Firman Allah: Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. [Surah al-Baqarah: 261]
Selamat Datang ke laman web Teratak Iskandar. Jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen-komen yang membina dan mengundi di kotak undian yang disediakan. Semoga usaha-usaha kita diredhai Allah

Wednesday, December 30, 2009

TERATAK ISKANDAR-part 7-Kira-kira

Setelah beberapa siri penerangan mengenai mengapa perlunya rumah persatuan serta apa yang boleh dilakukan dengan rumah persatuan, akhirnya sampailah kita ke bahagian perancangan kewangan. Semoga perancangan kewangan ini dapat melegakan sedikit sebanyak permasalahan yang dibangkitkan sebelum ini.

BILANGAN AHLI PCI PADA SESI 09/10



UNJURAN AHLI PCI SEHINGGA TAHUN 2012 SECARA KASAR
(dengan sangkaan pada setiap tahun purata kemasukan pelajar baru adalah 210 orang dan tanpa mengira pelajar yang mengulang tahun)

Maka,
PERBELANJAAN TAHUN PERTAMA


PERBELANJAAN TAHUN BERIKUTNYA

Maka, anggaran yang perlu dibayar oleh setiap ahli pada tahun pertama penyewaan rumah persatuan adalah:
LE 25450 ÷ 858 = LE 29.66 ~ LE 30

Dengan sangkaan bahawa pada setiap tahun purata kemasukan pelajar baru adalah 210, maka yang perlu dibayar oleh setiap ahli adalah:

a. Tahun kedua:
LE 22900 ÷ 1068 = LE 21.44 ~ LE 22

b. Tahun ketiga:
LE 22900 ÷ 1278 = LE 17.91 ~ LE 18

c. Tahun keempat dan seterusnya tiada pertambahan bilangan pelajar yang besar kerana bermulanya penghantaran pulang pelajar-pelajar yang telah habis belajar. Oleh itu, bayaran adalah hampir menyerupai bayaran pada tahun ketiga.

Walaupun anggaran sewa rumah yang diletakkan adalah LE 1700, pihak yang bertanggungjawab akan cuba sedaya upaya mendapatkan dengan harga yang lebih murah. Seandainya memang harganya LE 1700, maka kami akan pastikan ia memang sesuai dan berbaloi dengan harganya. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan sebuah rumah yang besar dan sesuai.

Namun begitu, setelah usul ini diterima, kita semua akan sama-sama berdoa dan membantu ajk yang terlibat untuk mencari rumah yang terbaik dan sesuai. Rumah yang boleh menghilangkan segala kebimbangan para ahli sekalian. Rumah yang boleh memberi manfaat kepada semua ahli. Rumah yang insyaALLAH akan menjadi salah satu asbab untuk kita semua bersatu semata-mata ingin melihat PCI maju dan terus maju. Begitu besar harapan yang kami letakkan pada kewujudan rumah ini. Ia bukanlah sekadar tempat meletakkan barang dan kelas tafaquh, tetapi lebih daripada itu. Ia adalah merupakan IDENTITI PCI. Namun, setelah berusaha bersungguh-sungguh, sekiranya tetap tidak juga berjaya mewujudkan rumah persatuan ini, maka itu adalah takdir ALLAH SWT yang harus diterima.


Ingin dikongsikan satu cerita. Kisah mengenai ahli-ahli persatuan yang sentiasa berkorban masa, wang dan tenaga mereka demi keselesaan ahli persatuan yang lain serta ingin melihat PCI semakin mantap tidak luput dimamah usia. Mari kita kembali semula kepada senarai barangan system audio seperti Kamera Video (Sony HDR-XR200) berharga LE6000, Layar Putih Projektor (Viewtech) berharga LE1100, External Harddisk (WD MyPassport 500Gb) berharga LE580, Tripod (Targus 1.9m) berharga LE450 dan ada lagi, namun cukup setakat itu. Jika dihitung-hitung semula semuanya berharga LE8130.

Tahukah anda bahawa LE8130 bukanlah diambil dari yuran perubatan tahun lepas yang berjumlah LE8162 yang mana masih ada ahli yang tidak mahu menjelaskannya. Seandainya ingin menggunakan duit yuran persatuan memang tidak akan cukup ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan.Sebaliknya, pembelian barangan tersebut adalah merupakan sumbangan daripada para ahli persatuan sendiri. Ada yang menyumbang LE100, LE200, LE500, LE1000 hinggalah mencukupi jumlah yang diperlukan.

Juga ingin dikongsikan mengenai kisah seminar ibadah pesakit. Untuk pengetahuan semua, seminar ini tidak berjaya mendapatkan sponsor dari mana-mana pihak seperti sebelum ini iaitu PETRONAS mahupun JPMK. Ini adalah kerana pada masa itu hampir semua Muhafazah ingin meminta sponsor daripada mereka dan kemungkinan bajet yang disediakan untuk pelajar telah kehabisan. Namun begitu, seminar ini tetap berjaya dilaksanakan atas sebab adanya ibu bapa pelajar yang sanggup memberi sumbangan lebih daripada LE1000 demi menjayakan seminar tersebut.

