan guna coz diorang selalu ada meeting..
    tapi sekiranya rumah ni diwujudkan saya dapat rasakan penggunaannya akan dimaksimumkan dikalangan ajk dan juga ahli..
    tak ada lagi so kita xkan nampak..
    saya cadangkan pemilik blog ni buat entry mengenai kegunaan umah persatuan ni..

    mungkin anda semua rasa xlogik untuk dapat rumah yg dpt menampung semua pelajar..
    tapi sedarlah bahawa suatu hari nti tingkat bwh asrama mara sudah tidak kondusif utk kegunaan kita semua..
    jadi dimanakah kita nak buat kelas2 tafaqquh??
    ceramah2 motivasi?
    tutor bersama unit akademik?
    nak kacau rumah orang??
    mesti tak selesakan??
    sekurang2nya ada dari tiada..
    saya yakin bahawa ajk2 yang terlibat dalam mencari rumah ini akan mencari dengan sepenuh hati.. untuk kegunaan bersama..

    ReplyDelete
  8. salam.

    pada awalnya saya memang tak setuju kerana melihatkan jumlah yang sangat tinggi. saya fikir banyakkkk perkara lain yang boleh dilakukan dengan LE 30 ribu setahun.

    walaubagaimanapun, apabila saya membaca komen daripada keynah, saya terbuka hati untuk mengundi 'Ya!'

    kerana apa? kerana sebelum ini saya nampak kegunaannya hanya akan lebih menguntungkan AJK daripada ahli. tetapi bila saya lihat 'kelas tutor bersama AJK akademik', dan lain-lain, mungkin kita dapat 'memaksimumkan penggunaan teratak ini buat semua golongan, tidak kiralah AJK atau ahli.'

    I'm looking forward to kelas tutor bersama AJK akademik.

    semoga amanah yang diberi dijalankan sebaiknya. kerana setiap sen ini akan ditanya kelak. wassallam wbt

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum w.b.t

    Some quote stated that, we can't believe 100% what we read...

    Ok,pasal kelas tutor,ceramah motivasi dan sbgnya.

    First of all, saya juga tergerak hati nak mengundi Ya untuk penubuhan teratak ini. Tapi,mari kita kupas dalam-dalam seperti kita kupas bawang.satu demi satu kita kupas, lame lame kita tau ape realitinya samada pahit ke manis ke masam ke atau tawar...

    Well,situasinya begini.DI malaysia ramai african people, people from middle east and byk lg...cuba bayangkan, dlm apartment anda ada satu rumah orang africa sewa.Setiap hujung minggu atau ada certain2 time ramai2 org africa berkumpul.Apa perasaan anda? Selamatkah apartment anda dan juga rumah anda yg mane berdekatan dengan markaz tempat kerapnya berkumpul org2 africa ini?Begitu jugalah apa yang sy fikirkan disini. Apa pandangan org arab sekitar sekiranya melihat org-org ajnabi esp org melayu kite kerap berkumpul ramai2 dalam satu rumah....Selamatkah mereka? Bagi kita,biase je sbb kita tau kita tak bt salah....Namun, budaya sekitar perlu kita hormati. Sbb itulah, bile time org arab kawen arab bising xpe, bile kite bt bising kite kene marah. Samelah dekat Malaysia, kalau org africa bt bising, msti kite xsenang tp kalu kita palu kompang utk org kawen, xde masalah.

    Bagi saya, untuk bt kelas brsama tutor, kelas tafaquh and so on, better ajk-ajk ni bncng dengn mara utk belikan je tingkat 3 bangunan mara kita. JAdikan ruang tersebut sbg dewan dan tempat diskusi. Ape yang menguntungkan lagi, duit kita xabes.Dan kalu MARA suh kita byr pn,well it is better than sewa teratak....mungkin kite buleh bncng dgn mara, MARA beli kite sewa. 'win win situation'....mungkin kite boleh jdkan satu port tuk letak barang2 persatuan..mmg selamatlah sbb bangunan tu bangunan mara.Lg satu, pada fikiran saya ruang tu besar, so kalu nk bt discussion ke xde la satu kolompok je conquer~ satu2 kawasan dalam satu2 masa.....:)

    Well, sorry skali lg kalu kurang sopan...I'm just human being.

