Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Wednesday, December 30, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 6-Program

Tingkat 3 asrama sering menjadi idaman setiap ahli perubatan dengan harapan ianya boleh digunakan untuk persatuan. Ya, tingkat 3 merupakan satu opsyen yang baik untuk dijadikan tempat perlaksanaan program-program kita. Namun begitu proses pemilikannya bukanlah sesuatu yang enteng seperti membeli to’miyah. Sehingga kini iaitu selepas setahun masih belum ada kata putus antara pihak MARA dan orang Arab yang menjadi tuan tingkat 3 tersebut. Inikan pula perjanjian antara persatuan dan pihak MARA untuk menggunakannya. Jadi untuk jangka masa terdekat tingkt 3 bukanlah satu opsyen yang available untuk kita.

Tetapi jangka masa panjang ya, dari segi kawasan perlaksanaan program, bukan pusat untuk persatuan. Ini kerana dewan adalah lebih sesuai untuk tingkat 3 dan pihak MARA juga mempertimbangkan sebegitu rupa. Sesungguhnya rugila kawasan tingkat 3 sekiranya dijadikan bilik-bilik yang mengecilkan kawasan tersebut. Sedangkan sekiranya ianya dijadikan dewan, cukup besar untuk memberi keselesaan kepada persatuan untuk membuat program.Maka hanya masalah kawasan program sahaja yang selesai sekiranya tingkat 3 berjaya diperolehi. Masalah tempat letak barang, koperasi, kedudukan strategik untuk kelas tafaquh dan sebagainya masih belum selesai. Persatuan masih memerlukan tempat untuk dijadikan sebagai pusat operasi.

Apabila kita mengatakan rumah persatuan akan dijadikan sebagai pusat aktiviti, bukanlah bermakna persatuan ingin membuat satu program yang mana semua ahli persatuan berjumlah 858 orang hadir serentak. Kawasan bawah MARA pun tidak cukup untuk menampung seramai itu. Sekiranya kita ingin buat juga maka moleklah kita menyewa dewan. Dan program-program yang melibatkan pelajar yang ramai merupakan program-program mega yang mana kita mengadakannya dalam kuantiti yang sedikit. Tidak mungkin program mega ini dapat diadakan di kawasan bawah asrama, rumah persatuan mahupun kawasan sutuh. Akan tetapi yang persatuan maksudkan adalah program-program berskala kecil yang mana kehadirannya 150 ke 200 orang pada satu-satu masa seperti kelas tafaquh, kelas tambahan, SC gabungan, jamuan makan, indoor games dan sebarang aktiviti yang tidak melibatkan pengunjung yang melebihi 300 orang. Namun begitu janganlah kita semua berasa kecewa apabila rumah yang diharapkan tidak dapat menempatkan kesemua ahli persatuan berjumlah 858 orang. Sebaliknya bersyukuralah, sekurang-kurangnya kita semua ada tempat untuk berkumpul bagi melaksakan aktiviti yang ingin kita jalankan.

Rumah persatuan digunakan seminggu sekali. Benarkah??

Pastinya saudara-saudari sekalian terfikir bahawa hanya seminggu sekali rumah persatuan digunakan,iaitu untuk kelas tafaquh dan jarang-jarang untuk mesyuarat AJKT. Sebenarnya banyak manfaat dan kita boleh menggunakan rumah persatuan secara maksimum. Baiklah, sekadar cadangan yang boleh kita laksanakan dan logic untuk dilakukan setelah kita ada rumah persatuan.

1. Kita boleh membeli dan menempatkan sebuah meja ping-pong di dalam rumah persatuan. Meja ping-pong mudah untuk disimpan dan tidak memakan ruang. Sekiranya ada, ahli persatuan bolehla bergilir-gilir menggunakannya. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

2. Kita boleh membeli satu whiteboard putih dan digantungkan di dinding di bilik yang sesuai untuk dijadikan kawasan mengajar. Sekiranya siapa-siapa yang ingin mengadakan kelas tambahan ataupun study group bolehlah menggunakan rumah persatuan. Pada masa yang sama, siapa-siapa yang ada mengambil kelas bahasa arab dan merasakan rumah mereka tidak sesuai digunakan juga boleh menggunakan rumah persatuan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

3. Hampir setiap bulan mesti ada satu program yang dianjurkan oleh persatuan dan ada jawatankuasa yang menguruskannya. Kebanyakan mesyuarat pengurusan program paling kurang akan bermesyuarat 2 ke 3 kali sebelum program dilangsungkan dan 1 mesyuarat muhasabah. Tidak lupa juga mesyuarat penyelarasan ajk-ajk bagi setiap unit yang perlu diadakan untuk menyelaraskan aktiviti yang mereka mahu laksanakan. Jadi hampir 5 ke 6 mesyuarat yang boleh diadakan setiap bulan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

4. Sebulan sekali atau 2 bulan sekali boleh didakan SC gabungan bagi setiap tahun. Sesungguhnya mengikut pengalaman yang lepas SC gabungan yang berteraskan ala debat kedai kopi sangat menarik dan memberangsangkan. Dan program SC gabungan boleh dipelbagaikan aktivitinya bergantung pada kekreatifan ahli SC masing-masing. Mungkin boleh buat pertandingan PES antara SC, pertandingan ping-pong antara SC, indoor games antara SC, debat antara SC, pertandingan nasyid dan sebagainya. Seandainya program SC gabungan dibuat mengikut tahun iaitu 1,2,3 dan 4. Maka sekurang-kurangnya 6 ke 8 kali program SC gabungan yang kita boleh anjurkan di rumah persatuan. Maka kemungkinan hampir setiap hari akan ada orang menggunakan rumah persatuan. Tidak timbul isu rumah persatuan hanya digunakan seminggu sekali.