Kesimpulannya, walaupun ada yang sedikit gusar sekiranya LE30 tidak mencukupi untuk menampung kos rumah persatuan selama setahun, kita masih boleh melancarkan tabung dana rumah. Pada masa itu, siapa-siapa sahaja boleh menyumbang seberapa banyak yang dia mampu. Kami percaya ramai diantara kita mampu menyumbang lebih daripada LE300 jika dibandingkan dengan elaun yang banyak untuk pelajar yang mendapat tajaan. Ini adalah kerana ramai yang mencintai PCI dan sanggup berkorban deminya. InsyaALLAH segala amal baik kita ada ganjaran di sisi ALLAH selagi mana kita ikhlas dalam melaksanakannya.

23 comments:

  1. org yg buat kire2 ni penah bayar bila air ke tak
    50 gen sebulan???

    ReplyDelete
  2. yuran tahunan...
    terdapat kelemahan dalam menajalankan kutipan yuran tahunan...
    berdasarkan jumlah 8162 LE...dianggar kan hanye 400 org saje yg membayar yuran pada tahun lepas..sedangkan jumlah pelajar tahun lepas 550+..
    1)tiada senarai name yg lengkap sape yg tidak bayar dan sudah bayar.
    2)tiada tindakan yg diambil kepada sesiapa yg tidak bayar...
    3)kebanyakkan aktiviti yg d jalankan oleh persatuan tidak d nyatakan jumlah wang yg d belanjakan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca blog teratak nih.Moga-moga dengan adanya blog TERATAK ni hubungan antara kita tidak RETAK malah makin ERAT..Sepanjang kita berhujah,jagalah emosi. Semoga ianya tidak meRETAKkan ukhwah yang terjalin sekian lama.

    Pertamanya terima kasih kepada teratak kerana saya nampak jelas kesungguhan daripada pihak antum semua. Terima kasih juga kerana memberi penerangan dengan begitu mantap sekali saya kira terutamya hal-hal belanjawan berkenaan dengan teratak tersebut. Namun, apa yang saya faham daripada apa yang pihak teratak nyatakan dalam post berkaitan dengan kira-kira, semakin bertambah tahun semakin kurang bayarannya.Sedap mata memandang, sedap lagi minda menterjemah. Wahai kawan-kawan seperjuangan saya diluar sana, setahu saya rumah yang kita diami tak banyak yang harganya tetap sepanjang tahun.Kan?? Setiap tahun mesti harganya bertambah. Betul atau tidak? Kalaulah harganya bertambah setiap tahun,katakanlah 100/year..maknanya tahun seterusnya harga jadi 1800 kalaulah rumah tu 1700 dan next 2 year akan jd 1900 dan seterusnya 2000, 2100,2200,2300…..So?? Makin lama makin bertambah, lama-lama akan keluarlah dari range yang ditetapkan oleh PERUBATAN. Satu lagi, bayaran pun akan bertambah sedikit sebanyak setiap tahun. Betul tak kawan-kawan? Kalau saya salah, betulkan. Saya bukan mudah emosi. : ).

    Keduanya, anggaran utk bil air tu 50 geneh kan? Saya tak pasti, ada tak rumah yang mesin basuh takda harga bil air mencecah 50 geneh? Tambah-tambah kalaulah rumah tu takda orang yang mendiami maksud saya, tiada orang yang tinggal dalam rumah tu.smpai ke 50 geneh? Rumah arab bawah ni 10-15 geneh je sebulan.Tak tau lah, dia amik subsiti Misr Petroleum mungkin.

    Ketiganya, sekarang ni kan, sungguh sedap mata memandang kalau buat majlis resmi kat asrama. Sebab apa, sebab pelajar-pelajar junior kat sana , nak tak nak, terpaksa ke ikhlas ke..kene turun jugak. So, nampaklah meriahnya. Bagaimana kalau kita adakan aktiviti bukan di asrama? Senior yang pergi pun senior yang memang rajin especially para AJKT. So? Mungkinkah peratusan kehadiran majlis rasmi akan berkurangan?

    ReplyDelete
  4. Keempat, PLAN EMERGENCY. Insyaallah biiznillah, kalaulah usul teratak ni berjaya diterima oleh semua ahli ( yang hadir MTC ) bermakna semua ahli perlu bayar 30 geneh.Ok, apa plan kalau ada orang tak nak bayar? Takkan nak upah ‘Along kot pegi simbah cat kat depan tangga’.Relax-relax.Cool. Ayat begurau tu. Saya terdetik nak menulis komen ni pasalnya ada satu komen tu:
    “yuran tahunan...
    terdapat kelemahan dalam menajalankan kutipan yuran tahunan...
    berdasarkan jumlah 8162 LE...dianggar kan hanye 400 org saje yg membayar yuran pada tahun lepas..sedangkan jumlah pelajar tahun lepas 550+..”
    So, macam mane nak selesai masalah ni.Kita budget semua bayar, kalau semua tak bayar? Adakah kita semua termasuk sayalah tu perlu tambah? [ Tak kesah pun kalu kena tambah tapi…… ]
    Kelimanya, saya juga berminat juga tentang penubuhan teratak ni.Kerana ape?? Dengan wujudnya teratak ni kita dapat SATUkan semua ahli-ahli PERUBATAN di bawah satu bumbung. Yelah, kalu da name teratak Iskandariah tu , tak kan lah persatuan ‘Laen’ nak paaakaaiii kan?? : ) .. PERUBATAN kan tiada kompromi dengan persatuan lain. Ianya TUNGGAL dan hanyalah SATU.