    ReplyDelete
  10. bertuah PCI ada ahli mcm Ahli Lelap ... klu boleh biar lebih ramai yang menimbulkan persoalan dan pertanyaan supaya kita dapat memandang sesuatu isu dalam radar yang lebih luas dan menyeluruh. dan memang ini pun antara tujuan blog ni diadakan rasanya. bertanya tidak bererti membangkang. moga2 ajk teratak iskandar dan AJKT PCI sendiri dpt berfikir lebih dalam lagi dengan adanya persoalan2 dan pertanyaan2 yg ditimbulkan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum semua =)

    Btw, sangat2 setuju ngan ahli lelap. Tapi kadang2 macam setuju jugak ngan Keynah. Ermm, mana satu ni...

    Okaylah, saya fikir la kan, kita imbas baik, kita tengok balik semua program2 dan rancangan2 yang pernah PCI jalankan sebelum ni. Berjayakah? Menjadikah? Tercapaikah objektifnya??

    Kalau ya, mungkin kita boleh letakkan sedikit keyakinan dan kepercayaan untuk program teratak kali ini.

    Kalau tidak, erm... Kena fikir2 jugak. Sebab benda macam ni, kita gunakan duit. Manusia ni bab2 duit memang ah. Termasuk aku. HAHA. Bila fikir balik, 30 tu nampak cam besar semacam jer. Syaitan kot yang kaburi mata ni.

    Apa2 pun, benda2 macam ni, bak kata Ahli Lelap, kena ada pembangkang. So, dapat tahu mana baik buruk. Jadi, jom kita bangkang ramai2.. HAHA..

    Okay tak. Jom kita fikir balik betul2, elok ke tak. Aku setuju je sebenarnya, tapi bila dah baca pandangan dari pihak pembangkang, rasa cam tak setuju plak.

    ReplyDelete
  12. mmg la kita ckp boleh beli bgnn tgkt 3 mara tu, tp masalahnya, entah bila bru kita akan dapat sedangkan ahli pci sendiri dah bertambah saban tahun,
    well, even dr mahathir masa nk buat putrajaya pun semua org bangkang kan, membazir duit rakyat n bla2 but in the end kita tgk n nampak sendiri apa benefitnya kepada kita, segala pentadbiran dipusatkan pada satu tempat, senang nk pergi n senang berurusan, jadi kita kena fikir untuk jangka masa panjang dan seterusnya, bukan hanya pandang jangka masa pendek,

    kalau ye pun tingkat 3 tu dapat kat MARA, MARA nk bagi ke kat kita? entah2 diorg pun ada plan senirik, nak tambah bilik ke, dewan ke n etc2..

    sekian

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum w.b.t

    Terima kasih kepada basyirK dan anonymous ( letak name lg seng nk refer )....kerana memahami ape tujuan saya komen dekat sini. Sungguh, saya bukan inginkan bertikam lidah, cuma saya ingin mencetuskan atau 'ignition' utk kawan-kawan saya diluar sana yang hanya 'dengar dan terima' tanpa fikir panjang. Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan anda. Sekiranya anda sebagai mahasiswa sekarang tambah2 lg bakal doktor hanya menjadi 'pak turut' dalam semua perkara, maka jangan haraplah Malaysia akan terus maju. Jadilah mahasiswa yang kreatif, kritis dan mengkaji sebelum menerima.Apa gune sesebuah persatuan sekiranya semua ahlinya hanya mendengar dan menerima?? Kita mestilah mengamalkan sistem demokrasi bukan diktator. ( Sebagai mukaddimahnya ).