5. Seandainya kita ada LCD Projektor kita sendiri dan rumah persatuan bolehla digunakan untuk membuat revision lecture x-ray ataupun lecture yang lain. Kita juga boleh membuat tayangan-tayangan movie yang bersesuaian dan yang mempunyai pengajaran sekali sekala secara ramai-ramai bagi menambahkan lagi ukhuwwah serta menghilangkan tekanan belajar.

Kesimpulannya banyak perkara yang kita boleh lakukan seandainya kita mempunyai rumah persatuan. Yang penting adalah kita mahu berfikir tentang kaedah penggunaannya. Dan itu begitu juga dengan persatuan. Persatuan ini ibarat satu medan yang menyediakan peluang yang cukup besar kepada ahlinya. Ahli perlu bijak mencorak dan mencipta peluang-peluang itu melalui persatuan yang sedia ada. Kehadapan segala idea dan cadangan yang membina. InsyaALLAH akan ada yang sudi mendengar.

6 comments:

  1. Sekadar pandangan, untuk penggunaan TI sbg markaz kelas tafaqquh atau program2 umum lain yang melibatkan semua batch di bawah PCI, sy melihat idea itu agak sukar untuk dicapai. Kalau kita tgk, kelas tafaqquh di asrama, kehadirannya saya anggarkan mencecah at least 200 org, tak kira lg yg pernah merungut tak dtg sbb sesak. Berdasarkan pengalaman mencari rumah utk adik2 tahun 1, nak cari rumah yg cukup besar untuk memuatkan 200 org dalam satu2 masa bukanlah sesuatu yang mudah, especially dgn budget sekitar LE1600-1800 utk sewa sahaja.

    Lagipun, pastinya ada bilik yang akan dijadikan stor barang2 PCI, kemudian bilik utk mesyuarat, bilik untuk koperasi, tak kira lagi idea bilik tetamu. Maka di situ ruang untuk menempatkan pelajar jadi limited. Pastu, boleh ker nak letak PA system kat TI tu sbb PA system tu kan kepunyaan MARA, maka logiknya afdhal lagi simpan di pejabat MARA.

    Why not, cari rumah yg sederhana saiznya, untuk penyimpanan barang2, koperasi dan ruang mesyuarat/aktiviti2 kecil, dgn kadar sewa dan maintenance yang lebih rendah. Manakala, utk tafaqquh dan program2 umum, cuba buat deal secara baik dgn ust isahak ttg pengubahsuaian sutuh asrama MARA.

    Just my 2 cents, wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Yelah saya sOkOng lah pendangan yang diutarakan oleh neo.Betul jugak tu.Baik ubahsuai sutuh kan. Tapi,mesti ada orang jwb...eh sutuh tu MARA punya ke? Alamak!mcm mane ni.Saya pun tak tahu nih.Boleh sapa-sapa tulung jawab?

    ReplyDelete
  3. salam

    boleh call ustz ishak sndiri utk mntak confirmation tntang status sutuh tu

    no ustaz ishak - 0116934991

    ReplyDelete
  4. pembetulan komen awal: regarding PA system, saya tersilap sikit, ada yg milik MARA dan ada yang milik PCI. i was referring to the one yg guna dlm kelas tafaqquh tu, yg MARA punya.

    ReplyDelete
  5. pde pendapat sye... rumah persatuan amat relevan pade taun depan-2010 berbanding harapan kepada sutuh dan tgkat 3 yg masih diatas kayangan.. kalo MARA luluskan pon ubahsuaian sutuh tuh taun pan, yakinkah kite MARA kan memberi satu pejabat khas untuk PCI memndangkan mereka juga byk kepentgan lain.. dan kalo bolehpon pengubahsuain akn mengambil mase yg lame-mgkin 2011 or 2012.. dan sye rase sebgai mahasiswa kite harus lebih independant dan lebih berfikiran positif untuk mencari jln penyelesaian satu2 masalh...
    so, MARI SOKONG PENUBUHAN VILLA ISKANDAR EK...

    ReplyDelete
  6. sebenarnye PA sistem ada yg PCI pnye, x digunekan memandangkan bendenya yg susah utk diangkut ke mane2.. MARA pnye lg fleksibel, mudah utk dipasang dan disimpan semule selepas tamat sesuatu prog.

    seingat saye awal klas tafaqquh kat markaz UPI dulu gune PA sistem PCI, lepas tu baru gune MARA pnye bile PA sistem PCI terbakar kat Asrama MARA..

    sekadar perkongsian :D..

    ReplyDelete