    Akhir sekali, saya rasa komen saya kali ini, saya fikir ‘balance’ kot.Kalau lebih pun sikit-sikit je. So, saya tidak menyokong dan saya juga tidak membangkang. Still dalam pertimbangan. Kalau boleh, pihak teratak senaraikan SEMUA DISADVANTAGES teratak ni. Maksud saya, ada satu post khas supaya orang lain boleh pertimbangkan samada nak menyokong atau membantah. Sebabnya blog ni dibuat bukan just nak bagi orang sokong je kot kan? Blog ni dibuat untuk bagi PENERANGAN. Bila penerangan,maksudnya ada pro and cont... Mungkin pihak-pihak ajk sendiri ada terfikir keburukan atau mungkin boleh siarkan disadvantages teratak ni yang ajk-ajk tak boleh rungkaikan lagi. Kita kene neutral dalam bab-bab ni. Saya rasa mesti lebih menarik kalau pihak AJK sendiri yang menulis keburukan teratak ni. Nampak lebih JUJUR dan NEUTRAL kan kawan-kawan. Pastu, janganlah emo sangat kalau nak reply komen ni. Jangan RETAK-kan blog TERATAK ni.

    Sekian, terima kasih. MOHON MAAF andai kata tersilap bahasa, tersalah kata, ter’makan’ hati, terguris jiwa dan tertusuk minda. Mari sama-sama berfikir.

    ReplyDelete
  5. sungguh bijak dan berpandangan jauh betul yg wat bajet ni. mesti org berpengalaman buat kire2, buktinye die wat bajet ade safe margin. bil air 50 gen sbg bajet kasar, biar la mungkin lebih, janji x kurg.
    ~(tanyalah org yg tahu jika kamu x tahu)~

    ReplyDelete
  6. kepada: anonymous December 31, 2009 9:00 PM
    errm... bil air kat egypt ni die kumpul bulan2 rasenye?? cam bayar 2 bulan sekali kan?? cm rumah saya duduk 3 orang dalam 40 genih paling mahal. tu pun sebab of kos, kitaorg selalu mandi tiap2 hari. Teratak Iskandar tu kalau air gune untuk basuh2 pinggan cawan je kan?? takkan same kot...

    kalau bil air anda mahal sangat, mungkin boleh check tengok paip air tu tutup rapat x? kalau dh cek still mahal, mungkin ade orang curik air anda... huhu...

    kepada: anonymous December 31, 2009 9:270 PM
    bukan kelemahan rasenye. maknenye tak semua bayar lerr....

    tak salah saya senarai ade je kat bendahari. tapi takkan nak suruh ajk teratak nak publish kat sini. aib orang tu nanti. mungkin die ade sebab2 tersendiri untuk lambat bayar, atau tak nampak peranan PERUBATAN pade die aka takde kesedaran....

    tindakan tu pulak.. kite ni semua pelajar medik.. pelajar terpilih... nak buat tindakan macam mane lagi selain mengingat pade mereka bahawa mereka belom bayar yuran lagi...

    mungkin cara lain yang lebih keras ialah memutuskan hubungan diorg dengan fungsi2 PERUBATAN. macam kalau hal2 exam, lecture etc etc, suruh diorg pegi jumpe Prof sendiri tanye. tak payah susah2 suruh ajk akademik uruskan. tapi tak professional la kan?? sekarang ape yang boleh dilakukan ialah memujuk diorg dan memberikan kesedaran serta manfaat PERUBATAN. bak kata ustaz naim (more or less cm ni ayat beliau);
    "Kite selalu kejar hal dunia... tapi hal akhirat kita selalu lupe...". Pesanan untuk diri saya sendiri...

    Budjet aktiviti akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) insya Allah... selalunya macam tu la.. kalau saya salah mintak diperbetulkan.. huhu..

    wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Buang masa?
    Berdebat bende x perlu?
    Tinggalkan awlawiyyaat?
    INILAH KEKURANGAN SISTEM DEMOKRASI MANUSIA
    (tawakkallah kpd Yang Maha Sempurna)

    ReplyDelete
  8. saya tulis terdapat kelemahan dlm menjalankan proses kutipan yuran tahunan....MMG LA ADE ORG X BAYAR,..
    senaraikan je le....
    macam mane nk didik org ni..
    kalo sistem kehakiman malaysia pun sape x bayar cukai name kena BLACKLIST...

    takut2 AJKT pun x bayar

    saya buat kenyataan 50 gen sebulan...utk express kan perasaan terkejut saye...kenapa mahal sgt....bil air rumah saye 3 bulan skali pun x sampai 30...
    ni takkkan TERATAK boleh sampai 50 sebulan...
    ade org tggal situ ke???