    Saya dan anda dalam PCI bukanlah politician. Kita semua adalah ahli PERUBATAN. Politician-politician masa kini hanyalah memastikan ahli-ahli politik mempunyai kereta mewah,kerusi sofa yang empuk bernilai ribuan ringgit,satu bilik berhawa dingin khas,dan point akhir sekali memastikan rakyat hidup sejahtera. Saya bukan nak bercakap pasal politik. Cuma, kalaulah putrajaya dimaksudkan sebagai teratak kita,sanggupkah anda melihat rakyat2 anda yang ingin carikan rumah di masa akan datang berdepan dengan masalah harga yang tinggi melambung dan harga simsar juga melambung naik.Adakah PCI ini tempat latihan utk menjadi seorang 'politician masa kini'? Maaf sekiranya bahasa saya kasar. Tapi setakat ni saya tidak mencarut. Alhamdulillah. Dan saya tidak suka mencarut.KEbajikan pelajar PERUBATAN adalah matlamat utama PERUBATAN.Inginkah Iskandariah berdepan masalah harga rumah seperti di Cairo sekarang? Yang mana terpaksa ada cadangan untuk MSD kluarkan surat supaya tuan rumah turunkan harga dan sbgnya.

    Cadangan saya mengenai tingkat 3 bangunan MARA.Saya mencadangkan supaya deal dengan MARA nak sewa tmpt tu. Pada pandangan saya, ni semua pasal duit. Kenapa MARA kalu belilah tingkat 3 akan dijadikan bilik? Mungkin juga untuk memastikan lebih ramai student berpeluang mendiami asrama mara.DAlam masa itu,elaun pelajar akan dipotong. Jadi,kalu PCI deal dengan MARA utk sewa dengan harga yang masuk akal, biiznillah kita akan dapat jdkan dia sbg dewan.of courselah ni makan masa,igtlah masa juga rawatan utk masalah kita ini. Kita tak boleh cepat berputus asa dan jgn tergesa2..Cuba dulu baru cakap.Kalaulah MARA tu betul2 nk jaga kebajikan pelajar,masakan xnk deal ngn PCI...sdgkan kita bukan amek free ..kita sewa.

    Oklah,setakat tu dlu. Harap-harap kawan2 diluar sana cube fikir dengan kritis dan kreatif. Jangan dengar dan terima sahaja.Ingatlah bepersatuan bererti melatih anda menjadi seorang mahasiswa berguna di masa akan datang,bukan mahasiswa yang mudah diketuk. :)

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan idea ahli lelap untuk mnyewa tingkat 3 asrama mara.
    saya setuju juga dengan idea teratak iskandar.

    sbb nk tunggu mara setelkan pembelian tingkat 3 bukan ambil masa sebulan dua. bahkan mungkin bertahun-tahun.
    ustaz ishak ada bagitahu kami daripada tahun lepas lagi, bahawa mara sedang dalam proses untuk membeli tingkat 3. kiranya dah setahun lamanya kita menunggu.
    jadi sebagai inisiatif menunggu untuk menyewa tingkat 3, kita SOKONG usul teratak ini, supaya kita boleh menyewa rumah utk persatuan. kalau usul tak lulus, macamana boleh ada usaha untuk mencari rumah persatuan?

    apakah kesudahan nasib teratak iskandar?
    ramai-ramai kita hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan untuk menentukannya..

    ReplyDelete
  15. Salam..

    saya difahamkan teratak iskandar ini bakal diusulkan untuk menyewa rumah bkan untuk membeli rumah kerana untuk melihat sejauh mane penggunaannya..atau dgn kate lainnya untuk membuat TRIAL VERSION dahulu..

    sampai bile kite hendak menunngu tingkat 3 asrama MARA yang ibarat menunggu bulan jatuh ke riba....ada sesiapa yang bole berikan jaminan bahawa tingkat 3 asrama MARA akan dibeli..dan walau berjaya dibeli...sesiapa dpt beri jaminan yang MARA akan bersetuju untuk membiarkan kite menyewa tingkat 3 tersebut...

    kalaupon begitu,saye yakin tingkat 3 itu akan diperoleh bkan dalam mase yang pendek..kerana itu kita perlu mempunyai back up plan..andai kate usul ini ditolak,back up plan ape yang kite ada..mntak fikir lebih jauh....

    SAYA SOKONG 100% USUL INI DITERIMA....

    ReplyDelete