    ReplyDelete
  9. kepada proPCI
    plz change mentality..
    dont be too pros on somethingg...
    be independent....
    read an article without bias...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum semua, salam sejahtera khusus utk ahli lelap yg setia bersama siaran TERATAK iskandar sehingga ke hari ini..

    saya setuju dgn pandangan ahli lelap utk difikirkan disadvantages yg berkemungkinan akan timbul apabila teratak iskandar ini ditubuhkan. tetapi jika difikirkan balik, saya juga yakin bahawa pihak ajk teratak iskandar ini akan berusaha mencari yg terbaik dr segala segi seblom sesebuah rumah itu dijadikan markaz persatuan.

    maknanya, antara KEMUNGKINAN dan KECENDERUNGAN untuk sesuatu perkara itu berlaku perlu dibezakan. jika sesuatu perkara itu MUNGKIN berlaku, x semestinya ia CENDERUNG utk terjadi.

    sbg contoh, jika hendak berjalan dari rumah ke kuliah, byk KEMUNGKINAN utk sebarang kecelakaan berlaku. misalannye seperti kemalangan jalanraya, diragut, diculik, dihimpap sesuatu dari tingkat atas bangunan dan seribu satu perkara lagi. tetapi sejauh mana KECENDERUNGAN perkara2 itu utk berlaku? terutama apabila langkah2 keselamatan telah kita ambil satu persatu dengan penuh kewaspadaan dan sikap berhati2.

    maka dengan itu, suka saya ingatkan kepada semua. x mustahil bermacam2 musibah boleh menimpa teratak iskandar ini, semuanya terpulang kepada qada' dan qadar Allah Jalla wa 'Ala. tetapi saya fikir sudah pasti ajk teratak iskandar teliti KECENDERUNGAN atau peratusan kebarangkalian perkara tersebut akan terjadi.

    adakah apabila KEMUNGKINAN kecelakaan yg akan terjadi kpd kita sewaktu dlm perjalanan kita ke kuliah td menyebabkan kite langsung x ke kuliah? jika ada KECENDERUNGAN yg jelas seperti mudharat yg ada di depan mata sudah pasti kite akan berusaha utk menghindarinya. tetapi JIKA HANYA KEMUNGKINAN? pada saya byk langkah waspada dan berhati2 yg bleh kite ambil..

    seperti kes di atas, berhubung wang kutipan ahli yang cenderung x ingin membayarnya, mekanisma2 lain bleh diambil sbg langkah backup kpd cara kutipan tahunan. berdasarkan hanya beberapa ahli yg x bayar yuran seblom ini, cara INFAQ (sbg contoh) dapat dipratikkan memandangkan x ramai yg x bayar n ramai yg murah hati menderma dan memberi sumbangan dalam aktiviti2 PCI selama ini. seinfiniti terima kasih, jazakumullahu khairan jazak diucapkan kpd mereka. bahkan bermacam lg cara yg boleh dijana utk memastikan penerusan keberadaan teratak iskandar ini. hal ini bolehlah difikirkan urusetia teratak iskandar utk lebih menyakinkan para ahli.

    mengenai bil air tu, bak kate org, 'expect the worse/unexpected'. disebabkan kite x pernah memiliki sebuah markaz sebelom ini, apa salahnye jika diletakkan satu margin yg selamat. mane tau kurang pula di mana2 bahagian seperti pengubahsuaian/penyelenggaraan rumah? at least dah ade bajet lebih. name pon bajet.. sama2 kita mengambil sikap optimis tanpa pesimisme@skepticism dalam hal ini..

    harge sewa naik setiap tahun? itu bergantung kpd budi bahasa baba/mama n akad yg dibuat. jika dibajetkan harga sama setiap tahun, mengapa pula kite perlu menyangkakan rumah yg naik hargenye setiap tahun akan dijadikan teratak iskandar? itulah realiti dlm usaha mencari rumah, sukar penuh kesulitan. same2 kite doakan urusan ini dipermudahkan Allah.

    pokoknye, ajk teratak iskandar sentiasa dan akan semampu mungkin mencari penyelesaian kpd permasalahan yg akan timbul seawal penubuhan teratak iskandar nanti. disadvantages bukan utk dirungutkan sehingga menjadi alasan tertolaknye idea teratak iskandar ini, namun tidak pula dipandang enteng sehingga menafikan realiti negatif yg bakal menimpa. tetapi jika terdapat penyelesaian yg mampu kite usahakan, apakah relevan disadvantages tersebut dibesar2kan? dan saya yakin berdasarkan perbualan dan perbincangan ringkas bersama urusetia teratak iskandar, mereka mampu merealisasikan hasrat kita ini. spt komen saya yg lepas, telitilah isu teratak iskandar ini dgn side mirror mereka2 yg terlibat scr langsung~

    ReplyDelete
  11. saya harap ajk teratak iskandar boleh menjawab sgl persoalan yg dilontarkan para pembaca dgn segera (beri respon ringkas jika perlukan masa), supaya dpt dicerahkan sgl yg kabur dan dijelaskan sgl yg samar. mudah2an tiada ragu2 dan syak wasangka ahli2 terhadap kualiti gerak kerja urusetia sekalian.

    sbg tambahan, pada pemerhatian saya, PERUBATAN tidak menggunapakai konsep ASABIYAH dan KERA SUMBANG sehingga tiada langsung kompromi dgn persatuan lain selagi manfaat itu dapat dikongsi bersama demi kebaikan semua pihak dan kembali juga kepada PERUBATAN. malah ruang kerjasama itu terbuka kpd setiap pihak yg ingin menyumbang sesuatu kpd komuniti kita di sini.

    tetapi tidaklah sampai mereka yg meneguk di air keruh (opportunist) dapat mengambil kesempatan terhadap kualiti dan potensi yg ada pada pelajar perubatan di sini utk kepentingan masing2 sehingga hilang komitmen dan kebersamaan ahli2 terhadap PERUBATAN. nanti padahnye kembali kepada masyarakat kita dan terasa peritnye kpd PERUBATAN sendiri yg sentiasa menjaga kesatuan ahli2nya. ini yg perlu kita fahami, kerana apakah yg lebih bernilai drpd sebuah kesatuan setelah umat Islam itu berpecah berpuluh2 juzuk dalam realiti hari ini sehingga menjadi lubang musuh Islam menyelinap masuk dlm melemahkan benteng kekuatan ummah? fikir2kanlah..

    byk pula leteran saya, maaf dipohon jika terdapat salah dan silap dlm menyusun kata.

    sekian, wassalam.

    p/s: nak bincang bab wehdatul amal ni hanya akan memanjangkan komen saya, mungkin di lain saluran insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Waaalaikummussalam kepada ahli tegar,

    Saya men'request'kan disadvantages daripada AJK teratak bukan bermaksud untuk tidak menyokong penubuhan teratak n. At least, saya nak tau apa disadvantages yang difikirkan oleh AJK. Kalau AJK tak fikir disadvantages, masalahlah. Tak neutral la begitu. Tau disadvantages tak semestinya tidak menyokong. Tau kene langgar ngn taram, tak semestinya tak pergi Kuliah. Mesyi?

    Lepas tu, harga air boleh letak margin Tapi harga rumah letak 1700.Letak la margin jugak 1700-4000, 1700-5000 ke. Baru sedap mata memandang. :)/

    Bukan tak nak ambil sikap optimis, tapi kalau semua fikir kebaikan je, macam mane kalau yang negatif datang. Harapkan pucuk, duri yang datang. Nanti semua gelabah tak tentu pasal. We expect the best, BUT Prepare for the worst. Mesyi??

    Back up secara infaq tu saya sokong. Tu satu optional yang sangat baik.Thumbs Up!.. Saya pun akan menyumbang nanti, insyaallah. Namun, sampai ke objektif persatuan untuk menyatukan ummat dia kalau ada yang tak bayar. Ini bermakna, persatuan tak kesah orang tu nak bayar ke tak bayar ke.Tak ada inisiatif langsung untuk meyatukan ummat.Dan juga tak amik peduli kenapa mereka tak bayar. Suara mereka perlu diambil kira.Jangan jadi seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Sudah tentu pucuk yang 'gagah' akan mengalahkan pucuk yang 'lemah'.

    Sekian.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum wbt..
    saya yang kutip yuran persatuan tahun lepas..
    LE 8162 tu merupakan 70% daripada jumlah keseluruhan..lagi 30% dihantar ke PERUBATAN PUSAT..harap dapat menjawab persoalan saudara..dan untuk pengetahuan saudara hanya 2 orang sahaja yang tidak membayar untuk sesi 08/09..untuk 2 orang tersebut telah saya minta berkali-kali..namun tetap tidak mahu membayar..apa kan daya..untuk sesi 09/10 masih dalam proses kutipan..marilah kita sama-sama doakan agar terbuka hati-hati kita untuk sama-sama menyumbang kepada persatuan yang kita cintai..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..

    terima kasih respon ahli lelap.

    seperti yg saya sebutkan, saya kira disadvantages dah diambil perhatian ajk teratak dan difikirkan penyelesaiannye sebaik mungkin. jadi macam saya cakap, bile ade penyelesaian yg bleh kite usahakan, apekah relevan membesar2kan disadvantages tersebut?

    ape yg saya nampak, selagi teratak itu blom wujud di depan mate kite, byk lagi perkara yg masih menjadi khabar angin. sgl KEMUNGKINAN yg negatif pasti telah diambil kire oleh ajk teratak iskandar. dan perkara2 tersebut harapannye dapat diatasi dgn penyelasaian yg cube dikehadapankan. jika hanya disadvantages yg disenaraikan, seolah2 kite buntu dlm memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah2 tersebut. hal ini yg akan menambahkan lagi ketidakyakinan ahli2 kpd integriti dan kualiti gerak kerja ajk teratak iskandar nanti.

    itu pendekatan ajk teratak iskandar yg saya perhati sehingga ke hari ini. sentiasa memikirkan segala KEMUNGKINAN negatif yg akan timbul dan mencari penyelesaian yg terbaik. dan fokus di sini adalah cara penyelesaian, setelah masalah same2 kite boleh fikirkan/andaikan. bahkan mustahil ajk teratak tidak mengambil langkah waspada dalam hal sepenting ini. bersangka baiklah sesame kite..

    masalah bil air tu mungkin terlampau kecil utk kite bincangkan kerana hanya menyentuh perkara teknikal. dengan angka mencecah 1700 sudah cukup besar dirasakan kite, memadai dgn perkara2 yg mempunyai angka kecil (spt bil air) dan lain2 perkara yg dirasakan sesuai diletakkan safe margin. terpulanglah kpd penilaian ajk teratak iskandar.

    sekadar perkongsian, usaha bendahari PCI saban tahun mengutip duit yuran persatuan x wajar diperkecilkan. dengan umur remaja yg meningkat dewasa kite semua, tidaklah bijak utk kite menggunakan cara paksaan dlm menangani satu2 masalah yg timbul. jabatan bendahari telahpuh menjalankan amanah yg dipikul mereka utk mengutip yuran drpd setiap ahli pci. namun apakan daya jika masih ada yg mengambil sikap berpeluk tubuh individualisma menafikan kebersamaan mereka bersama persatuan?

    pada saya itu masalah utk renungan kite semua, bukan kesalahan yg dituding jari kepada bendahari dlm hal ahli yg tidak mahu membayar yuran persatuan. pokoknye, inisiatif itu ada, kerjasama semua pihak yg menentukan berjaya atau tidak perkara itu dilaksanakan.

    agaknye bendahari kite ni telan perit je mengadap karenah setiap ahli ketika diminta yuran tahunan persatuan. jazakumullahu khairan jazak diucapkan kpd jabatan bendahari kerana tabah dan cekal spjg menjalankan tugas anda semua :).

    maaf jika terdapat salah silap dalam menyusun kata..

    sekian, wassalam..

    ReplyDelete
  15. Waalaikummussalam w.b.t,

    Sama-sama dan terima kasih kembali kepada pembaca_tegar kerana memberi respon yang positif.

    Apa releven memperbesarkan disadvantages? Ada ke saya cakap, " saya harap ajk-ajk dapat memperbesarkan disadvantages teratak"? Apa yang saya maksudkan, saya minta agar ajk-ajk menyiarkan segala keburukan yang mungkin berlaku. Setidak-tidaknya kita semua diberi pendedahan awal yang teratak tersebut juga ada keburukannya. At least, lepas ni takdalah bunyi daripada belakang. Takdalah cakap, "Alah AJK tu tunggu org ckp je disadvantages".Ok. Saya tau ajk semua mmg tau keburukan2 dia.

    Satu lagi, apa pulak tidak menyakinkan ahli? Bila ajk siarkan keburukan teratak ni, mungkin ada ahli-ahli yang lain mempunyai idea yang lebih bijak untuk menanganinya. Selain daripada itu, ahli-ahli juga berhak tau keburukan yang difikirkan oleh AJK yang telah diselesaikan mahupun belum selesai.Kerana apa??? Kerana duit kita nak pakai nanti,duit kita bersama.Mesyi?Kalau duit anda sahaja wahai pembaca_tegar,saya zip mulut saya,saya letak keybord PC jauh-jauh dan saya pejam mata dan angkat tangan tinggi-tinggi;tanda saya sokong 120%.

    Satu lagi, sekarang ni...kita bukan nak tengok siapa menang siapa kalah.Kita bukan bertanding ni. Ni bukan sesi perbahasan mahupun sesi berbalas 'pantun'. Yang sini utarakan yang sana jawabkan. Masing-masing nak hebat la konon. Sekarang ni, kita nak tengok '3D' of the teratak. Setiap benda mustahil tak da keburukan. Semua orang ma3ruf. Dalam dunia ni, tak da satu pun perfect melainkan Yang Maha Sempurna.So, ape salahnya siarkan yang ajk fikirkan selama ini tentang keburukan teratak ni. Ni asyik 'iklankan' kebaikan je.Contohnya, kalau drug, kita tau apa dia indications dia apa dia contraindication dan dia punya side effect. Ada ke kite belaajar advantages of the drugs je?? Ada tak kawan-kawan? Blog ni bukannya blog untuk mengampu dan membodek teratak saya kira. Betol tak?

    Kalaulah blog ni memang ditubuhkan hanyalah untuk membodek dan mengampu penubuhan teratak, saya kira saya salah masuk blog.Hurm.


    Mohon maaf atas kekasaran kiranya ada.Sekian.

    ReplyDelete
  16. xperlah ahli lelap cadangan dan teguran anda akan dipertimbangkan.Kami ucapkan terima kasih atas concern ahli sanggup bagi pro and con dlam projek teratak iskandar ni.Cumanya janganlah perbesar sgt masalah yg kecil2 macam bil api dan bil air.Dalam projek ni kita sedaya upaya akan cuba ringankan beban ahli untuk support rumah tu.Kami akan cuba fikirkan projek2 ekonomi yang boleh jana dana untuk support teratak ni.

    Satu je nak pesan ingatlah projek ni sebagai satu pelaburan ahli terhadap PCI.Kami ajkt sebagai pengurus pelaburan anda,akan cuba janakan pelaburan sehingga kita semua boleh keuntungan yang berlipat kali ganda.Insyaallah projek ni akan jadi bekal akhirat sahabat2 sekalian.Ingat mafhum hadis nabi" matinya anak adam ada 3 perkara je yg tggal,anak yang soleh,ilmu yang bermanfaat dan sedekah.

    Kepada ahli lelap kita belajar contraindication of drug sbb nk prevent from the worst complication.Tapi dalam kes ni ahli lelap bagi semua contraindication projek ni macam x mahu bagi org setuju projek ni.Ada ke kita bljr psal contraindication of drug sbb x mahu guna atau boikot drug tu???

    ReplyDelete
  17. terima kasih diucapkan kepada ahli lelap atas segala nasihat, teguran mahupun peringatan kepada ajk teratak iskandar. saya percaya segalanya adalah demi melihat PCI bertambah maju di masa-masa akan datang. berkenaan tentang disadvantages yang saudara minta telah kami siarkan berserta dengan cadangan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. sekiranya saudara rasakan masih terdapat disadvantages yang belum kami kemukakan sila untuk memberitahu kami. takut-takut kami terlepas pandang.

    kami meminta maaf kepada seluruh ahli PCI sekiranya kelewatan mengeluarkan artikel khas mengenai disadvantages menyebabkan anda berasa tidak diperlakukan dengan adil mahupun terasa tidak dilayan sedangkan permintaan telah lama diajukan. tidaklah kami di pihak ajk teratak iskandar ingin menyembunyikan sebarang fakta yang baik mahupun yang buruk. segala-galanya adalah kerana konsep penerangan yang kami cuba bawa adalah secara bersiri. dimulakan dengan sejarah, sebab penubuhan, advantages adanya rumah persatuan dan akhirnya adalah disadvantages yang mungkin timbul.

    semua ini adalah demi berlaku adil pada isu yang kita bincangkan di sini iaitu penubuhan teratak iskandar. adalah tidak adil dan kurang bijak sekiranya anda ingin menjual sesuatu produk kepada seorang pelanggan , terus anda ceritakan keburukannya tanpa menceritakan kebaikannya. tidak sempat ingin menerangkan kebaikannya terus disuruh berhenti. begitu jugalah dengan isu ini.

    berkenaan dengan bajet penggunaan air mahupun elektrik, bukanlah kami ingin menipu mahupun memperbodohkan ahli. sebaliknya dalam kita menghitung sesuatu bajet, adalah tepat dan bijak sekiranya kita memikirkan sesuatu yang diluar jangka. contohnya kalau tiba-tiba berlaku kebocoran paip mahupun penggunaan air dan elektrik yang tinggi disebabkan penggunaan yang terlampau kerap. sekurang-kurangnya pada masa itu kita telah bersedia untuk membayarnya.

    saya bersetuju dengan saudara ahli lelap bahawa penubuhan jawatankuasa ini adalah semata-mata untuk memberi penerangan sejelas yang mungkin kepada semua ahli mengenai idea yang diputuskan dalam mesyuarat AJKT PCI sejak dari kepimpinan saudara zaid lagi. semoga objektif penubuhan jawatankuasa ini tercapai dan terlaksana. namun sekiranya saudara merasakan yang kami ini bias, tegurlah dan nasihat kami dengan sebaik mungkin. janganlah pula saudara menghentam kami sehingga boleh mencalar kredibiliti kami. kami akan cuba meraikan dan menerima pandangan saudara-saudari semua sebaik mungkin.

    seterusnya harapan kami agar semua ahli dapat membuat keputusan yang betul dan tepat di MTC PCI nanti. suarakan segala rasa hati anda di situ agar dapat kita sama-sama nilai dan membuat keputusan yang akan memajukan PCI. setujunya anda biarlah kerana ada sayang dan cintakan persatuan. tidak setujunya anda biarlah kerana anda cinta dan sayangkan persatuan. janganlah tidak setujunya anda adalah semata-mata anda terpaksa membayar LE 30 setaun. janganlah tidak setujunya anda kerana kawan-kawan anda menyuruh anda tidak setuju. janganlah tidak setujunya anda kerana anda menerima arahan untuk tidak bersetuju.
    tetapi setujulah anda mahupun tidak setujunya anda adalah kerana anda telah faham-sefahamnya mengenai isu ini. maka tetaplah anda dengan keputusan anda. jadilah orang yang berpendirian.

    akhir sekali sekiranya masih terdapat sebarang keraguan ataupun ingin bertanyakan soalan yang masih belum terjawab, berjumpalah dengan mana-mana ajk teratak iskandar ataupun saya sendiri. saya percaya mereka berbesar hati untuk menjelaskan isu ini kepada anda. terutamanya saudara ahli lelap. silakan berjumpa dengan saya untuk mengetahui mengenai isu ini dengan lebih lanjut. ataupun saya sendiri berjumpa dengan saudara. saya buka jemputan ini kepada semua ahli PCI. sekian..

    ABDUL RAHIM BIN SUHAINI,
    BENDAHARI PCI 08/09.

    ReplyDelete
  18. ahli lelap berkata

    Masing-masing nak hebat la konon. Sekarang ni, kita nak tengok '3D' of the teratak. Setiap benda mustahil tak da keburukan. Semua orang ma3ruf. Dalam dunia ni, tak da satu pun perfect melainkan Yang Maha Sempurna.So, ape salahnya siarkan yang ajk fikirkan selama ini tentang keburukan teratak ni. Ni asyik 'iklankan' kebaikan je.

    dan ini saya petik dari kata-kata rahim pula.

    berkenaan tentang disadvantages yang saudara minta telah kami siarkan berserta dengan cadangan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

    ahli lelap(x2)..... saya kira ahli lelap nampaknya lebih pantas jari-jemari untuk terus menaip tanpa ada rasa kesungguhan yang mendalam dalam memahami setiap butir kata, setiap isi dari artikel yang telah para ajk teratak siarkan. Aduhh!!... sayang sekali! Kalau beginilah sikapnya, usaha penerangan kepada para ahli saya kira kurang beberapa percent dalam mencapai matlamatnya.

    Mungkin ahli lelap terlepas pandang saya kira. Nampaknya selepas2 ini bolehlah meninjau2 semula segala isi kandungan blog Teratak Iskandar yang panjang lebar ini ya, agar kelak tiada persoalan2 berserta dengan jawapan diulang2 100 atau mungkin 1000 kali.

    jika bijak jari-jemari menyusun tanda-tanya, bijak-bijakkan juga untuk mata senantiasa peka memerhati sebelum ingin menyelesaikan kegusaran dari dalam diri....

    ReplyDelete
  19. jangan marah kat ahli lelap..
    dia terlelap masa baca artikel penerangan pasal teratak. terus jump ke comment form kot.. hehe..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum.

    sama2 dan terima kasih juga kepada ahli lelap yg sedia berkongsi pandangan di laman teratak ini.

    terlebih dahulu saya meminta maaf jika ade terkasar bahasa sehingga mencalari hati saudara/ri. maaf juga jika penjelasan atau perkataan saya tidak memberi maksud seperti yg ingin dibawa saudara/ri.

    dengan terpostnye bahagian akhir penerangan drpd pihak urusetia teratak iskandar ini, tidak perlu kite panjangkan perbincangan di sini. kerana seperti yg saya ingin bawakan seblom ini, ajk teratak punye pendekatan tersendiri dan usaha mereka diharapkan dpt menunjukkan hasil yg memberangsangkan.

    namun ingin saya tegaskan, tidaklah bermakna saya membodek dan mengampu urusetia teratak iskandar apabila menaruh keyakinan kepada gerak kerja mereka. cume sbg teguran bersama, apa yg saya lihat, sikap skepticsm dan pesimism agak ketara dlm persoalan yg dilontarkan di dalam ruangan ini. dan tidak melampau jika saya katakan dgn cara persoalan dilontarkan, seolah2 ada unsur sinis, memandang rendah dan tidak yakin kpd ajk teratak iskandar dlm persoalan2 yg diajukan. ini agak memberi masalah kpd yg dituju dan yg membaca. mampu membunuh konsentrasi dan menganggu emosi~

    sungguh benar semua perkara ada kelemahannye, sungguh benar mustahil ada sesuatu yang sempurna melainkan Yang Maha Sempurna. tetapi dalam konteks teratak iskandar ini, ajk2 cube meYAKINkan para ahli utk melihat keperluan teratak ini kpd persatuan di samping pengurusan teknikalnya yg dpt dilaksanakan scr berkesan.

    nah, masalah beserta penyelesaiannya telah dijelaskan ajk teratak iskandar. syabas diucapkan.

    ala kulli hal, saya tidak mahu bermain ayat memanjangkan tulisan di ruangan komen ini. terpulang kpd kite semua utk fikirkan..

    sama2 kite penuhi MTC PCI pada 7 Jan nnt utk dibincangkan hal ini dgn lebih mendalam. terima kasih kpd respon yg diberikan AJKT2 skalian.

    maaf berjuta2 jika ada salah dan silap saya dlm berbicara.

    sekian wassalam..

    p/s: ahli lelap x salah masuh blog, sbb ajk teratak iskandar amat mengalu2kan sebarang persoalan dan cadangan :D.

    ReplyDelete
  21. EL AHLY,

    Lu tak paham gua cakap la bro. Gua mintak keburukan yang ajk fikir bukan orang dalam ni yang bagi. Gua tak nampak ni bro, kalau ada post pasal ajk yang senaraikan keburukan dari puak mereka sendiri,mintak letak link pada komen lu nanti.Gua rasa disadvantages tu semua dari ahli-ahli yang bagitau.Ok bro..ADIOS!

    ReplyDelete
  22. kepada ahli lelap.....
    maaf sekali lagi sekiranya kata-kata saya telah menerbitkan kembali emosi dalam diri ahli lelap, kali ini saya tetap terpaksa menyatakannya kerana anda benar2 emosi. Tenang2 selalu, takut2 apa yang dikatakan itu menjadi kurang rasionalnya =)

    Beginilah ahli lelap, cuba ahli lelap letakkan diri ahli lelap sebagai ajk teratak ini. Saya kira apa yang bermain di kotak fikiran ahli, itu juga yang berlaku, itu juga yang turut sama ajk teratak fikir2kan. Adakah salah untuk kita berfikiran sama?? Saya percaya dan yakin, tiada maknanya untuk ajk teratak menyembunyikan mana2 persoalan/disadvantages teratak ini daripada pengetahuan ahli. Untuk apa disorokkan? Supaya orang ramai kabur2 dengan isu ini?? supaya orang ramai setuju dengan pendapat ajk 100%?
    tiada maknanya saudara... tiada maknanya...

    Ajk juga seperti anda, dan nampaknya mereka mempunyai fikiran yang selari dengan para ahli yang lain =).

    Apa yang saya nampak, dan survey2 sendiri dari ajk teratak, post ini adalah hasil perbincangan mengenai persoalan/disadvantages yang telah timbul dalam kotak fikiran mereka.

    http://teratakiskandar09.blogspot.com/2009/12/teratak-iskandar-part-7-kira-kira.html

    Berdasarkan kata-kata Rahim diatas, saya kira mereka membuat penerangan mengikut kronologi2 yang mereka rasakan baik dan mudah supaya ahli dapat memahami isu ini. Makanya, tiada apa yang harus dipersoalkan samada ia berasal dari kalangan ahli, ataupun dari ajk teratak itu sendiri yang sememangnya turut merupakan ahli2 PCI.

    Maaf jika teremosi jiwa, ampun di pinta jika tersilap bicara....

    wallahu3alam....

    ReplyDelete
  23. maaf, silap link.... ini link untuk persoalan2 yang timbul dari kalangan ajk teratak. Pohon baca dan fahamkan ya. =)

    http://teratakiskandar09.blogspot.com/2009/01/bahagian-terakhir.html

    ReplyDelete